Bab 9

3.7K 143 0
                                    

"Assalamualaikum" ujar Encik Imran yang baru pulang dari pejabat. Dia melangkah masuk ke rumah dengan kaki kanan.

Alangkah terkejutnya dia melihat Qai sedang menangis di atas sofa. Apakah yang berlaku? Kenapa sampai Qai menangis?

"Qai, kenapa ni? Dahlah, berhenti menangis. Meh cerita dekat abah." Pujuk Encik Imran.

Qai perlahan lahan memalingkan wajahnya ke arah abahnya. Lantas dia memeluk insan di hadapannya itu.

"Eh eh, kenapa ni Qai? Sini, cerita pada abah." Pujuk Encik Imran.

"Abah, ibu. Ibu dah berubah..." Ujar Qai.

"Sabar ya Qai. Nanti abah cuba bincang dengan ibu." Pujuk Encik Imran lagi.

◆◇◆◇◆◇◆◇

"Hai Lin, Sya." Ujar Qaisarah seusai meletakkan bagasi di kerusinya.

"Hai Qai." Balas Lin. Manakala Sya hanya berdiam diri.

Qaisarah pelik dengan perangai Sya. Hari tu dah okey. Dah berbaik. Tapi mengapa hari ini Sya seperti tidak mahu melayannya?

"Sya tengah sibuk ke?" Soal Qai.

"Haah." Jawab Sya ringkas . Lalu terus bangun dan keluar dari kelas 4 Bijak.

"Sya awak nak pergi mana? Nak saya teman?" Qaisarah sempat menarik tangan Sya. Kini, mereka berdua betul betul berada di depan pintu kelas mereka.

"Eii takpayah lah!" Ungkap Sya sambil menarik tangannya semula. Benci sungguh dia pada Qai. Sampai Qai nak pegang tangan dia pun takboleh. Huh .

"Jangan nak pegang tangan saya, dan tak payah temankan saya. Saya bukan budak kecik lah!" Sambung Sya lalu berlalu pergi meninggalkan Qaisarah.

Qaisarah makin hairan. Apa yang telah terjadi pada Sya? Kenapa Sya bersikap begitu?

Qaisarah duduk semula di atas kerusinya.

"Dah lah tu Qai. Sya tengah badmood tu. Jangan terasa eh." Pujuk Lin.

Qaisarah hanya membalas dengan senyuman.

Qai merenung sebiji pena biru di atas meja. 'Mengapa sejak kebelakangan ini semua orang menjauhkan diri dari aku? Kelmarin, ibu. Hari ini, Sya. Adakah aku tak perlukan lagi dalam hidup ini? Hurmm.' Fikirnya.

Qaisarah mengeluh lalu meletakkan kepalanya ke atas meja. Dia rasa dirinya tidak berguna lagi. Dia telah memalukan ibu, membuat sahabat baiknya sakit hati.

'Apa nak jadi dengan kau, Qai?!' Qaisarah menyalahkan dirinya. Dia betul betul rasa bersalah.

◆◇◆◇◆◇◆◇

"Kenapa Sya marah Qai? Bukan diorang dah berbaik ke? Berbaik depan aku lagi. Huhu. Tapi kenapa diorang gaduh eh?" Soal Daniel. Rupanya, Daniel telah mendengar semua kata kata Sya dan Qai sebelum Sya keluar dari kelas.

"Entahlah bro. Aku pun tak tahu. Diorang gaduh lagi kot." Balas Roy.

"Tapi hari tu, Sya dah mintak maaf pada Qai. Depan aku lagi tau! Dan Qai dah maafkan dia." Ujar Daniel. "Halah mana lah aku tahu! Aku bukan bff forever dia. Aku kan bff forever kau je." Balas Roy lagi lalu mengenyit-ngeyitkan matanya.

"Eii, gelilah. Ish aku tengah serius, kau main main pulak." Kata Daniel. "Hahaha, ok ok. Kau ni serius sangat lah. Haa, kau jangan ingat aku gay pulak minat kat kau. Haktuih, huhuhu. Biarlah Qai je yang minat kat kau." Ujar Roy.

"Qaisarah! Kita kena tolong dia. Aku rasa ada something lah yang tak kena dengan Sya. Aku nak kau tolong aku, tolong Qai. Okay?" Cadang Daniel.

Andai Esok Nafas TerakhirkuWhere stories live. Discover now