BAB 12

36 3 0
                                    

"Hai abang Afnan. Jauh termenung. Teringatkan kekasih hati yang jauh nun di sana tu ke?" Usik Arafie, rakan sekelas Raihan yang baru.

Sewaktu mereka baru masuk ke tingkatan 2, Raihan ditempatkan di kelas 2RBT2 kerana markahnya yang agak tinggi dan cemerlang.

Tapi, tulah....bukannya ada kawan sangat pun. Dafella pun tak ada, bosan rasanya.

Raihan bergumam kecil. "Rindu lah, mana tak rindunya. Bosannya hidup tak ada dia" keluh Raihan.

Arafie ketawa kecil. "Hang ni pun, Afnan. Tunggu je lah, mana tahu bila bila dia masuk sekolah ni balik ke kan?" Duganya.

"Hang yakin ka Arafie?"

"Aku cakap ja tapi hang boleh berdoa. Hang boleh minta dekat Allah supaya Allah jagakan hati dia kalau dia jodoh hang" pesan Arafie.

"Dah, tak mau sedih. Jom pergi kantin, rehat dah ni" ajak Arafie lalu bangun.

Raihan mengeluh sebelum mengikut langkah lelaki itu.


Disisi lain Dafella pula hanya termenung sambil menghirup air teh yang dia beli tadi. Perbualan rakan rakannya hanya berlalu seperti angin.

"Haih....rindunya aku dengan kelas 1RBT3 tu. Agak agaknya diaorang sekarang masih sama dengan yang dulu ke eh? Atau dah berubah?" soalnya perlahan.

"Eh Sofea. Asal termenung ni? Hang okay tak?" Soal rakan sekelasnya, Alya.

Dafella tersentak. Dia mengangguk kepala mengiyakan. "Aku okay. Jangan risau la, aku cuma teringatkan kawan lama ja"

"Kawan lama ka crush hm?" Usik Syazana. Dafella menyimpan senyuman.

Crush? Entah mengapa wajah Raihan muncul di fikirannya. Cepat cepat dia menepis rasa itu.

"Mana ada lah. Semua kawan ja" balasnya tenang.

"Yekeeee" Alya memincingkan matanya ke arah Dafella. Gadis itu mengangguk berkali kali.

"Betul tak tipu"

ENEMY TO LOVERS  Where stories live. Discover now