Bab 16

26 3 0
                                    

Setelah kembali dari medan pertempuran, kumpulan Black Snakes berkumpul di markas mereka, sebuah ruang bawah tanah rahsia yang dilengkapi dengan peralatan canggih dan ruang mesyuarat besar. Suasana tegang, wajah masing-masing mempamerkan keletihan selepas pertarungan dengan KingHell. Namun, isu Amanda dan Farid masih menjadi beban utama yang perlu dibincangkan.

Di ruang mesyuarat, Elriq duduk di kerusi tengah dengan tangan bersilang, wajahnya penuh dengan keazaman. Aaren berdiri di sebelahnya, sambil menulis sesuatu di papan digital. Yang lain-lain duduk di sekeliling meja, sesekali saling bertukar pandang dengan perasaan ingin tahu.

Azril yang melangkah masuk ke dalam markas itu terus dipandang tajam oleh Elriq. Lelaki itu ibarat menyimpan dendam terhadap Azril. Aaren dan ahli yang lain sudah menjangka apa yang bakal terjadi.

"Riq, sabar." Elriq meraut wajahnya sambil mendengus. Azril pula sudah mengelap peluhnya. Sungguh, dia berasa takut akan Elriq sekarang ini.

"Kau sedar tak apa yang kau dah buat ni, Ril? Kau bagitahu apa dekat Amanda? Kau bocorkan semua rahsia Black Snakes ke pada isteri aku?" bertubi-tubi soalan dilontarkan pada Azril.

"A...aku... Aku tak sengaja, Riq. Aku cuma..." belum sempat Azril ingin bersuara, Elriq sudah bangun daripada duduknya untuk mendekati lelaki itu. Namun, pergerakannya terhalang oleh ketua mereka, Aaren.

"Sabar, Riq. Bukan macam ni cara kita selesaikan masalah. Kau nak timbulkan masalah lain ke?" Aaren mencengkam kolar baju milik Elriq.

"Kau nampak kan apa yang jadi tadi, Ren? Isteri aku berpaling tadah, Ren! Orang yang aku percaya selama ni, orang yang aku sayang, cinta, kasih, orang tu yang khianati kesetiaan aku selama ni, Ren!" teresak tangisan Elriq dihadapan mereka.

"Riq, aku minta maaf. Aku betul-betul tak ada niat hendak memecahbelahkan hubungan korang berdua. Aku cuma nak bagitahu Amanda tentang kejahatan Farid je. Itu aje, aku tak bagitahu selebihnya pun pada dia." jujur Azril sehabis baik.

Tanpa mereka sedari, para wanita yang lain sudah berdiri tegak di hadapan pintu markas Black Snakes. Mereka juga tidak menyangka bahawa Amanda sanggup lakukan sedemikian. Maksudnya, selama ni Amanda cuma berpura-pura menyokong Black Snakes?

Harith yang perasan akan kewujudan para wanita sudah tidak keruan. Dia mencuba sedaya upaya untuk memberi petunjuk kepada semua ahli Black Snakes yang ada dalam bilik tersebut.

"Kau dah kenapa, Rith?" soal Aaren kepada sepupunya. Harith menjuirkan bibirnya ke arah para wanita yang berada di luar pintu. Tetapi, betapa lembabnya seorang lelaki bernama Tengku Aaren Zuiz ni sehinggakan dia berfikir bukan-bukan.

"Kau ni agak-agak lah, Rith. Aku ni lurus lagi lah! Kau nak minta cium pula dekat sini. Aku sepak kau karang! Dania aku tu nak letak mana?" Harith yang mendengar celoteh sepupunya itu terus menepuk dahi sendiri. Aduh, kecil-kecil tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang.

"Aku tahu lah..." percakapan Aaren disampuk oleh wanitanya iaitu Dania yang sudah lama berada di hadapan pintu bilik mesyuarat Black Snakes.

"Korang cakap apa tadi? Amanda apa?" soal Dania. Mereka berlima begitu terkejut dengan khabar yang disampaikan oleh para lelaki Black Snakes sebentar tadi.

Serentak semua para lelaki Black Snakes berpaling pada para wanita.

Ketika pintu bilik mesyuarat dikuak lebih luas, Dania, Arabella, Sofiya, Qasrina, dan Irene melangkah masuk. Wajah mereka mencerminkan berbagai perasaan, terkejut, keliru, dan sedikit curiga. Para lelaki Black Snakes pula kelihatan tegang, masing-masing mencari alasan untuk menjelaskan apa yang baru mereka bincangkan.

"Aaren, jangan nak buat muka tak bersalah tu. Apa yang kau orang bincangkan tentang Amanda tadi? Jangan cakap korang buat andaian bodoh lagi." Dania memandang Aaren dengan mata yang mengecil.

Aisy Amanda: His Prinzessin [ON GOING]Where stories live. Discover now