Lin
Harini aku pergi sekolah. Serius aku cakap aku gembira sangat bila nampak Sya. Aku perkenalkan dia pada Khaila, budak baru masuk hujung tahun lepas. Aku kenalkan Khaila pada dia.
Pada mulanya, aku tengok diorang berdua ni okey je. Tapi lepas aje aku dengan luahan hati Khaila, aku rasa tak sedap hati dengan Sya. Sya dah berubah.
Khaila kata kat aku yang Sya tiba tiba marah dia masa dalam tandas. Sya suruh dia pergi jauh dari cermin. Khaila pun takut. Sebab masa tu Sya macam orang kena rasuk. Marah dia lain macam.
Jadi Khaila takut dengan Sya. Aku pun. Tapi aku tak tunjuk. Sebab kalau tak, mesti Sya terasa hati. Aku kawan baik dia. Aku tak sanggup buat dia macam tu.
Tapi aku pernah tanya Sya. Kenapa dia buat Khaila macam tu. Dia tak jawab. Dia diam aje sambil buat muka tak bersalah.
Aku masih rilek. Diam.
Sampailah suatu hari, Cikgu Juliana masuk untuk kelas BM. Cikgu suruh kami berpasangan untuk buat aktiviti. Sya terus tarik tangan aku, sebelum berbincang terlebih dahulu.
Aku geram. Dah tak tahan dengan perangai Sya. Sya ni kenapa sebenarnya? Jeles sebab aku dengan Khaila berkawan? Tak ye pun bincang lah baik baik dulu sebelum tarik tangan aku. Kesian Khaila.
Jadi, haritu aku dengan dia bergaduh. Dia pergi ke tandas. Aku biarkan aje. Lalu panggil Khaila untuk jadi pasangan aku. Khaila pada mulanya taknak, sebab rasa bersalah. Tapi setelah aku pujuk dia, dia okey.
Tentang Sya, aku biarkan aje dia. Bagi dia rileks dulu. Tenangkan fikiran.
Tiba waktu petang, mak aku suruh aku ajak Daniel, Roy, Khaila datang rumah aku untuk berlepak. Pada awalnya memang aku nak ajak Sya. Tapi bila mengenangkan balik peristiwa aku gaduh dengan dia kat sekolah tadi, aku nak bagi dia masa dulu baru aku pujuk.
Aku dah siap masak. Daniel pergi mana entah aku tak tahu. Aku suruh Khaila telefon dia. Kata yang aku dah siap masak. Daniel kata dia akan datang tak lama lagi.
Aku, Roy dan Khaila menunggu Daniel sebelum menikmati hidangan. Ingat nak melahap je terus, tapi kesian pulak Daniel. Dia yang request spaghetti, kitorang pulak makan dulu haha.
Daniel sampai. Ah lega. Boleh makan.
Kami menikmati hidangan sambil menonton televisyen. Cerita menarik. Tentang Bulan The Movie. Ah walaupun cerita lama, aku tetap suka.
Tentang Bulan mengisahkan tentang persahabatan. Aku teringatkan Qai. Qai tinggalkan aku jauh. Jauh sangat. Aku teringat persahabatan kami tiga orang dulu. Ah manisnya ukhuwah! Tapi akan daya, Allah sayangkan Qai.
Sya, itulah satu satunya kawan yang paling faham aku. Aku taknak hilang dia.
Khaila memang kawan aku, tapi dia masih tak memahami aku. Mungkin sebab kami baru berkawan for a few monts.
"Saya rindu Sya" luah hati aku.
"Oo haah Lin. Tadi saya jumpa Sya. Dia kata dia tak dapat datang sini sebab dia ada hal." ujar Daniel lalu menyuapkan spaghetti nya ke dalam mulut.
"Awak jumpa Sya? Awak bagitahu Sya yang saya ajak awak lepak rumah saya?" aku soal. Alamak kesian Sya.
Daniel angguk.
"Daniel! Kenapa awak bagitahu?!" aku jerit kesal. Haih Daniel Daniel.
"Aik kenapa pulak?" soal Daniel pelik. Roy dan Khaila pun turut hairan.
"Saya memang tak jemput Sya. Sebab kat sekolah tadi saya dengan dja gaduh. Jadi saya nak bagi dia sedikit ruang untuk bersendirian dulu. Ni nanti jadi salah faham pulak." aku menggaru garukan kepala yang tak gatal.
"Ops, maaf maaf. Saya serius tak tahu. Kenapa tak cakap dari awal?"
"Kenapa tak cakap awak pergi jumpa Sya?"
"Tak tanya." Daniel menjawab selamba.
Haihh Daniel! Buat kacau lah!
^_____________^
Setelah menikmati spaghetti yang sedap yang aku masak, aku ajak Daniel, Roy dan Khaila ke rumah Sya. Aku taknak pergaduhan ni bertambah besar. Cukuplah aku hilang satu kawan je.
"Assalamualaikum, Sya! " ujar kami berempat. Pintu rumah dibuka. Sya keluar dengan muka masam. Aku balas dengan senyuman.
Sya, ego dia tinggi. Tapi kalau kita pujuk lembut lembut, mesti berjaya. Macam ais, keras. Lama lama cair jugak.
Sya membuka pintu pagar. Dia masih membisu.
"Sya, saya datang ni.. Saya nak...." belum sempat aku habiskan kata kata, Sya dah lari keluar rumah dia terlebih dahulu. Kami kejar. Kami kejar sekuat hati.
"Sya! Sya!" aku jerit memanggil nama Sya.
Sya tolong... Tolong jangan tinggalkan aku... Aku sayang kau !
^_________________^
FS : Haa apa jadi agaknya pada Sya? Haa kalau nak tahu teruskan baca next chapter yee :) Love ya!
YOU ARE READING
Andai Esok Nafas Terakhirku
Teen FictionAndai esok nafas terakhirku. Ajal . Maut . Semua di tangan Allah Maha Kuasa. Mungkin esok kita dah rancang nak pergi bercuti, nak pergi melancong ke luar negara, tapi yang menentukan, Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Cerita...