"Ayah, ibu, jom makan." Pelawa Qaisarah Arianna. Encik Ismail dan Puan Dhalia turun ke tingkat bawah menghampiri puteri tunggal mereka itu.
Puan Dhalia sempat mengucup lembut dahi puterinya itu. Qaisarah memang manja dengan ibu bapanya. Biasalah, anak tunggal.
"Ayah, ibu." Ujar Qaisarah. "Ya, Qaisarah. Kenapa?" Soal Encik Ismail lembut. "Boleh tak Qaisarah nak masuk satu pertandingan?" Balas Qaisarah.
Encik Ismail meneguk air teh o di dalam cawannya. "Pertandingan apa Qaisarah?" Soalnya tenang.
"Pertandingan Melukis Peringkat Sekolah. Kalau menang, boleh mewakili sekolah ke Pertandingan Peringkat Daerah. Boleh ayah?" Balas Qaisarah. Dia benar benar ingin menyertai pertandingan itu. Dia memang gemar melukis. Mungkin dia ingin mengikut jejak ibunya yang memang gemar melukis. Banyak karya Puan Dhalia yang laris dijual di galerinya.
Oh lupa. Jom berkenalan dengan Puan Dhalia dan Encik Ismail. Qaisarah? Qaisarah nanti dulu lah ye. Hee.
Okey, Puan Dhalia ini seorang suri rumah. Dia memang gemar melukis. Dia mempunyai sebuah galeri berdekatan dengan rumah mereka. Encik Ismail pula seorang ahli perniagaan dan mempunyai sebuah syarikat, iaitu Qid's Holding.
"Boleh, sayang. Takde masalah. Tapi ni ibu nak tanya, barang barang lukisan semua masih bagus kan? Cuba tengok berus berus kamu tu, kalau dah kembang, buang. Jangan disimpan. Nanti lukisan tu tak cantik." Balas Puan Dhalia.
Qaisarah tersenyum girang. "Dah ibu. Semua Qai dah tengok dah periksa tadi. Semua berus masih okey. Barang barang yang lain pun masih elok dan boleh digunakan lagi. Tapi ada satu je masalah sekarang.." Ujar Qaisarah.
Encik Ismail dan Puan Dhalia saling berpandangan. Mereka hairan. Apa lagi masalahnya? Bukankah barang barang lukisan semua sudah mencukupi? Takkan Qaisarah sudah hilang semangat nak melukis?
"Masalah apa lagi Qai?" Soal Encik Ismail. "Masalahnya, Qai tak tahu nak lukis apa. Bila fikir tentang benda apa yang nak dilukiskan, Qai hilang semangat. Huhu." Keluh Qaisarah. "Qaisarah, jangan macam itu. Kamu boleh buat. Percaya pada diri kamu. Ayah dan ibu akan sentiasa menyokong kamu." Ujar Puan Dhalia, memberi semangat kepada puterinya itu.
"Thanks ibu. Ayah. Qaisarah sayang sangat sangat dengan ibu ayah." Ujar Qaisarah lalu memeluk kedua dua insan yang amat disayanginya itu. "Halah halah manjanya kamu ni, Qai. Haha, okey, ibu janji ibu takkan lupa memberi semangat pada kamu. Ibu pun janji ibu akan jaga kamu, layan kamu selama lamanya." Balas Puan Dhalia. "Ayah pun janji." Encik Ismail mencelah.
Mereka bertiga makan sambil berbual dan bergelak ketawa. Qaisarah amat bersyukur kerana dilahirkan oleh ibunya yang penyayang dan ayahnya yang setia menjaganya.
◆◇◆◇◆◇◆
Qaisarah Arianna mengambil telefon bimbitnya. Dia membuka aplikasi What's App nya untuk menghantar mesej kepada teman akrabnya iaitu, Amalin Syuhada dan Dhia Syahira.
What's App Massenger
'Hello, assalamualaikum Sya, Lin. Saya dah dapat izin daripada ibu ayah saya nak masuk pertandingan itu.' - Qai
'Wah, seronoklah awak, Qai. Hehe. Apapun, kitorang akan sentiasa memberi semangat untuk awak.' -Lin
'Yupp, betul tu. Awak buat yang terbaik ya Qai.' -Sya
'Haha, thanks guys. Doakan saya tau.' -Qai
Qaisarah meletakkan telefonnya di atas meja. Lalu dia merebahkan diri ke atas katilnya. Dia melelapkan matanya. Mengenangkan crush nya. Aceceh. Hahaa.
YOU ARE READING
Andai Esok Nafas Terakhirku
Teen FictionAndai esok nafas terakhirku. Ajal . Maut . Semua di tangan Allah Maha Kuasa. Mungkin esok kita dah rancang nak pergi bercuti, nak pergi melancong ke luar negara, tapi yang menentukan, Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Cerita...