BAB 19

10 3 0
                                    

"Haaa Alhamdulillah. Lepas juga kita jawab spm kan? Harap harap tu kita dapat full A+ la" kata Aina kepada Dafella selepas mereka berdua keluar dari dewan peperiksaan.

"Insyaallah Aamiin. Aku pun harap benda yang sama. Paling penting lepas ni aku nak kerja" balas Dafella.

"Hang pi la kerja, aku nak kahwin gan Adam tu" kata Aina gedik. Dafella menolak bahu rakan baiknya itu.

"Dia nak kat hang ka?" Langkah Aina terhenti. Dia memandang tajam ke arah Dafella. Gadis itu tersengih sebelum memeluk lengan Aina.

"Alahh hang ni, aku main main ja. Jangan lah terasa, aku yakin dia pun sukakan hang juga" pujuk Dafella.

"Betul ni, hang pun rasa dia suka aku?" Dafella mengangguk kepala berkali kali menandakan dia serius.

"Betul cik Nur Aina Sofiyya. Aku yakin sangat"

Baru saja Aina ingin membalas, ada seorang rakan mereka mencelah.

"Hai guys. Laju gila kau orang jalan, penat aku cari" Aina dan Dafella tersenyum nipis..

"Sorry Trisha. Tak sengaja, Aina ni ha ajak aku borak pasal crush dia sampai aku lupa pasal hang" kata Dafella kekok. Helena menjelingnya tajam.

Nasib baik kawan tau.

"Eh aku pula"

"Yelah, memang hang yang kata pasal kahwin dulu kan" balas Dafella semula.

"Uish Aina, lajunya cakap pasal kahwin" Aina tersenyum bangga.

"Well, aku kan dah ada calon bakal suami. Bukan macam kauorang, lambat" perli Aina sedas. Membulat mata Dafella.

"Eh hang tunggu Aina. Hang tunggu!"  Dafella mula berlari mengejar Aina, Helena pula mengikut mereka dari belakang. Sesekali terdengar suara ketawa mereka.

"Patut lah Afnan senyum je dari tadi. Nampak jodoh rupanya" sindir Naufal. Raihan berdengus.

"Hish hang ni Naufal, kacau line betul" marah Raihan.

"Ni, Xaq mana....." melopong mulut Raihan saat melihat ke arah dewan terbuka. Mata Naufal pula terkedip kedip tidak percaya.

"Wauuu. Xaq ke tu? Yang ni pun satu, kemain borak dengan crush kesayangan dia" kata Elvis.

Xaqriel yang sibuk berbual dengan Arriella Xandrea itu dipandang oleh mereka.

"Maap, tak boleh nak buat apa dah. Ketua sedar ketua single" kata Elvis mengada. Raihan menjelingnya.

"Hang bila nak kahwin, Afnan? Tujuh belas dah ni" kata Adif. Raihan tersenyum sinis.

"Tunggu aku melamar dia"

"Bila?" Tanya Luqman pula.

"Kejap lagi!"

ENEMY TO LOVERS  Where stories live. Discover now