BAB 17

9 3 0
                                    

Luqman berdiri di luar mansion sebelum mengeluarkan telefonnya. Nombor telefon Raihan dicari dan ditekan.

"Hello?" Suara serak basah Raihan kedengaran.

"Afnan, aku bagi Dafella duduk dekat mansion hang tau" kata Luqman saat Raihan mengangkat panggilannya.

"Eh asal pula? Bukan dia duduk dengan family dia ke?" Bukan tidak membenarkan, cuma terkejut.

"Mak dia halau dia keluar rumah. Aku jumpa dia time aku pergi kedai tadi tu yang aku bawa dia datang mansion hang ni. Boleh tak?" Soal Luqman meminta izin walaupun dia sudah tahu jawapan Raihan.

"Boleh sangat. Lagipun memang aku ingat nak bagi mansion tu sebagai mas kahwin waktu kami kahwin nanti" Luqman menjulingkan bebola matanya ke atas.

Menyampah aku. Macam ni ke rupa orang tengah jatuh cinta?

"Lepas tu mula lah hang ugut dia untuk kahwin dengan hang kalau tak dia kena blah dari sini kan" kata Luqman sinis.

"Mana ada. Kalau Xaqriel tu betul lah, aku mana ada" bantah Raihan.

"Mamat tu jangan kata lah, bukan setakat rumah. Nak kereta ka helikopter ka semua dia bagi asalkan Arriella jadi bini dia" Luqman berjalan mausk ke keretanya semula. Sempat dia mengutuk Xaqriel.

Harap harp tu tak tersedak lah.

"Arriella tu adik Zaf kan? Tak silap aku dia tingkatan satu tahun ni. Biar betul Xaq suka dia?" Soal Raihan pelik.

"Ye, Xaq suka dia sejak kali pertama jumpa Arriella kat rumah Zaf. Fall in love at the first sight la katakan. Menyampah aku" balas Luqman menyampah.

"Hang jangan nak menyampah sangat Luq. Kang hang dulu yang kawin haa"

"Entah, yang pastinya hang jalan dulu"

"Tuan Muda Luqman Ridzhan Al Fateh!" Tempik Raihan kuat.

ENEMY TO LOVERS  Where stories live. Discover now