BAB 3

16 3 0
                                    

KRING!

"Baiklah semua, setakat tu je hari ini. Cikgu harap kauorang semua dapat berkenalan sesama kauorang ya" kata Cikgu Farhana. Para pelajar di dalam kelas 1RBT3 itu bangun dan mula mengemas barang untuk pulang ke rumah masing masing. Begitu juga dengan Naufal, Adif dan Raihan.

"Adif, tolong hantar buku pemantauan ni dekat pejabat ya" arah cikgu.

"Baik cikgu" balas Adif seraya tersenyum. Keluar saja cikgu Farhana dari kelas itu, Raihan terus merapati Adif.

Buku kehadiran kelas yang berada di tangan Adif dirampas kasar.

"Kau cari apa tu Afnan?" Tanya Adif pelik. Raihan yang sedang mencari sesuatu di dalam buku kehadiran itu dipandang hairan.

"Aku nak cari nama dia" balas Raihan tanpa memandang ke arah rakannya itu.

Berkerut dahi Adif dan Naufal. "Dia? Siapa dia tu?" Soal Naufal.

"Ketua keceriaan kelas ni" Naufal dan Adif berpandangan sesama sendiri sebelum kembali memandang Raihan.

"Ketua keceriaan?" Raihan mengangguk kepala mengiyakan.

"Setahu aku nama dia Sofea. Itu pun sebab aku dengar cikgu panggil nama dia tadi" jelas Adif. Tangan Raihan terhenti, wajah Adif dipandang sekilas.

"Sofea? Dafella Sofea huh? What a beautiful name. Just like her eyes" puji Raihan perlahan.

Dia mengeluarkan buku nota kecilnya sebelum nama penuh, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir Dafella dicatat.

Tergeleng kepala Naufal. "I don't know why but I think....he's already in love"

"Me too" Adif bersetuju. Mereka berdua hanya tersenyum pasrah.

ENEMY TO LOVERS  Where stories live. Discover now