EPILOG

100 6 0
                                        

"Wahhh banyaknya barang. Luasnya tempat ni" kata Dafella teruja. Melopong mulut gadis itu tatkala melihat sekeliling kedai Mr DIY itu.

Raihan senyum. Dia mengenggam erat tangan kecil isterinya. Kang hilang kejap lagi mahunya kena buat penguguman. Pasaraya ni bukanlah kecil.

"Sofea sayang, kita pergi bahagian barang dapur dulu nak? Kita beli apa apa yang patut dulu. Atau, hang nak pergi bahagian lain dulu?" Tanya Raihan meminta pendapat. Mereka berdua berdiri tegak di tepi pintu masuk kedai.

Tangan Dafella bermain di bawah dagu seakan akan sedang berfikir. Dia sememangnya ingin pergi ke bahagian alat tulis dahulu namun disebabkan Raihan yang akan membayar semuanya jadi, dia hanya ikutkan.

"Boleh lah! Kita pergi beli barang dapur dulu baru pergi bahagian alat tulis pula!" Balasnya bersemangat. Dia berjalan masuk namun langkahnya terhenti saat tangan kanannya di tarik.

"Eh tak apa lah kita pergi tengok alat tulis dulu. Aku ingat nak beli pen dengan pensel baru" Dafella menepuk tangan teruja. Terus dia menarik Raihan untuk masuk.

"Jom! Jom!" Raihan hanya tersenyum manis. Baru dia tahu yang Dafella sangat sukakan kesederhanaan. Tak perlu beri apa apa yang mahal kepadanya, berikan buku saja pun sudah cukup baginya. Mungkin kerana hidupnya yang bukan dari keluarga berada.

Raihan mencapai satu set pen hitam yang berdekatan dengannya. Matanya mencari pula pensel yang dia mahu. Sesekali dia mengerling ke arah Dafella yang sedang mencari sesuatu itu.

"Afnan! Nak ni boleh?" Pinta Dafella. Dia berlari anak mendekati suaminya sambil memegang satu buku lukisan beserta berus dan pensil warna.

Raihan mengangguk kepala membenarkan. "Boleh. Ambil je apa yang hang nak. Aku boleh bayar" kata lelaki itu riak.

Riak bebenor watak watak aku ni.

"Betul ni?" Mata Dafella bersinar. Raihan mengangguk kepala.

"Terima kasih Afnan" ucap gadis itu lembut. Dia meletakkan barang barangnya tadi ke dalam troli. Raihan mengosok lembut kepala isterinya.

"Sama sama sayang"

ENEMY TO LOVERS  Where stories live. Discover now