"Lin, saya nak pergi tandas jap. Nak ikut?" Soal ku. Ya Allah, nak pergi toilet pun ajak orang. Heh, ini barunya jangan cakap sista tak payung yang rare. Tandas pun pelawa orang sekali. Gempak kann.
Haha okey this is nonsense!
Back to reality.
"Nak ikut tak?" Soal aku lagi. Lin geleng. Aku muncung. Hm, baru aku nak soal selidik sikit tentang Khaila pada kau. Kau taknak ikut, Huh.
"Biar saya lah temankan awak."
Sudah, aku nak Lin. Bukan Khaila. Haih nasib badan. Lantaklah.
"Orait, let's go. " ujar aku lalu pergi. Dia mengikut jejakku dari belakang.
Perjalanan ke tandas mengambil masa 5 minit. Kadang aku hairan dengan cikgu yang bagi masa kat budak pergi tandas 5 minit aje tu, sebab perjalanan pergi tandas 5 minit, balik kelas semula 5 minit, belum kira lagi masa budak tu membuang hajat. Agak agak dah berapa minit?
Syok membebel dalam hati, aku tak perasan yang dah sampai. Khaila masuk dulu. Aku membontoti dia.
Selepas selesai membuang hajat, aku membetulkan tudung aku di cermin. Dulu Qai, kita selalu betulkan tudung samasama. Ada tiga cermin, satu untuk aku, kau dan Lin. Tapi kali ni, kau dah tak ada.
Hm, dulu kau selalu ambik cermin tengah ni. Aku ambik kanan, Lin pulak ambik yang kiri. Harini macam biasa, aku pergi tempat aku. Sebelah kanan. Aku pandang cermin kau.
Haih aku tak tahan. Aku basuh muka aku apabila air mata dah mula bertakung. Aku basuh berkali kali. Kenapa rasa sedih ni tak hilang! Aku mengetuk ngetuk singki tandas. Aku geram.
"Sya, kenapa awak ni?" soal Khaila yang sedang berdiri sebelah aku.
Aku geleng.
"Sya, kenapa? Bagitahula saya. Kenapa diketuk ketuk singki tu?" soal dia lagi. Tapi aku tak endahkan. Aku menelek semula tudung sekolah ku pada cermin kanan.
Khaila pun belek tudung dia. Tengok aku macam orang bisu, sebab tak jawab soalan dia tadi, dia pun malas nak layan.
Baru aku perasan yang Khaila guna cermin tengah. Tiba tiba sifat amarah datang pada aku. Aku memandang nya dengan pandangan membunuh. "Kau jauhkan diri kau dari cermin tu Khaila! Sekarang!" aku terjerit akibat terlalu marah.
Serius, apa kena dengan aku ni?
Khaila yang buntu kenapa aku tiba tiba marah terus keluar dari tandas ni. Dia tinggalkan aku seorang diri.
Maka pulanglah aku ke kelas seorang diri .
^_____________^
Aku duduk di tempat aku. Sebelum tu, aku nampak yang Khaila pandang aku dengan perasaan takut. Aku menjeling nya. Lantaklah dia.
Di luar kelas, aku nampak Roy dan Daniel. Haih lama aku tak nampak dua ekor beruk ni. Rindu.
"Hai semua!" dengan suara ala ala pondan, Roy menegur murid murid di kelas aku. Mungkin kelas dia, 5 Cekap tengah tak ada cikgu. Tu yang merayau tu.
Roy dan Daniel berjalan ke arah aku dan Lin.
"Eh Sya! Awak okey dah? Dah sihat?" soal Daniel. Roy pun macam teruja nampak aku.
"Em saya okey aje la haha. Tak ada apa pun. Tak demam pun. Tak sakit pun alhamdulillah" aku sengih.
"Alhamdulillah." ujar Roy dan Daniel serentak.
"Eh hai Khaila." tegur Daniel.
Haih, memang satu dunia ni kenal si Khaila ni ke?
Khaila melambai lambaikan tangan dia pada Daniel dan Roy. Eee gedik. Nak aje aku tampo. Entah kenapa, setiap apa yang dia buat, aku tak puas hati. Kalau dia tekan pen aku marah, kalau dia jalan aku benci, kalau dia bercakap dengan Lin , hm lagilah. Rasa macam nak kerat 15 badan dia tu.
Fuh, sabar sabar. Allah tak suka kau benci benci macam ni.
Aku tengok balik Daniel dan Roy. Amboi, bukan main tersengih sampai ke telinga berborak dengan manusia Khaila ni. Haih apa apa je lah.
^_______________^
FS : Heyyo ! Sorry kalau watak Sya dalam ni teruk sangat sebab benci benci orang. Hee saja nak buat cerita dramatik sikit. Teruskan membaca! Jangan lupa vote! Love ya!
YOU ARE READING
Andai Esok Nafas Terakhirku
Teen FictionAndai esok nafas terakhirku. Ajal . Maut . Semua di tangan Allah Maha Kuasa. Mungkin esok kita dah rancang nak pergi bercuti, nak pergi melancong ke luar negara, tapi yang menentukan, Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Cerita...