BAB 11

10 3 0
                                    

Raihan memandang lama ke arah Dafella yang sedang melipat bendera Malaysia dan bendera Pulau Pinang itu. Seperti sedang melepaskan rindu.

Siapa sangka, sudah sembilan bulan mereka semua berada di sini sebagai rakan sekelas dan hari ini merupakan hari terakhir mereka sebagai pelajar tingkatan 1 dan juga hari terakhir Raihan dapat melihat Dafella kerana gadis itu akan berpindah ke sekolah lain.

"Hang tengok apa tu Afnan?" Tanya Naufal yang sedang menyapu sampah.

Raihan memandang Naufal. Rajin pula mamat ni. "Aku tengok Sofea. Kenapa dia kena pindah juga?" Keluhnya.

"Alahh ada la tu hal keluarga yang dia kena selesaikan. Hang doa doa je lah yang dia akan datang sini semula. Mana tau masa tu hang ada peluang nak lamar dia?" Pujuk Naufal.

"Aku..aku tak tau, Naufal. Nanti mesti aku rindu nak kacau dia, ambil barang dia, main kejar kejar dengan dia lagi" Naufal menggelengkan kepalanya. Mula tu nak buat orang sedih.

Dia memanggil Adib yang datang ke kelas mereka tadi. Adib mendekati mereka berdua.

"Hang ni dah kenapa Afnan? Jangan nak buat sedih sangat boleh dak? Dia nak pindah ja bukan nak mati pun" kata Adib dan dibalas pukulan di bahunya oleh Naufal dan Raihan.

"Mulut hang elok sikit eh" tegur Naufal.

"Aku bukan apa, Adib. Aku cuma terlalu sayangkan dia sampai aku tak tau macam mana nak bencikan dia" balas Raihan. Adib mengeluh.

Naufal yang melihat Amin berada tidak jauh dari mereka itu memanggil lelaki itu. "Amin! Sini kejap!" Panggilnya.

"Ha kenapa?" Tanya Amin.

"Hang tak sedih ka? Ya la, orang yang hang pernah suka dulu nak pindah dah" kata Naufal.

Amin mengangkat bahunya. "Entah, aku okay je. Lagipun aku dah tak sukakan dia"

"Hang bagi dia harapan palsu ke selama ni, Min?" Soal Adib hairan.

"Aku tak pernah bagi dia harapan, dia yang beria lebih. Aku suka dia sikit je" balas Amin tanpa rasa bersalah. Raihan menggengam penumbuk.

"Dah lah, aku pergi dulu" katanya lalu kembali pada Adli.

Naufal memandang Raihan. "Hang okay?"

"Aku akan pastikan dia rasa sakit yang Sofea rasa" kata Raihan sinis.

ENEMY TO LOVERS  Where stories live. Discover now