Perasaan gemuruh , takut ,cemas dan semuanya menghantui diri Eunmin. Hormon adrenalin makin meningkat. Kini dia berdiri di hadapan semua penonton , juri, pihak media, Mrs Yuri , chingu termasuk juga Jira dengan Chen yang sedang menonton secara live di kaca televisyen di hospital . Tiba-tiba dia terdengar jeritan suara sokongan dari satu sudut dewan itu. Eunmin mendengar,mencari suara itu dan akhirnya jumpa juga. "Eunmin ! You can do it !" jerit D.O . "Chayokkkk !" jerit Suho. "Hwaiting !" jerit Baekhyun . Sedikit senyuman terserlah di bibirnya tapi hatinya masih tidak tenang. "Park Eunmin "panggil pengacara . Eunmin pandang. "Sekarang "kata pengacara itu. Eunmin mengangguk perlahan . Hanya dengan melihat wajah juri , reben serta tangannya sudah cukup membuat dirinya ketakutan. "Eunmin sekarang "kata Mrs Yuri dari jauh. Dia pun mulakan gerakan tubuhnya sambil bermain dengan reben di tangannya. Hatinya kembali tenang kerana tangannya dapat pegang reben. Dia teruskan gerakannya . "Woooooooo ! " sorak Jimin dengan Hyein. Sepanjang itu Eunmin bermain dengan rebennya ,hatinya terasa riang . Akhirnya Eunmin pun tunduk hormat kepada juri dan penonton.
"Mwoooo ?!" tanya Jira . Chen terus pandangnya. "Kamu kenapa ?" soal Chen . "Tak de pape . Cuma terkejut je lihat Eunmin dapat akhiri semua ni dengan sempurna " kata Jira, tersengih. "Gembira dapat lihat mereka bertiga dapat buat semua ni dengan baik walaupun kita hanya lihat semua ni secara live dari tv je ,kan"tanya Chen. Jira mengangguk. "Hem , cuma kau je yang gembira ! And aku sepatutnya dari tadi lagi dah ada secara live kat sana , bukannya jaga kau yang dah tua ni kat sini!" bisik hati Jira. "Tapi macam mana semua ni boleh terjadi ? Aku dah letak daun tu dalam ladu tapi...AARGGH ! Habis 1 juta won aku ! Tak guna punya orang tua , dia jual bunga tak guna kat aku ? Sabar je lah " marah Jira dalam hatinya. "Nampaknya aku kena fikirkan rancangan yang lain "sambungnya lagi sambil menggenggam tangannya sehingga urat-urat pada tangannya timbul-timbul.
"Yeeeaaaaaa ! Baguslah kau tadi Eunmin "kata Jimin. Eunmin tersenyum . "Bagus saya ucapkan kepada kamu bertiga "kata Mrs Yuri. Mereka tersenyum. Kini para juri sedang mengira jumlah markah bagi kesemua peserta gimrama di situ. "Baiklah , kini keputusan sudah berada di tangan saya dan keputusannya...." "Alahai, lambat betullah dia buka surat tu !" rungut Jimin. "Sabarlah !"pujuk Hyein. "Keputusannya...." "Keputusan-keputusan ! Cakapnya tak lagi !" marah Jimin. "Jawapannya...Asrama Sukan Seoul ! " kata pengacara itu . "WOOHOOOOOO !!" sorak Mrs Yuri, Eunmin, Jimin,Hyein,D.O,Suho,Baekhyun, juga Chen. "Kita menang !" kata Hyein. Wajah ceria terukir di wajah mereka.
Mereka bertiga pun naik ke pentas di tangga yang tertinggi di tempat pertama. Yang terhormat ,pengerusi majlis sukan Korea pun gantung medal gold pada mereka bertiga.Ketika itu Jimin sempat bisik sesuatu di telinga Hyein. Senyuman diberi Hyein.
Di dalam kereta Mrs Yuri.
"Cikgu, nampaknya cikgu ngan pengetua kena balas budi kitorang "kata Hyein yang duduk di sebelah Mrs Yuri itu. "Balas budi ? " tanya Mrs Yuri. ""Yelah, kitorangkan dah beri medal gold untuk sekolah so kenalah bagi ganjaran "kata Hyein. Sambil itu dia sempat memandang Jimin di belakang. Jimin beri tanda bagus. "Ya,cikgu ! Sekolahkan tak mampu bagi kitorang ganjaran dalam bentuk wang so bagilah dalam bentuk lain "kata Jimin. "Eh,kenapa minta ngan cikgu ? Mintalah ngan anak principal sekolah kita supaya dia boleh pujuk appa dia supaya bagi kamu ganjaran "kata Mrs Yuri. "Eunmin!"panggil Jimin. Eunmin pandang . "Kau selaku anak pengetua ,kau kena mintak dengan appa kau supaya dia boleh bagi kitorang ganjaran " kata Jimin. "Aah, kitorang ,kau ngan Mrs Yuri kan dah penat kerah tenaga kebelakangan ni so...please !!!"kata Hyein. "Mm...tengoklah nanti !" kata Eunmin,tersengih.Esoknya.
