Bab 33 (Pernikahan)

277 39 2
                                    

Dahi Bahzi berkerut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dahi Bahzi berkerut. Telinganya terasa berdengung dan kedengaran bunyi bising. Perlahan-lahan matanya dibuka.

"Tuan Bahzi dah sedar." Amir yang perasan gerakan badan dan mata tuan Bahzi terbuka, laju menghampiri.

Ufaira berpaling ke belakang. Wajah Bahzi masih lagi pucat.

Melihat dari mata Ufaira, Bahzi tahu ada sesuatu yang tak kena. Wajah Ufaira nampak bimbang. Dia melihat sekeliling. Dekat mana ini? Jeda seketika. Baru dia perasan suasana dan aura di sekitarnya terasa tegang.

Bahzi menarik nafas dan melepas perlahan. Dia berusaha bangun duduk dengan dibantu, Amir. Wajahnya tenang melihat beberapa orang di halaman luar rumah melalui pintu.

Wajah mereka di hadapanya penuh keraguan. Bahzi menongkat tangan dan bangun berdiri. Berjalan ke muka pintu dengan berhati-hati. Walaupun dia masih rasa lemah, dia tetap perlu jelaskan sesuatu.

"Bahzi... Kau..." Ufaira risau melihat keadaan, Bahzi.

Kepala berpaling memandang Ufaira. Tatapan itu beri keyakinan. Bahawa dia akan baik-baik saja.

"Saya memang hanya manusia biasa." Nada suaranya perlahan tapi tegas. "Saya juga tahu tak ada sesiapa di kalangan kamu semua yang kenal saya. Saya ada di Xelland bukan untuk cipta huru hara." Diam sejenak.

"Saya dekat sini dengan satu tujuan. Untuk melindungi Ufaira, dan membantu  Xelland dari segala ancaman yang semua orang tak nampak."

Salah seorang pemuda memandangnya tajam. "Dah ramai orang datang ke sini mengaku nak melindungi, tapi sia-sia. Kalau betul kau tak ada niat jahat, buktikan bukan hanya sekadar mulut manis."

Bahzi senyum kecil. "Saya faham semua orang risau. Tapi kejadian tadi dah jadi salah satu bukti yang niat saya cuma nak membantu. Saya ikhlas. Puteri kamu semua juga, adalah saksi yang tak boleh disangkal. Puteri Ufaira yang banyak tengok saya 'berlawan' dengan makhluk halus. Kalau kamu semua masih ragu-ragu dengan saya, boleh tanya pada sekumpulan orang yang saya selamatkan tadi. Saya tak ada niat jahat. Demi Allah." Dia membela diri.

Sekumpulan tadi yang masih seakan tidak percaya bahawa mereka digunakan, Tukiman mengangguk setuju. Membenarkan setiap kata yang diberitahu, Bahzi.

Namun Bahzi melihat masih ada beberapa orang yang tak puas hati. "Macam ini lah. Saya tak minta semua orang percayakan saya dalam satu hari. Cuma beri saya peluang untuk buktikan sekali lagi, tujuan saya semata untuk kebaikan. Saya juga yakin antara kamu semua mesti dah ada yang hampir terpedaya dengan tipu helah, Tukiman. Kan? Jika betul saya ada niat jahat, saya boleh je bertindak sekarang dan tak perlu jelaskan pada semua untuk dapatkan keyakinan."

Mereka dekat situ mulai saling pandang. Bahzi mempunyai aura yang hebat. Terasa setiap kata-kata itu dengan ikhlas.

"Anak muda. Pakcik dan yang lain akan bagi peluang. Tapi kena ingat, setiap apa yang kau lakukan akan kami semua perhati."

(C) HANYALAH DIRIMU  (BAHZI ISA)Where stories live. Discover now