Bab 11 (Special)

4K 126 0
                                    

SYA

Harini aku bangun pagi bersiap siap untuk ke sekolah. Hari ni hari pertama aku memasuki sekolah pada tahun ini. Aku dah 17 tahun.

Aku membelek tudung ku di cermin. Aku nampak gambar aku, kau dan Lin dalam bingkai gambar. Serious talk, I miss you Qai.

Kehilangan kau dalam sekelip mata membuatkan aku susah nak terima kenyataan. Tahun lepas, selepas aje habis exam , aku terus tak datang sekolah. Haha, lama lah jugak. Sampailah cuti bulan 12 bermula.

Sejak aku hilang kau, banyak benda berubah pada diri aku. Aku dah tak aktif instagram, wechat, whatsapp, telegram, facebook apatah lagi. Profile picture bagi semua akaun aku letak gambar hitam.

Aku kini tak sebahagia macam kau ada dulu, Qai. Aku rindu kau sangat sangat.

Aku menarik nafas panjang, berdiri dan terus mengambil beg sekolah aku. Harini biar lah aku ke sekolah, aku nak jumpa Lin. Kesian dia missed call berapa kali tapi aku tak angkat. Daniel pun ada telefon aku banyak kali. Sama, aku tak angkat. Afzan pulak,hmm. Aku tak tahu sama ada syaitan bertopengkan manusia ni masih hidup atau tak.

"Mak ayah, Sya pergi sekolah dulu ye. Assalamualaikum." aku mengucup lembut tangan mak ayah. Lalu mengayuh basikalku dengan semangat ke sekolah.

Tiba di sekolah, aku mengunci basikal ku pada tiang. Lalu menuju ke kelas ku, 5 Bijak.

"Lin!" ujar aku sebaik saja melihat Lin dan seorang budak yang aku tak tahu apa namanya sedang duduk bersebelahan.

"Syaaa! Awak sihat tak? Awak okey kan? Tak ada apa apa yang terjadi pada awak kann?" soal Lin lalu memeluk tubuhku. Nasib baik baru dua tiga orang yang dah masuk kelas, kalau tak konfem aku dilabel lesbi.

"Tak tak, saya okey. Alhamdulillah." aku senyum pada Lin. Haih lama aku tak jumpa kawan baik aku ni. Nak tengok gambar kat insta, aku dah log out insta. Nak tengok kat wechat, aku dah uninstall wechat. Dah tembam dah kau sekarang Lin. Macam doremon. Kiut je.

"Kenapa awak tak balas mesej saya? Tak jawab telefon saya? Haa kenapa kenapa kenapa? Awak buat saya risau tahu tak !" Lin memukul aku banyak kali.

"Eh eh, dah lah tu! Sakit tau." aku usap bahagian bahu aku yang telah dipukul oleh budak gemok depan aku ni.

"Dahlah, meh saya kenalkan awak, ni Khaila, Khaila, ni Sya." Lin memperkenalkan budak bernama Khaila tu pada aku dan perkenalkan aku pada Khaila.

To be honest, I hate you Khaila. And I don't even know why.

Aku senyum sinis. Entah kenapa aku ni. Jeles? Cemburu sebab Lin rapat dengan Khaila ke? Haih entahlah. Aku terus mengambil tempat duduk sebelah Lin. Nasib baik ada kosong, kalau tak memang aku halau si Khaila tu pergi duk tempat lain. Semak je.

Beberapa minit kemudian, guru kelas masuk. Dia suruh semua murid kenalkan diri. Ni lah yang aku menyirap ni. Asal tahun baru aje kena perkenalkan diri. Tahu tak yang diri aku ni ada satu penyakit yang namanya malu bila kena present something in front of the class by myself? Ish cikgu ni sangat tidak memahami.

Seorang demi seorang perkenalkan diri. Tiba giliran aku. Aku menarik nafas panjang. Here we go!

^_______________^

FS : Hai guys. Assalamualaikum :) So ya this is special chapter for someone yang request harituu hehe. Maaf kalau bosan. I tried the best to do the best ehehe. Watak Qai dah tak ada :( so tukar Sya jadi major character hehe. Don't forget to vote! Love ya!

Andai Esok Nafas TerakhirkuWhere stories live. Discover now