Jira pelik melihat En Park ketawa. Entah mengapa tiba-tiba En Park koyak kertas tu dan buang ke dalam tong sampah di sebelah mejanya. "Ke..kenapa .. ahjushi koyak..." "Lupa pulak saya nak bagitahu kamu" "Apa?" "Macam ni ,sebenarnya diorang dah minta permission dari saya petang semalam untuk buat satu majlis meraikan kepulangan Eunmin malam tu "cerita En Park. Jira terus ternganga. "Kamu...tak join mereka semalam?"soal En Park . Jira menggeleng . "Bukan kamu bestfriend Eunmin ke ? dia tak ajak ?" tanya En Park. "Sa...saya pergi dulu "kata Jira lalu pergi.
"Nampaknya aku kena fikirkan sesuatu untuk hancurkan dia "bisik Jira sebaik sahaja keluar dari bilik pengetua itu.
Saat Jira sedang lalu di depan bilik kelas gimrama ,dia terdengar sesuatu.
"Baiklah,kertas yang ada pada tangan saya ini adalah keputusan pelajar yang akan bertanding pada minggu hadapan untuk pertandingan gimrama peringkat daerah. Peserta pertama ialah Jung Jimin , kedua Kim Hyein , ketiga Park Eunmin . Ini sahaja pelajar yang dapat bertanding pada minggu depan. Kalian ada 5 hari saja untuk berlatih. Saya bersama pengetua amat berharap agar kalian dapat medal gold " Eunmin terus mengangguk. "Tapi...seonsengnim...Hyein dengan Jimin sekarang tengah jaga Chen kat hospital. Macam mana nak suruh diorang berlatih ?"tanya Eunmin. "Kamu tolonglah pujuk mereka, sekolah amat berharap yang kita boleh menang kali ni "kata Mrs Yuri. Eunmin hanya mengeluh panjang.
"Hemm...bakat pun tak ke mana boleh terpilih untuk jadi wakil gimrama sekolah untuk peringkat daerah! Memang takkan dapat medal gold punya ,percayalah !"kata Jira yakin.
Esoknya ~ :D
Di hospital.
" Mwo ? Tak boleh ! " kata Hyein. "Unnie ,please lah ! Kali ni aje, Mrs Yuri amat berharap sangat supaya unnie masuk ke pertandingan tu "kata Eunmin. Hyein dengan Jimin berpandangan. "Okay !"kata Hyein. "Tapi kalau korang pergi siapa yang nak jaga saya ?" soal Chen. Mereka bertiga mula berfikir. "Jira ?"cadang Eunmin. "Nae ?!"tanya Chen terkejut. "Eunmin, kau tahu kan macam mana si Jira tu dah buat kat Chen?"tanya Jimin. Eunmin angguk. "Habis tu kenapa..." " Lagi pun cuma ni jer cara supaya dia dapat tebus balik kesalahan terhadap Chen oppa "kata Eunmin. Mereka bertiga tersenyum jahat.Ketika Jira sedang mengambil angin di sekitar Hongdae street , dia terjumpa sebuah kedai bunga yang menjual bunga kesukaannya. Dia pun masuk. "Ya, cik nak bunga apa ?"tanya seorang penjual bunga lelaki yang dalam lingkungan umur 45-50 itu. Jira buka cermin mata hitamnya.
" Ini bunga taik ayamkan ?"tanya Jira. Penjual itu mengangguk. "Saya nak beli bunga ni"kata Jira. Penjual itu pun ambil bunga itu dan dibawa ke kaunter. "Eolmayeyo ?"tanya Jira yang sedang mengambil duit di dalam dompetnya. "20 ribu won"jawab penjual itu. Jira pun beri 20 ribu won itu kepada penjual itu.Saat Jira melangkah keluar dari kedai bunga itu dia terlihat satu pokok kecil yang kelihatan lebih kurang seperti pokok bonsai.Dia pun mendekati pokok itu. "Ahjushi ,ni pokok bonsai ?"tanya Jira. Penjual itu tersenyum. "Ini bukan pokok bonsai . Ini sejenis pokok hiasan dari Afrika "kata penjual itu. "Hiasan?"tanya Jira." Ya, pokok ini hanya untuk hiasan sahaja. Dan untuk pengetahuan cik ,daun-daun pokok ni sebenarnya amat berkhasiat dan sedap jika dimakan dengan ladu tapi daunnya akan jadi beracun jika diperap " "Beracun ?"soal Jira. Wajah dia kelihatan tertarik dengan apa yang diberitahu penjual bunga itu. Penjual itu mengangguk.
"Ya, daun-daunnya boleh menyebabkan seseorang itu lumpuh lebih kurang dalam dua atau satu bulan macam tu"terang penjual itu. Jira terus keluarkan beg duitnya. "Eolmayeyo ?"tanya Jira. "Eh,saya tak jual pokok ni !"kata penjual itu. "Nae?!"tanya Jira. "Tapi tak pelah! Memandangkan cik ni cantik ,saya jualnya dengan harga 1 juta won . Macam mana ?Okay ?"tanya penjual itu."Duit langsung tidak jadi masalah buat saya . Malah ,saya rasa 1 juta won ni terlebih murah buat saya "kata Jira lalu tersenyum memikirkan rancangan jahatnya yang bakal dilaksanakannya nanti.Di dorm yeoja.
