"Alif, Alif. Macam mana eh aku nak kenal Qai dengan lebih dekat?" Soal Afzan. Dia sudah jatuh hati pada Qaisarah Arianna Bt Ismail.
Siapalah yang tidak jatuh hati pada Qai. Dahlah baik, cantik, pandai, kaya lagi. Tapi, walaupun dia kaya, Qai tidak pernah bangga diri. Dia tidak pernah angkuh dan sombong. Dia sentiasa merendah diri. Daniel Arsyad, senior hot di sekolah pun minat dia. Haha.
"Kau tegur lah dia. Kan senang?" Cadang Alif. "Taknak lah. Malu lah. Hehehe." Balas Afzan. "Ek eleh, kau tu lelaki. Malu malu pulak. Poyo lebih." Ujar Alif. "Eh eh hello. Lelaki lah kena malu. Ikut sunnah Rasulullah." Kata Afzan, cuba mempertahankan dirinya.
"Hahaha ok lek lek. Sabar brother. Apa kata, kau pergi tanya bff forever dia. Sya dan Lin." Cadang Alif lagi. "Haa betul jugak eh. Okay okay nanti aku cuba. Thanks bro." Afzan mensetujui cadangan Alif.
Sewaktu rehat, Afzan telah pergi ke Pusat Sumber untuk bertemu dengan Sya.
"Hai Sya." Afzan menegur Sya yang sedang membaca buku. "Eh hai Afzan. Haa sampai pun. Penat tunggu tau. Ni, awak nak apa jumpa saya? Katanya ada hal penting ya?" Soal Sya. Setibanya saja waktu rehat, dia terus ke Pusat Sumber untuk bertemu Afzan. Kerana sewaktu di kelas, Afzan sudah pesan yang dia ingin bertemu Sya di Pusat Sumber. Katanya ada hal penting.
"Ni, saya nak cuba rapat dengan Qai. Awak boleh tolong kan?" Soal Afzan. Mendengar saja nama Qai disebut, Sya mengalih pandangannya. Dia tidak lagi melihat wajah Afzan, tetapi sambung membaca bukunya tadi.
"Aik? Kenapa ni Sya? Awak taknak tolong saya ke? Sya. Sya.." Afzan memujuk Sya. "Sorry Afzan. Saya bukan apa. Saya tengah merajuk ni dengan Qai." Jelas Sya.
"Haa? Kenapa pulak ni? Awak kan bff forever dia." Ujar Afzan, hairan. "Huhu. Kitorang gaduh sebab dia suka pada lelaki yang saya suka. Daniel Arsyad, jejaka yang telah mencuri hari saya, dan Qai. Pastu hari tu, saya terdengar Daniel Arsyad buat pengakuan pada Qai. Yang, Daniel Arsyad pun sukakan Qaisarah Arianna." Jelas Sya panjang lebar.
"Laa, Qai dah ada crush ke? Huhu. Haa macam ni, awak tolonglah saya dapatkan Qai, kalau saya dah dapatkan Qai, awak boleh dapatkan Daniel. Haa amacam? Okay?" Cadang Afzan. "Tapi, itu bukan cara kotor ke?" Soal Sya. "Ala, bukan apa pun. Boleh lah ya?" Pujuk Afzan. "Hurm, yelah. Tapi awak janji akan tolong saya." Balas Sya.
Mereka berdua pun bersetuju untuk saling membantu. Saling membantu untuk mendapatkan cinta. Huh.
◆◇◆◇◆◇
"Hai Cik Qai." Ujar Daniel Arsyad.
"Hai. Encik Daniel. Ya ada apa?"
"Takde apa. Saja hehe. Awak tak makan ke? Hanya menghabiskan waktu rehat dengan membaca?" Soal Daniel Arsyad. Khusyuk betul Qaisarah membaca.
"Em, haah. Hee."
"Lin dan Sya mana? Diorang tak temankan awak?" Soal Daniel lagi. "Tak huhu. Daniel, Sya masih tak maafkan saya." Ujar Qaisarah. Dia menutup novel yang dibacanya lalu memandang Daniel Arsyad.
"Huh, saya ingatkan korang berdua sudah berbaik." Keluh Daniel. "Saya dah berapa kali mintak maaf, tapi dia tetap taknak maafkan saya." Jelas Qai.
"Awak sabar eh? Saya janji akan tolong awak pujuk Sya. Kita guna cara lembut. Sebab selama lamanya, kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan. So kalau kita guna cara kekerasan, kita sama sama lah angkat bendera putih ya." Ujar Daniel. Dia cuba menyedapkan hati kecil Qaisarah Arianna. Yalah, sejak kebelakangan ini, dia tahu disebalik senyuman Qai, terdapat satu kesedihan. Kesedihan yang muncul apabila persahabatan yang terjalin selama empat tahun musnah begitu saja.
YOU ARE READING
Andai Esok Nafas Terakhirku
Teen FictionAndai esok nafas terakhirku. Ajal . Maut . Semua di tangan Allah Maha Kuasa. Mungkin esok kita dah rancang nak pergi bercuti, nak pergi melancong ke luar negara, tapi yang menentukan, Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Cerita...