"Tahniah ibu, abah." Ujar Qai. Dia bersalaman dengan ibu dan Pakcik Imran alias bapa barunya.
Puan Dhalia bersyukur kerana Qaisarah sudah dapat menerima Imran sebagai ayahnya.
'Cantiknya ibu harini. Pakcik Imran.. ops, abah. Abah pun hensem, bergaya lagi. Dengan baju melayu dan sampinnya. Wah. Haha.' Bisik hati Qai. Dia teruja melihat ibu dan abahnya berbaju pengantin berwarna kelabu itu.
Tiba tiba dia terfikirkan insan yang dia cintai. Insan yang sudah pergi meninggalkannya. Iaitu, Encik Ismail.
'Ayah, walau apa pun yang terjadi, Qai takkan lupakan ayah. Dan Qai takkan benarkan ibu lupakan ayah. Qai janji' bisik hati Qai lagi.
"Akak." Panggil Arisya. Lamunan Qaisarah terhenti. "Ye sayang. Wahh, cantik nya, comelnya adik kakak ni! Macam princess !" Puji Qai apabila melihat Arisya memakai dress berwarna ungu berserta flower crown di kepalanya.
"Alisya mana?" Soal Qai. "Ada, dengan Maksu. Akak, boleh temankan Arisya tak?" Arisya membalas dengan pertanyaan.
"Boleh takda masalah. Kakak Qai, bersedia membantu princess Arisya. Ya ada apa sayang?" Soal Qai lembut. "Isya nak jumpa ibu sama abah. Tapi Isya malu lah kak. Akak teman boleh?" Pinta Arisya lalu mengelip- ngelipkan matanya.
"Haha boleh boleh. Jom." Balas Qai lalu memimpin tangan Arisya dan berjalan menuju ke pelamin.
"Selamat pengantin baru ibu, abah." Ujar Arisya lalu bersalaman dengan Puan Dhalia dan Pakcik Imran. "Alolo, comelnya anak ibu ni." Kata Puan Dhalia lalu mengucup pipi Arisya.
Arisya terus berlari ke tempat lain. Dia malu. Qaisarah hanya tertawa melihat karenah Arisya.
"Eh Lin! Sya mana?" Soal Qaisarah. Dia terus berjalan menuju ke arah Amalin Syuhada.
"Tahniah Qai. Sebab dapat ayah baru. Hehe. Sya tak dapat datang. Dia kata ada study group dengan si Daniel." Ujar Lin.
"Kenapa Sya tak telefon dulu? Susah sangat ke nak telefon ke, apa ke, bagitahu yang dia tak dapat datang?" Balas Qai, kecewa dengan Dhia Syahira.
"Em, Qai. Awak bersabarlah ya. Insha Allah, suatu hari nanti. Dia akan berubah." Pujuk Lin.
◆◇◆◇◆◇
Dhia Syahira tidak mengendahkan telefonnya yang berdering sudah berkali kali. Daniel aneh dengan Sya. Kenapa Sya tidak angkat saja panggilan itu?
"Siapa telefon tu Sya?" Soal Daniel. "Em, takda siapa. Tak penting pun." Jawab Sya selamba.
"Kalau tak penting, kenapa dia telefin banyak kali?" Soal Daniel lagi. Sya terdiam. Dia sebenarnya malas mahu melayan Qai, yang telah menelefonnya berkali kali.
Qaisarah telah menelefonnya sekali lagi. Daniel menjongketkan keningnya, menyuruh Sya mengangkat panggilan.
"Herm, yelah saya angkat. Kejap ya." Ujar Sya lalu keluar ke halaman rumah Daniel dan menjawab panggilan Qai.
"Hello Qai. Awak nak apa?" -Sya
"Hello assalamualaikum Sya. Sya, awak kat mana sekarang?" -Qai
"Saya dekat rumah Daniel ni. Tengah study group. Dahlah Qai, saya busy lah." -Sya
"Awak kat rumah Daniel? Awak singgahlah sekejap, datang kenduri ayah dan ibu saya ni. Rumah Daniel bukannya jauh pun dari rumah saya." -Qai
"Tak bolehlah Qai. Sorry eh, kita jumpa kat sekolah je lah. Ok bye." - SyaSyahira terus meletakkan telefonnya. Dia malas mahu layan Qai. Sibuk sungguh! Dia nak belajar dengan Daniel pun tak senang! Sya memasuki rumah Daniel semula.
"Siapa yang telefon tu?" Soal Daniel. "Takda siapa lah hehe." Jawab Sya. "Jom kita sambung buat latihan ni." Sambung Sya lagi.
Daniel hanya tersenyum. Dia hairan dengan Sya. Sya macam ada sembunyikan sesuatu daripadanya.
YOU ARE READING
Andai Esok Nafas Terakhirku
Teen FictionAndai esok nafas terakhirku. Ajal . Maut . Semua di tangan Allah Maha Kuasa. Mungkin esok kita dah rancang nak pergi bercuti, nak pergi melancong ke luar negara, tapi yang menentukan, Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Cerita...