Raihan menggengam kedua dua tangannya. Jantungnya mulai berdegup kencang, peluh di dahinya dikesat dengan tisu yang diberi oleh Xaqriel tadi.
"Hang okay ke tak ni, Afnan? Gemuruh semacam je aku tengok" kata Luqman.
"Hang ni pun satu lah, Luqman. Pergi tanya lagi buat apa, hang sendiri nampak kita kat mana sekarang ni kan" marah Naufal perlahan dalam nada berbisik.
Mereka sekarang ini berada di dalam masjid. Hanya tunggu pengantin perempuan hadir dan semuanya akan dimulakan. Afnan Raihan akan menjadi seorang suami.
"Hish. Aku tanya je kan. Salah ke?" Bidas Luqman semula. Raihan menarik dan melepaskan nafasnya perlahan lahan. Suara rakan rakan sedikit sebanyak menghilangkan perasaan gusarnya.
"Tak salah tapi soalan camtu budak umur 5 tahun pun boleh jawab" balas Naufal kembali. Zafriel menarik Naufal ke belakang sedikit. Takut bergaduh pula dua orang ni dekat dalam masjid ni.
"Nak gaduh, gaduh dekat luar. Hormat sikit, kita dekat dalam rumah Allah ni" tegur Irman tegas.
"Kau tunggu, Naufal. Siap kau nanti" kata Luqman. Naufal menjelirkan lidahnya ke arah lelaki itu.
"Duduk diam" pandangan tajam dari Xaqriel saja sudah mampu mendiamkan dua orang itu.
Xaqriel memandang ke arah Arriella yang berjalan menuju ke arah mereka. Gadis itu cantik mengenakan baju kurung berwarna biru gelap. Sama seperti Zafriel.
'Cantiknya dia' getus hati Xaqriel.
"Kenapa, adik?" Soal Zafriel.
"Pengantin perempuan dah sampai" kata Arriella lembut. Dia menayangkan senyuman manis kepada Xaqriel, Luqman, Naufal, Irman dan Elvis. Xaqriel agak cemburu melihat itu namun ditahan.
Arriella terus berjalan ke arah pelamin. Punggung dilabuhkan di sebelah Dafella.
"Dah sedia?" Soal tok kadi itu kepada Raihan. Jejaka itu menarik nafas dalam sebelum mengangguk.
Raihan menggengam erat tangan tok kadi itu. "Afnan Raihan Bin Mohd Zahir"
"Saya" balas Raihan dengan suara mendatar. Dafella menatap belakang badan bakal suaminya.
"Aku nikahkan engkau dengan Dafella Sofea Binti Mohd Khairul Amin dengan mas kahwinnya sebanyak dua ratus lima puluh ringgit tunai"
"Aku terima nikahnya Dafella Sofea Binti Mohd Khairul Amin dengan mas kahwinnya sebanyak dua ratus lima puluh ringgit tunai" balas jejaka itu dengan tenang.
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!" Jawab Luqman, Zafriel, Elvis dan Naufal. Irman dan Xaqriel hanya diam.
"Alhamdulillah" mereka semua mengangkat tangan, mengaminkan doa yang dibaca oleh tok kadi tadi.
Raihan dan Dafella bangun sebelum bergerak ke hujung masjid untuk menunaikan solat sunat nikah terlebih dahulu.
Habis saja salam diberi, Raihan terus menoleh ke belakang. Dafella yang cantik memakai telekung itu dipandang lama.
"Hai Assalamualaikum kesayangan Afnan" kata Raihan lembut selepas Dafella selesai membuka telekung merah jambu tadi.
"Waalaikumussalam" Dafella menunduk malu.
"Boleh aku nak sarung cincin dekat jari hang?" Tanya Raihan meminta izin. Bukannya tidak berani tetapi dia lebih kepada menghormati isterinya.
Dafella mengangguk. Dia menghulurkan tangannya kepada Raihan. Raihan menyarungkan cincin pada jari manis Dafella sebelum gadis itu melakukan hal yang sama. Tangan Raihan disalam lalu lelaki itu bertindak mencium dahi licin isterinya.
"Aku akan jaga hang sampai bila bila. Aku kan teman setia hang" kata Raihan seraya tersenyum. Dafella menepuk dada suaminya.
"Jangan nak buat orang malu la eish!"
![](https://img.wattpad.com/cover/379957574-288-k742283.jpg)
YOU ARE READING
ENEMY TO LOVERS
RomanceMINE SERIES 1 DAFELLA SOFEA & AFNAN RAIHAN START: 24/10/2024 END: 30/10/2024