"Selamat pagi cik tunangku" sapa Raihan lembut. Dia duduk di hadapan Dafella yang sedang membaca novel itu.
"Selamat pagi. Awalnya hang datang" kata Dafella. Raihan tersenyum kekok. Dia mengosok belakang lehernya.
"Saja. Nak jumpa buah hati aku. Salah ke?" Dafella menggelengkan kepalanya menafikan.
"Tak salah pun, aku tanya je sebab sebelum ni kan hang selalu datang pukul 7.20. Sekarang ni baru pukul 7.05 minit" kata Dafella selepas melihat jam di tangannya.
"Macam mana hang tau aku selalu datang pukul 7.20?" Soal Raihan terkejut. Dafella tersengih kecil.
"Luqman bagitahu" kata Dafella. Raihan memandangnya dari tepi mata. Eish si kecil ni nasib baik aku sayang ja.
"Patut lah. Ada reporter rupanya" perli Raihan. Dafella ketawa kecil.
"Luqman kan rapat dengan awak" kata gadis itu lembut.
"Hm betul la tu eh jap-"
"AWAK?!" Terbuntang mata Raihan saat dia menyedari panggilan yang diberikan oleh tunangnya.
"Kenapa? Tak suka ke?" Soal Dafella seraya tersenyum. Raihan masih lagi terkedu.
"B-bukan aku tak suka. C-cuma aku terkejut" kata Raihan tersekat sekat. Dafella ketawa kecil.
"Terkejut sangat hang ni dah lah, aku nak sambung baca novel. Hang pi la duduk tempat hang balik" halau gadis itu.
"Amboi halau nampak"
"Memang pun" jika dilihat, tempat yang diduduki oleh Raihan sekarang adalah tempat duduk Ain manakala tempat duduk dirinya sendiri berada di hujung kelas.
Raihan mencebikkan bibirnya namun dia masih lagi tidak berganjak dari tempatnya.
"Tak nak balik tempat hang ke?" Soal Dafella. Bukan apa tapi dia berasa tidak selesa kerana Raihan yang asyik memandangnya tidak lepas.
Raihan menggelengkan kepalanya. "Just read the novel and let me looking at you"
Merah pipi Dafella. Nasib saja terlindung dengan novel yang dia baca ini.
"Mi Linda. Novel baru ke?" Tanya Raihan. Dafella bergumam kecil.
"Haah, aku baru beli"
"Apa lagi novel yang ada dalam to buy list hang?" Dahi Dafella berkerut hairan namun dia tetap menjawab soalan itu.
"Mi diosa, Amorita Nadyne, Takdir untuk Aku, Mi Veneno" balas gadis itu ringkas. Tanpa dia lihat, Raihan mencatat setiap tajuk novel itu.
Nak buat apa dengan tajuk tu? Haa jangan tanya author. Author pun tak tahu.
"Tak sabar nak kahwin" kata lelaki itu perlahan.
"Tak sabar nak peluk bidadari yang cantik lagikan comel milik aku ni" sambungnya lagi.
Melihat pipi tunangnya yang sudah bertukar merah, Raihan senyum sinis.
"Little red"
YOU ARE READING
ENEMY TO LOVERS
RomanceMINE SERIES 1 DAFELLA SOFEA & AFNAN RAIHAN START: 24/10/2024 END: 30/10/2024