Bab 19

57 6 0
                                    

Sebuah hospital di pinggir bandar, aman tetapi dengan suasana suram. Elriq duduk di tepi katil Amanda, wajahnya penuh kebimbangan. Amanda masih belum sedarkan diri selepas mereka berjaya menyelamatkannya dari markas KingHell. Aaren, Harith, dan ahli Black Snakes lain menunggu di luar bilik dengan resah.

Amanda perlahan-lahan membuka matanya, keliru dengan keadaan sekelilingnya. Wajah Elriq adalah perkara pertama yang dilihatnya, matanya penuh kelegaan dan kasih sayang.

"Aisy... Sayang dah sedar. Syukur..." Elriq menghela nafas lega.

"Abang..." menghulurkan tangan untuk menyentuh wajah Elriq. Elriq menggenggam tangan Amanda dengan erat, air matanya hampir tumpah tetapi dia cuba menahannya.

"Sayang tak apa-apa? Doktor kata sayang cuma cedera ringan, tapi abang tetap risau." Kata Elriq dengan suara serak.

"Aisy okay je, abang." Amanda tersenyum nipis. Namun, Elriq sedari bahawa ada sesuatu yang menganggu fikiran isterinya kini.

"Hey, kenapa ni? Ada sesuatu yang menganggu fikiran prinzessin abang ni?" tanya Elriq. Tanpa mereka sedari, air mata Amanda jatuh keguguran dengan deras.

"Aisy rasa bersalah dengan abang dan Black Snakes. Aisy pura-pura khianati abang dan libatkan Black Snakes dalam masalah yang bahaya." jujur Amanda. Elriq tergelak kecil.

"Apa yang lawaknya, abang? Abang ni, orang tengah serius, dia ajak bergurau pula." rajuk Amanda. Sakit hati dibuatnya. Orang tengah berkata benar, dia tergelak pula.

"Abang tak kisah semua tu, sayang. Apa yang penting sekarang ni adalah prinzessin abang dah pulang semula ke pangkuan abang. Tapi abang pelik, kenapa boleh panggil abang ya? Bukan sayang hilang ingatan ke? Ada apa-apa rahsia yang belum beritahu abang ke, prinzessin?" Elriq mengangkat kening kirinya menandakan ada sesuatu yang tidak kena pada isterinya.

Amanda tersengih manja, memandang tepat pada wajah suaminya. Dia menarik nafas panjang, akhirnya bersedia untuk mengatakan kebenaran yang telah disimpannya.

"Aisy tak pernah hilang ingatan pun, abang." Elriq kelihatan terkejut tetapi tidak memotong kata-kata Amanda.

"Aisy berpura-pura kerana Aisy tahu KingHell nak gunakan Aisy untuk menghancurkan Black Snakes. Aisy fikir, kalau Aisy berpihak kepada mereka, Aisy boleh cari kelemahan mereka dari dalam. Tapi Aisy tak sangka Aisy akan terlalu jauh masuk ke dalam permainan ni." Luah Amanda dengan perasaan serba salah.

"Jadi, semuanya rancangan sayang? Aisy buat semua ni untuk selamatkan kami?" Elriq menggenggam tangan Amanda dengan lebih erat.

"Aisy fikir, kalau Aisy boleh buat KingHell percaya pada Aisy, Aisy boleh dapat maklumat tentang rancangan mereka. Aisy tak sangka, Farid sebenarnya dah lama tahu Aisy cuba mengkhianati dia. Sebab tu dia cuba musnahkan Aisy malam tadi."

Elriq memandang Amanda dengan campuran emosi, marah, kecewa, tetapi lebih daripada segalanya, dia merasa bangga.

"Aisy abang marah sebab Aisy tak bincang dengan abang. Tapi dalam masa yang sama, abang bangga dengan Aisy sebab sanggup buat apa saja untuk lindungi Black Snakes. Tapi, selepas ini jangan nak gatal berpaling tadah lagi ya." Elriq sempat mencuit hidung isterinya. Amanda menatapnya dengan air mata mengalir.

Perbualan mereka terganggu apabila Aaren, Harith, Hayder, dan ahli Black Snakes lain memasuki bilik. Mereka kelihatan lega melihat Amanda sedar, tetapi suasana berubah apabila mereka mendengar sebahagian pengakuan Amanda.

"Tunggu... Jadi, kau tak pernah hilang ingatan?" soal semua ahli Black Snakes.

"Ya. Aku minta maaf sebab sembunyikan ini dari korang semua."

Aisy Amanda: His Prinzessin [ON GOING]Where stories live. Discover now