Bab 4

3.9K 164 2
                                    

Qaisarah Arianna kembali ke sekolah setelah dua hari mengambil cuti. Hari demi hari berlalu. Dan dia sudah dapat menerima pemergian ayahandanya tercinta.

"Hai Sya, Lin." Ujar Qaisarah lalu mengukirkan senyuman. Sya dan Lin memandang antara satu sama lain. Mereka berdua menahan sebak. Mereka kasihan terhadap sahabat mereka itu. Lantas mereka ke arah Qaisarah dan memeluknya.

"Qai, maaf Qai. Kitorang simpati dengan awak. Huhuhu." Ujar Sya dan Lin. Air mata Qai menitis lagi. Dia mengesat air matanya. "Dah dah, takpe saya tak kisah. Sya, Lin, saya sekarang dah boleh terima pemergian ayah saya. Ini semua ketentuan Allah. Saya kena redha." Ujar Qai lalu mengukir kan senyuman.

"Bagus lah kalau macam tu Qai. Apapun, awak doakan yang terbaik untuk arwah ayah awak, yaa." Balas Lin. Mereka berpelukan sekali lagi.

◆◇◆◇◆◇

Qaisarah berjalan menuju ke tandas. Tiba tiba Daniel Arsyad menegurnya dari belakang.

"Qaisarah Arianna." Ujar Daniel Arsyad. "Ya Daniel Arsyad, ada apa? Ada apa apa yang boleh saya bantu? Acehh haha." Balas Qaisarah sambil tersenyum girang.

"Awak." Ujar Daniel lalu memandang ke lantai. Qai hairan. Entah apalah yang ingin disampaikan oleh Daniel. "Kenapa Daniel? Ada masalah ke? Cepat awak. Nanti orang lain nampak, orang lain cakap ape pulak kan. Hehe." Kata Qaisarah.

"Awak. Saya... em. Saya simpati atas pemergian Encik Ismail. Saya harap awak kuat. Awak tabah ya Qai." Daniel masih menundukkan kepalanya. Dia serba salah terhadap Qai. "Daniel, takpelah. Saya dah okey. Alhamdulillah saya dah boleh terima pemergian ayah saya hehe. Awak jangan risau ya." Balas Qaisarah.

"Hehe yeke ? Okey okey. Kalau macam tu, saya masuk kelas dulu ya assalamualaikum." Kata Daniel sambil menggaru garu kepalanya walaupun tidak gatal. "Okey waalaikumussalam." Balas Qaisarah lalu beredar menuju ke tandas.

◆◇◆◇◆◇

"Assalamualaikum Aji." Ujar Qai. Hari ini, Aji yakni driver baru Puan Dhalia yang mengambil Qai.

"Oh, ni. Ibu kata ada hal. Entahlah hal apa. Ibu kamu tak bagitahu pulak." Jawab Aji. "Ooo okk hehehe." Balas Qaisarah.

Entah Puan Dhalia ke mana. Mungkin ada mesyuarat di Galeri. Huhu.

Sampai saja di rumah, Qai masuk ke biliknya. Sebelum itu, dia sempat mengucup tangan Mak Yan yang sedang masak di dapur.

Qai merebahkan diri di atas katil. Entah kenapa, dia asyik teringatkan arwah ayahnya. Huhu siapalah yang boleh melupakan ayah kandung sendiri yang baru saja meninggal dunia?

'Tuk tuk tuk.'

Kedengaran pintu bilik Qai diketuk. "Masuk." Ujarnya.

"Qaisarah Arianna. Hui buat apa tu sayang?" Soal Puan Dhalia. "Tak buat apa. Tengah baring baring je. Hehe." Jawab Qaisarah. "Qai, macam mana dengan lukisan kamu? Kamu nak lukis apa?" Soal Puan Dhalia lagi. "Em, entah lah ibu. Ibu bawak jelah Qai pergi memana. Asalkan tempat tu lawa. Hehe." Ujar Qaisarah.

"Hehe ok ok nanti ibu bawak kamu ye sayang. Haha. Dah jom makan, Mak Yan, dah tunggu dekat bawah tu. Jom." Pelawa Puan Dhalia.

Puan Dhalia turun ke bawah sambil memimpin tangan puterinya itu. Sekarang, dia cuma ada Qaisarah saja. Sekarang, dia harus menguruskan Syarikat Qid's Holding. Dia juga perlu menjaga Qid's Galeri. Kehidupannya kini bertambah rumit. Sukar. Tapi, dia cuba sedaya untuk menghadapi semua dengan kuat.

◆◇◆◇◆◇

"Assalamualaikum cikgu. Ini karya saya cikgu. Hehe." Kata Qai lalu menghulurkan sampul surat yang berwarna coklat kepada Encik Saiful.

Andai Esok Nafas TerakhirkuWhere stories live. Discover now