BAB 18

8 3 0
                                    

3 tahun kemudian...

#maaf author terpaksa cepatkan sebab nak siapkan story ni laju laju.

Dafella membuka aplikasi Spotify di telefon pintarnya sebelum mencari lagu lagu yang dia sukai. Alhamdulillah sudah 3 tahun dia duduk di mansion ini dan selama 3 tahun itu juga, Raihan, Luqman, Xaqriel dan Zaquan selalu datang melawatnya. Dafella juga baru saja tahu yang rumah ini sebenarnya milik Raihan dan bukannya Luqman.

TING!

Dafella tersenyum manis saat kek coklat yang dia buat sudah menjadi. Dia keluarkan kek itu dari dalam ketuhar sebelum diletakkan di atas meja makan.

Hari ini adalah hari jadinya yang ke Tujuh belas. Selama 3 tahun ini juga, ibu dan adiknya tidak pernah datang untuk mengambilnya di sekolah malah tidak pernah sekalipun ibunya mengambil tahu tentang Dafella.

Dia mengambil piping bag yang telah diisi dengan krim vanilla dan coklat. Dia mula menghias kek itu.

"Yeyy dah siap!" Kata Dafella ceria. Dia mengemas semula barang barangnya. Kek tadi dibiarkan di atas meja.

TING TONG!!

"ASSALAMUALAIKUM! DAFELLA, KAMI DATANG NI!" Dafella yang baru saja ingin memotong kek itu berdengus kasar.

"Siapa pula yang datang ni?" Soalnya hairan namun dia tetap mengambil tudung sarung yang berdekatan lalu dipakai sebelum membuka pintu rumah.

"Waalaikumussalam. Eh kau orang rupanya" katanya. Raihan, Luqman, Adli, Amin, Ain dan Naufal tersengih kecil.

"Hehe kami kacau hang ka?" Tanya Ain. Dafella menggelengkan kepalanya.

"Tak ada lah, masuk masuk" ajaknya. Mereka semua mausk ke dalam rumah.

"Aku nak pergi buat air jap. Ain, nak ikut?" Ain laju mengangguk kepala. Mereka berdua bergerak ke dapur.

"Dafella Sofea" panggil Amin. Dafella mengalihkan kepalanya.

"Yes?"

"Happy birthday" Dafella mengangguk kepala berkali kali dengan wajah tanpa riak. Dia kembali berjalan ke dapur tanpa mengendahkan sesiapa.

Lelaki itu mahu bangun dan mendekati Dafella di dapur namun kolar bajunya ditahan oleh Raihan.

"Hang jangan nak rapat dengan Sofea boleh tak?" Kata Raihan tidak puas hati.

"Kenapa pula? Suka hati aku la nak rapat dengan dia atau tak" Soal Al semula.

Raihan mengetap bibirnya. "Hang dah pernah sakitkan hati dia sekali dan jangan harap aku akan benarkan hang ulang sekali lagi. She's mine and I'll protect her from anyone that want to hurt her. Remember it"

Raihan terus melepaskan kolar baju lelaki itu sejurus selepas dia berkata itu.

"Jom makan! Ada kek coklat!" Ajak Ain. Yang lain bangun.

"Macam kau yang masak pula" perli Naufal.

"Diam lah Adib Naufal!" Marah Ain semula.

"Tak nak!"

"Diam sebelum dua dua aku letak kat luar" ugutan dari Raihan berjaya mendiamkan mereka berdua.

ENEMY TO LOVERS  Where stories live. Discover now