Bab 10

5.1K 215 29
                                    

Qaisarah, Daniel dan Roy masih belum menemui Syahira.

'Arhhhhhhh'

Tiba tiba mereka bertiga terdengar suara manusia menjerit. Langsung mereka menuju ke arah suara itu.

"Afzan!" Jerit Qaisarah apabila melihat Afzan sedang memegang sebatang kayu untuk memukul Sya.

"Qai! Qai tolong saya Qai!" Pinta Sya yang terduduk di atas lantai.

Qaisarah perlahan lahan menjejakkan langkah, mendekati Afzan.

"Diam! Semua diam! Eh perempuan, kau diam eh! Sebab kau lah, aku tak dapat kasih Qai! Tak dapat cinta Qai! Kita dah janji semua nya kan?" Dengus Afzan.

Qaisarah terkaku. Takut dia apabila melihat Afzan begitu. Daniel dan Roy cuba mendekati Afzan. Mereka ingin mengambil kayu yang dipegang Afzan.

Qaisarah pula cuba mendekati Sya. Ingin menarik Sya lari dari situ. Lari sejauh mungkin. Agar Sya selamat daripada lelaki yang sudah hilang akal itu.

"Sesiapa jangan gerak! Kalau tak aku pukul dia. Kau diam Sya!" Marah Afzan. "Eh, suka hati aku lah nak bising ke nak buat apa ke. Dahlah Afzan jangan lah buat aku macam ni. Aku takut lah!" Ujar Sya. Air mata mengalir laju.

"Aku kata diam, diam lah!" Dengus Afzan lalu ingin memukul Sya.

"Sya!"

Qaisarah terus berlari ke arah Sya untuk menyelamatkannya.

Pang.

Setitis demi setitis darah menitik ke atas lantai. Qai rebah ke atas lantai. Kayu itu telah terkena kepalanya.

"Qai!" Daniel, Sya dan Roy terkejut melihat keadaan Qai. Afzan juga. Dia seperti tidak percaya bahawa dia lah yang mengakibatkan Qaisarah begitu.

"Qai, bangun Qai.. Qaii..." Ujar Sya. Air mata mengalir dengan lebih laju.

◆◇◆◇◆◇

Sya duduk di sebuah bangku yang terletak di luar bilik kecemasan. Hatinya berdoa agar Qai dapat bangun semula. Dapat sembuh semula.

"Sya, Sya. Sya mana Qai, Sya?" Soal Puan Dhalia yang baru saja tiba di Hospital Permata.

"Makcik, maafkan saya makcik. Ni semua salah saya." Ujar Sya lalu memeluk tubuh Puan Dhalia. Dia benar benar rasa bersalah.

"Eh Sya, bukan. Bukan salah kamu. Tapi salah makcik. Makcik tak pernah bagi perhatian pada Qai. Makcik tak layan Qai. Mungkin, ini balasan untuk makcik." Balas Puan Dhalia lalu mengelap air matanya.

"Sudah sudah. Ini takdir Allah. Kita kena redha. Apapun, kita doakan yang terbaik buat Qai." Ujar Encik Imran.

"Em, pakcik Imran, Puan Dhalia, Sya, Lin. Sebelum ni Qai pernah kirim kat saya surat. Surat tu buat korang semua. Nah korang bacalah." Ujar Daniel lalu memberikan surat surat tersebut.

"Eh Daniel, ni awak punya." Kata Sya lalu menghulurkan surat berwarna biru kepada Daniel.

'Eh, untuk aku pun ada?' Bisik hati Daniel hairan.

Puan Dhalia mula membaca surat itu,

'Assalamualaikum ibu. Ibu, Qai mintak maaf sangat sangat kalau Qai ada buat salah pada ibu. Qai tahu, Qai bukan anak solehah, bukan anak yang baik. Tapi Qai dah cuba sedaya upaya untuk jadi yang terbaik buat ibu. Ibu, Qai mintak maaf sebab selama ni Qai susahkan ibu. Qai sadar, Qai dah besar. Sepatutnya dah pandai berdikari. Qai silap. Qai salah sebab marah ibu. Maafkan Qai ibu. Dan terima kasih sebab sudi menjaga Qai selama 16 tahun Qai di dunia ni. Tanpa ibu, tiadalah Qai. Qai mintak maaf sebab kecewakan ibu. Qai cuba sehabis baik untuk dapatkan keputusan cemerlang. Tapi Qai gagal. Qai nak ibu tahu, yang ibulah orang pertama di hati Qai. Qai sayang ibu selamanya. Ikhlas, Qai.'

Andai Esok Nafas TerakhirkuWhere stories live. Discover now