Bab 3

4.5K 183 7
                                    

"Qaisarah, awak telah dipilih untuk mewakili sekolah ke Pertandingan Melukis Peringkat Daerah. Tahniah. Hantar karya awak sebelum 10 haribulan ya?" Ujar Encik Saiful, guru besar SMK Taman Melawati.

"Hehe terima kasih banyak banyak cikgu. In Shaa Allah saya hantar secepat mungkin. Terima kasih sekali lagi cikgu." Qaisarah tidak henti henti berterima kasih. Dia amat amat bersyukur kerana dapat mewakili sekolah ke peringkat seterusnya. Kali ini, dia akan melakukan lebih baik daripada sebelumnya.

Qaisarah keluar dari Bilik Guru Besar setelah selesai berurusan dengannya. Dia berjalan menuju ke kelasnya.

"Sya, Lin. Tengok ni." Ujar Qai lalu menunjukkan sekeping borang yang diberi oleh Encik Saiful. "Pertandingan Melukis Peringkat Daerah. Qaisarah Arianna Bt Ismail. Wahh, tahniah Qai tahniah!" Ucap Sya dan Lin. Mereka bangga kerana mempunyai sahabat seperti Qai.

"Qai, awak buat elok elok tau. Buat yang terbaik demi sekolah kita. Okay?" Lin memberi semangat. "In Shaa Allah. Korang berdua doakanlah saya ye." Balas Qai. "Eh, mestilah kitorang doakan. Awak kan kawan baik kitorang. Hehehe." Sambung Sya pula.

"Auch auch. Thank you korang. Sayang korang sangat sangat. Hehee." Ujar Qai. "Haha, Qai. Ni saya nak tanya, awak ada nampak Daniel tak? Hari ni, saya tak nampak dia lagi huhu." Ujar Sya.

Antara Amalin Syuhada dan Dhia Syahira, Dhia Syahira lah yang lebih meminati Daniel Arsyad Bin Zulkifli. Sebenarnya, Lin tak ada lah minat sangat jejaka tu. Huhu. Qaisarah juga amat amat amat meminati Daniel Arsyad, namun, dia hanya mendiamkan diri supaya hubungannya dengan Sya tidak terputus.

"Daripada tengok si Danny, baik tengok Ronny. Hensem. Hahaha." Kata Lin. "Eh eh, sesuka hati awak je tukar nama diorang. Yang Daniel jadi Danny. Yang Roy jadi Ronny. Huhu." Celah Qai. "Eh biarlah hehehe." Balas Lin.

"Uit, daripada tengok Ronny awak tu, baik saya tengok jejaka hati saya, iaitu Daniel Arsyad Bin Zulkifli. Lagi hensem. Haha." Bidas Sya. "Em yelah yelah." Lin mengalah. Biasalah, Dhia Syahira, tiada siapa yang dapat menang jika berdebat dengannya. Huhu.

'Huhu, nak bagitahu ke tak ye yang aku dengan Daniel dah rapat sekarang? Dah jadi kawan baik sekarang? Kalau bagitahu, nanti dia jeles, merajuk pulak gadis comel ni. Huhu.' Bisik hati Qai. Dia rasa serba salah. Dia tidak tahu sama ada mahu memberitahu Sya tentang dia dan Daniel atau tidak. Qai buntu! Huhuhu.

◆◇◆◇◆◇

"Assalamualaikum." Ujar seorang jejaka sambil mengetuk pintu rumah Qai.

"Ye, eh Daniel, Roy. Masuklah, nak belajar sama sama dengan Qai ye? Qai ada tu dia dah tunggu kamu berdua dekat atas. Dekat bilik belajar. Kamu berdua naiklah dulu ya. Nanti Mak Yan bawakkan air." Ujar Mak Yan.
Memang setiap minggu, Roy dan Daniel akan ke rumah Qai untuk belajar bersama sama. Bukan mereka bertiga saja, tapi termasuk Puan Dhalia sekali. Jangan cepat salah faham ya. Hehehe.

"Assalamualaikum" ujar Roy dan Daniel sebaik saja memasuki bilik belajar yang berwarna biru itu.

"Waalaikumussalam, masuklah. Hehe." Qaisarah yang sedang membuat latihan subjek Bahasa Inggeris menjawab salam dua jejaka itu.

"Puan Dhalia tak sampai lagi ke Qai?" Soal Roy. "Belum, dia dalam perjalanan nak balik lah ni. Dia tadi pergi Galeri sekejap. Ada meeting. " Jelas Qai.

"Eh haah lah Qai. Awak tak pernah ajak Sya dan Lin belajar sekali kan? Kenapa ye awak?" Soal Daniel pula.

Qai terdiam. Yang sebenarnya, dia tidak pernah bagitahu Sya dan Lin yang Daniel dan Roy datang ke rumahnya setiap minggu untuk belajar. Dia juga tidak pernah memberitahu yang dia dan Daniel sudah menjadi kawan rapat.

Andai Esok Nafas TerakhirkuWhere stories live. Discover now