"Lambat balik ?"kata Eunmin yang baru keluar dari toilet. "Hmmmm...apa kau kisah kalau aku balik awal ke lambat?"kata Jira sambil letak pokok yang mahal itu di depan jendela dorm mereka. Manakala, bunga taik ayam nya itu diletak ke dalam pasu bunga di mejanya. "Kau beli bunga,Jira ?tanya Eunmin sambil kemas katilnya. "Taklah curi !"jawab Jira. Eunmin mengeluh lihat Jira berperangai sebegini terhadap dirinya hanya kerana seorang namja yang bertelinga besar itu. Eunmin turun dari katilnya. "Wah,ni pokok bonsai ke ?"soal Eunmin. Jira hanya diam sambil mencari sudut yang cantik untuk diletakkan pasu bunganya di atas mejanya. Eunmin ambil beg galasnya dan disandangkan pada bahunya. "Mesti mahal kan kau beli pokok bonsai ni?"kata Eunmin. "Tentulah !"jawab Jira. "Mmm....aku pergi dulu .Ada kelas latihan "kata Eunmin. "Ada aku kisah ?!"bisik hati Jira sambil melihat pokok 'bonsainya'. Eunmin pun pergi. Jira tersenyum jahat sambil jari-jemarinya asyik membelai daun-daun pada pokok itu.
"Kau tanya aku pokok ni mahal ke tak ,Eunmin ? Dasar perempuan bodoh! Aku ! Song Jira ! Anak peguam dengan ketua polis daerah Gangnam ,takkanlah tak mampu bayar sebanyak 10 juta won semata-mata untuk pokok yang terlebih berguna untuk diri aku ?"monolog Jira sendirian."Eunmin !"panggil seseorang dari belakangnya. Suara itu membuatnya tersenyum.Dia menoleh belakang.
"Kamu ada kelas ke hari ni?"tanya D.O. Eunmin mengangguk. "Hari nikan cuti"kata D.O. sambil berpakaian kasual ." Ya, hari ni memang hari untuk cuti tapi I have another 4 days for practice sebelum tiba hari pertandingan "kata Eunmin.
"Pertandingan for...?" "peringkat daerah "jawab Eunmin. Wajah D.O kelihatan seperti kecewa. "Ni pakai wangi-wangi cantik-cantik ni nak pergi mana?"tanya Eunmin. "Sebenarnya saya nak ajak awak keluar tengok wayang tonton filem Fast Furious 7 "kata D.O. "Keurae ? Mm.... apa kata after saya tamatkan pertandingan tu kita terus pergi tengok wayang nak ?"tanya Eunmin sambil pegang tangan D.O.
D.O senyum. Tidak jauh dari belakang D.O , Eunmin lihat Chanyeol sedang menghampiri mereka dengan wajah marah. Eunmin mengeluh panjang . D.O terus toleh belakang. Chanyeol terus memarahi D.O. "Yaaa Kyung Soo ! Kenapa kamu pegang tangan Eunmin ?"soal Chanyeol. "Biarlah dia pegang ,apa salahnya ?"tanya Eunmin. "Hei , Eunmin ! Aku tanya dia bukan kau " "Ada aku kisah ke ?"tanya Eunmin. "Chanyeol ,kau kan dah putus ..." "Apa ? Kau nak kata yang aku ni bukan ke dah break ngan Eunmin ,macam tu ?"tanya Chanyeol lalu dia terus rangkul kolar baju D.O. "Chanyeol ,lepaskan dia !"kata Eunmin sambil tarik tangan Chanyeol. Chanyeol tetap berkeras jugak. "Chanyeol , enough ! Stop do this ! Ini sekolah bukan tempat untuk bergaduh ! Fikirlah sikit " nasihat Eunmin yang tidak sanggup melihat namjanya diperlakukan seperti itu. Tanpa berfikir panjang Chanyeol lepaskan D.O. "Kyung Soo , ni first and last warning aku bagi kau ! Lagi sekali kalau aku nampak kau bermesra ,berpegang tangan atau berapa-apa dengan Eunmin ,aku akan pastikan kepala dengan badan kau terpisah !" ugut Chanyeol. Eunmin yang terkejut dengan ayat yang keluar dari mulut Chanyeol itu lalu beri 'cop tangan merah' ke atas pipi gebu dan halus Chanyeol itu. "Kamu ....?" tanya Chanyeol .
KAMU SEDANG MEMBACA
LOVE ME RIGHT
FanfictionPerasaan cinta antara satu sama lain mula berputik di hati Kyungsoo (pelajar sukan ragbi) dan Eunmin ( ,seorang pelajar baru gimrama di Asrama Sukan Seoul)sejak hari pertama berkenalan .Kyungsoo mula menyukai Eunmin apabila terlihat senyuman manis m...