Bab 13 (Special)

2.9K 121 1
                                    

Aku pergi ke sekolah macam biasa. Cuma yang luar biasa sekarang, Khaila takut dengan aku. Lepas aje aku marah dia dalam tandas tanpa sebab haritu, dia terus takut aku.

Yang teruk lagi, dia bagitahu Lin. Lin pun soal lah aku macam macam. Macam aku baru pukul si Khaila tu aje. Marah je pun. Orang kata kan marah tu tanda sayang. Tapi... Aku tak sayang dia.

Oh ya, soalan soalan Lin, aku hiraukan. Dan tak jawab apa apa. Sebab aku malas. Nanti si Khaila tu membalachi lagi pada Lin. Haih.

Maka mulalah pelajaran aku pada hari itu dengan pelajaran Bahasa Melayu.

Cikgu suruh kami buat aktiviti secara berpasangan. Aku cari partner aku. Aku terus tarik tangan Lin . Shuh shuh Khaila, kau cari orang lain.

Melihat saja Khaila pergi, Lin terus pukul aku. "Kenapa awak buat Khaila macam tu? Kesianlah dia." ujar nya.

"Habis awak lagi pilih dia lah dari saya?" aku membalas soalan yang agak sukar untuk Lin jawab.

"Bukan, tapi awak jangan lah buat dia macam tu. Kesian."

Aku hairan dengan ayat Lin. Aku buat apa kat Khaila tu sampai Lin nak kesiankan sangat?

"Saya buat apa ? " soal aku tak ada rasa bersalah.

"Awak marah dia haritu. Awak rampas saya dari dia. Sejak awak ada, dia tak happy macam dulu tau."

Sudah, kena sound.

"Ooo jadi ni semua salah saya lah? Lin, saya ingat awak suka dengan kehadiran saya balik ke sekolah ni. Rupanya, tak. Dah lah kalau awak nak sangat si Khaila tu, pergilah!" aku balas balik. Kenapa semua orang yang aku rapat asyik fikirkan Khaila, Khaila, Khaila. Ish je nama sedap. Perangai licik macam cicak.

Aku menuju ke tandas. Aku tak tahu lah Lin ikut aku ke tak. Tapi aku harap dia ikut. Aku nak dia pujuk aku sebagaimana yang dia selalu buat dulu waktu Qai ada.

Aku tunggu beberapa minit. Lin tak datang datang. Sah, dia lupa aku. Sebab dia dah ada Khaila.

What the Khaila! Kau memang menyakitkan hati! Erghhh!

^______________^

Petang tu, aku mengayuh basikalku menuju ke taman permainan berdekatan. Aku nak jumpa Daniel. Dah hilang Lin, aku taknak hilang Daniel pulak. Eh jangan salah faham, aku anggap Daniel ni macam kawan baik aje. Tak lebih. Segala rasa cinta dan sayang tu dah lenyap. Selepas aje aku kehilangan Qai.

"Heyyo Sya! Apa hal yang penting sangat kau nak jumpa saya?" soal Daniel.

"Tak, saja nak lepak lepak." jawab ku.

"Ooo hahaha, kenapa tak join lepak kat rumah Lin? Dia kan dah ajak semua member tadi." ujar Daniel.

Dia tak ajak aku pun?

"Kenapa saya tak tahu?" soal aku. Daniel terdiam. Dia angkat bahu tanda tak tahu. Yelah, dia bukan tahu pun yang aku gaduh dengan Lin dalam kelas tadi.

"Daniel, sebenarnya Khaila tu datang dari mana?" soalan aku macam si Khaila tu alien pulak. Datang dari mana.

"Oh, dia budak baru. Dari tahun lepas hujung tahun, dia masuk sekolah. Memanglah awak tak tahu sebab awak tak datang sekolah kan? Kitorang rapat, sejak tahun lepas. Hujung tahun." jelas Daniel.

Baru tahun lepas kenal, dia punya silaturrahim tu, macam dah 10 tahun kenal. Menyirap aku haih.

"Ooo okey. Saya perasan yang awak, Roy dan Lin sayang yang teramat sangat pada si Khaila tu. Kenapa eh?" soalan ni nampak sangat yang aku tak puas hati pada si Khaila tu. Haih lantaklah.

"Ooo tu sebab dia...."

Panggilan telefon masuk. Daniel angkat dengan segera. Jawapan dia masih belum dinyatakan sepenuhnya. Tersangkut pulak sebab ada orang telefon. Haih siapa lah yang telefon pada waktu tak tepat ni hish.

"Sya, Khaila telefon saya. Dia kata Lin dah siap masak. Fuh Lin rajin harini, siap masak spaghetti special lagi. Jomlah Sya, join sekali." kata Daniel seusai meletak telefon di dalam poketnya.

"Eh tak apalah Daniel. Saya ada hal." balas aku. Takkan aku nak pergi ke suatu majlis yang aku tak dijemput? Hm.

"Orait. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" aku memandang Daniel yang menunggang motornya sampai lah dia hilang dari pandangan.

Khaila, dia ajak. Aku, tak. Hm.

^_______________^

FS : Hai dear candies! teruskan membaca, jangan henti hehe. Don't forget to vote! Oo ya boleh la korang jenguk jenguk my new story tajuknya Ego :)

Panggilan candies sebab you guys are so sweet sanggup baca cerita yang bosan ni & selalu buat saya happy hihi ') love ya!

Andai Esok Nafas TerakhirkuWhere stories live. Discover now