Bab 29

43 4 0
                                    

Suasana di lapangan terbang antarabangsa itu dipenuhi keriuhan yang biasa, tetapi bagi kumpulan Black Snakes dan keluarga mereka, ia membawa aura kegembiraan dan sedikit debaran. Elriq, dengan beg sandangnya tersandang di bahu, melirik kepada Amanda yang sedang menyusun dokumen program.

"Sayang, pelajar sekolah dah dalam perjalanan ke?" soal Elriq, memecahkan lamunannya. Kesemua ahli Black Snakes mengikuti program penerbangan pelajar sekolah hasil gabungan syarikat Amanda dan Elriq. Disebabkan itu lah, mereka dapat terbang ke Jerman semula.

Amanda menoleh, tersenyum sambil memegang telefon. "Baru dapat mesej dari koordinator. Bas mereka dah bergerak sejam lepas. InsyaAllah, mereka sampai tepat waktu."

"Okay, okay. Abang-abang, kakak-kakak. Semua dah siap ke belum?" suara Arif mencelah sambil memeriksa senarai penumpang. Dia baru dilantik menjadi ketua operasi untuk logistik misi penerbangan ini, dan jelas sekali dia mengambil tugasnya dengan serius.

Dania, yang berdiri di sebelah Aaren, menarik lengan lelaki itu sambil mengeluh. "Ren, aku rasa kita lagi lambat dari pelajar-pelajar tu."

"Sabar, Dania. Kau bukan naik bas sekolah, tahu? Kita ada pesawat khas," jawab Aaren berseloroh.

"Papa, tite nak tengok kapal tebang!" jerit Zahira, anak kecil Azyen, yang menghulurkan tangan untuk ditunjukkan ke luar tingkap di ruangan menunggu.

"Sayang, itu kapal tebang. Nanti Zahira naik tu dengan mummy, okay?" balas Azyen lembut, sambil mencium kepala anaknya.

"Suraya pun nak naik! Nak duduk sebelah mama!" tambah Suraya dengan riang, memeluk erat Sofiya yang sedang sibuk mengatur bagasi.

Sofiya hanya mengangguk sambil tersenyum. "Okay, sayang. Kita semua naik sama-sama."

Arif dan Syahmi mengetuk lembut papan tanda berhampiran. "Semua kumpul sini. Dengar dulu briefing ringkas saya sebelum kita masuk ke ruang pelepasan."

Semua ahli Black Snakes berdiri dalam barisan tidak rasmi, mendengar dengan teliti.

"Kita akan bertolak dalam masa sejam. Sebelum itu, pastikan dokumen perjalanan anda bersama saya lengkap. Kita ada dua kumpulan pelajar sekolah yang akan terbang bersama kita. Pastikan kita saling menjaga waktu di sana."

Elriq mengangguk puas hati sebelum berkata dengan tegas, "Thank you, brothers. Semua, pastikan keselamatan kumpulan kita dan pelajar menjadi keutamaan sepanjang program ini. Kita nak semuanya berjalan lancar."

Amanda menyambung, senyumannya lebar. "Dan pastikan kita semua menikmati perjalanan ini. Ini bukan sekadar program kerja, ini peluang untuk kita meluaskan pandangan dan bantu anak-anak itu capai impian mereka."


Setibanya di Jerman, rombongan itu disambut dengan udara sejuk yang menyegarkan, satu perasaan berbeza setelah perjalanan panjang mereka. Di luar terminal, barisan bas khas sudah menunggu untuk membawa mereka ke hotel penginapan. Para pelajar sekolah kelihatan teruja, mata mereka bersinar-sinar melihat pemandangan yang berbeza dari apa yang mereka biasa lihat di Malaysia.

Elriq memegang erat tangan Amanda ketika mereka turun dari bas di hadapan hotel. "Welcome home, prinzessin. Akhirnya, kita dapat jejak tanah Jerman bersama sekali lagi." Kata-katanya disambut dengan senyuman manis Amanda.

"Baik, anak-anak semua. Sementara kita menunggu ketibaan bas, saya akan briefing sedikit tentang perjalanan kita selama di Jerman ya." ucap Hafzan dan Harith. Mereka terpaksa bersatu teguh, bercerai roboh kerana Aaren memaksa.

Aaren dapat melihat bahawa Hafzan suka akan Arabella, sama seperti Harith. Jadi, nak memudahkan kerja Arabella, Aaren menyatupadukan mereka berdua. Tidak adalah Arabella berasa sukar untuk memilih sama ada Harith atau Hafzan.

Aisy Amanda: His Prinzessin [ON GOING]Where stories live. Discover now