"Aduh Roy, Roy. Takpelah Roy. Sakit." Ujar Qai.
"Eh mana boleh. Nanti kalau tak bersihkan, kumannya merebak nanti." Balas Roy lalu meneruskan aktiviti merawat Qai.
"Tapi sakit . Aduh." Qai menutup mukanya, menahan kesakitan. Dia mahu menitiskan air mata. Tapi dia tahan. Dia mahu kuat. Dia tak mahu menunjukkan yang dia lemah di hadapan Daniel.
Qai bersandar di bahu Lin. Sungguh, dia tidak larat untuk menahan kesakitan.
"Qai, sikit lagi Qai. Haa okay okay dah siap." Kata Roy.
"Qai, awak dah boleh bangun. Qai.. Qai.." Ujar Lin.
Lin hairan apabila Qaisarah masih tidak bangun. "Qai Qai bangun Qai." Lin cuba membangunkan Qai.
Lin bangun. Dia mahu melihat apa jadi pada Qai. Sebaik saja Lin bangun, jasad Qai rebah ke atas tanah.
"Ya Allah. Qai! Qai." Sya panik melihat Qai yang sudah jatuh di atas tanah. "Qai bangun Qai." Ujar Daniel pula.
'Aduh, Qai tolonglah bangun. Tolong lah jangan buat saya risau.' Bisik hati Daniel.
◆◇◆◇◆◇
"Cikgu, kumpulan Daniel masih belum sampai. Huhu." Ujar Abdullah. "Apa? Kalau macam tu jomlah kita cari diorang." Balas Cikgu Zarul.
"Murid murid sekalian, cikgu nak kamu semua tolong cikgu cari kumpulan 8 iaitu kumpulan Daniel. Boleh?" Arah Cikgu Zarul.
"Boleh."
◆◇◆◇◆◇
"Qai, bangunlah Qai." Ujar Sya. Dia mengusap rambut Qai. Qai baring di atas pehanya.
"Apa kita nak buat ni?" Ujar Lin lalu duduk di sebelah Sya. Dia mengambil sedikit air lalu disapukan ke kepala Qai.
"Eh kejap. Tu macam ada orang je dekat situ" Ujar seorang ahli kumpulan 8.
"Haahlah, tu Cikgu Zarul kan? Cikgu! Tolong Cikgu! Cikgu!" Jerit Daniel.
Cikgu Zarul terus ke arah Daniel. "Eh apa jadi dengan Qai?" Soal Cikgu Zarul. "Dia pengsan cikgu. Tadi dia jatuh, keluar darah banyak. Pastu pengsan." Jelas Lin.
"Oh okay okay. Dah dah. Daniel, tolong cikgu angkat Qai. Jom kita keluar dari hutan ni." Ujar Cikgu Zarul. Akhirnya, mereka sampai di tapak perkhemahan. Mereka dapat keluar dari hutan. Qaisarah ditempatkan di bilik kesihatan.
◆◇◆◇◆◇◆◇
Qai membuka matanya. Dengan perlahan lahan, dia bangun. Dia mahu mengambil segelas air.
"Qai, mari sini saya tolong." Ujar Sya. Qai terkejut. Tiba tiba saja Sya ada di situ.
"Thanks Sya." Balas Qai lalu mengukirkan senyuman. "Awak duduklah Qai. Takpe, saya hantar air ni dekat awak nanti." Kata Sya.
Qai duduk di atas katil semula. Dia benar benar bersyukur kerana mempunyai sahabat seperti Dhia Syahira. Tak mungkin dia akan menyakiti hati Sya semata mata demi jejaka yang dicintainya.
"Nah princess. Air awak dah siap." Sya memberikan segelas air pada Qai. "Thank you. Sya, macam mana awak punya kaki? Tadi kata terseliuh kan? Dah okay dah?" Soal Qai.
Sya hanya tersenyum. "Dah, dah okay dah. Tadi kan Daniel tolong urutkan. Hehe." Katanya. "Ooo." Balas Qai.
"Qai, saya nak tanya, awak ada masalah ke dengan Daniel? Sebab saya tengok awak dengan dia macam. Macam semacam je." Kata Sya lagi. "Eh, mana ada lah. Kitorang takde apa pun. Lagipun dia mana kenal saya sangat kan hehe." Bohong Qai.
YOU ARE READING
Andai Esok Nafas Terakhirku
Novela JuvenilAndai esok nafas terakhirku. Ajal . Maut . Semua di tangan Allah Maha Kuasa. Mungkin esok kita dah rancang nak pergi bercuti, nak pergi melancong ke luar negara, tapi yang menentukan, Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Cerita...