Di pejabat pengetua.
"Ada apa datang ni ? Tak nampak ke appa tengah busy sekarang ni ?"tanya En Park yang sedang sibuk menandatangani beberapa kertas kerjanya. Eunmin tersenyum sinis sambil peluk tubuhnya lalu duduk di sofa yang betul-betul menghadap meja En Park. "Appa ingat Eunmin nak sangat jejakkan kaki ke dalam pejabat appa ni ? Eunmin datang sini sebab terpaksa kerana dipaksa " kata Eunmin. "Terpaksa ? "tanya En Park. "Appa , kitorang dah dapatkan medal gold untuk sekolah...." "Jadi ?"tanya En Park. "Jadi bagilah kitorang ganjaran " "Ganjaran ? Maksud kamu wang ? "tanya En Park. "Aah,kalau appa nak bagi duit pun boleh !" "Eh,jangan harap ! " kata En Park. "Bukan macam tulah appa ! "marah Eunmin. "Habis tu ?" "Aduiii , maksud anak appa ni ialah bagilah kitorang cuti ke atau pergi melancong kat mana-mana "terang Eunmin. "Ouhhh, cakaplah dari awal ni putar belit mana appa faham " "Jadi adalah cuti atau melancong untuk kitorang ?"tanya Eunmin. "Itu...appa tak confirm lagi " "Appaaa!" marah Eunmin. "Eunmin ,appa banyak kerja sekarang ni! Eunmin keluarlah nanti appa fikir-fikirkan pasal ganjaran tu .Lagi pun sekarang ni appa tak de duit " "Mwo ? Tak de duit ? Mesti duit appa habis disebabkan yeoja tak guna tu kan ?" tanya Eunmin. En Park terus pandangnya . "Okay okay !Eunmin keluar sekarang tapi pastikan appa bagi kitorang ganjaran ek ?"kata Eunmin. "Tengoklah dulu ! Sekarang keluar" arah En Park . Eunmin tidak berganjak dari sofa. "Kamu tak dengar apa appa kata tadi ? " tanya En Park. "Dengar " jawab Eunmin bersahaja. "Habis tu keluarlah " arah En Park . Eunmin bangun dan mendekati En Park. "Betul ke appa nak bercerai dengan omma ?"tanya Eunmin . Wajahnya kelihatan sayu. En Park mengeluh . "Bukan ke appa pernah bagitahu kamu...." "Jawab je lah !"tengking Eunmin. Nafas berat dikeluh En Park. "Ya" jawab En Park sepatah . Eunmin hanya tersenyum lemah . Air mata ditahan. Dia pun pergi .Eunmin keluar dari pejabat dengan air mata yang mengalir membasahi pipinya. Dari jauh Chanyeol tersenyum lihat Eunmin dan terus mendekatinya. "Hai !"sapa Chanyeol tiba-tiba di sebelah . Terus Eunmin mengesat air matanya. "Chanyeol ?" tanya Eunmin. "Kamu menangis ?"tanya Chanyeol . Eunmin menggeleng . "Eunmin , jangan tipulah. Kita ni dah kenal bukannya 1 minit tapi dah lebih 5 tahun jadi saya tahu yang kamu sekarang ni tengah bersedih , bukan ? " tanya Chanyeol . Eunmin mengeluh .
Di taman.
"Mwo ? Ahjushi nak bercerai ngan ahjuma ? Kenapa ?" tanya Chanyeol. "Dia ada yeoja lain "beritahu Eunmin. "Sabarlah ya ?"pujuk Chanyeol . Eunmin mengangguk. "Eunmin, hujung minggu depan awak free tak ?" tanya Chanyeol. "I .... I don't think so . Why ?" tanya Eunmin. "Family saya nanti ada buat majlis ulang tahun halmeoni jadi mereka jemput kamu dengan ahjusi sekali " "Saya...." "Eh,kalau kamu nak ajak Jimin dengan Hyein sekali pun boleh " kata Chanyeol. Eunmin sekadar tersengih. "Okay ! Saya anggap kamu datang !" kata Chanyeol lalu pergi. "Chanyeol !"panggil Eunmin . Malangnya Chanyeol sudah 'hilang' .Di dorm.
Sesampai sahaja di bilik , Eunmin terus duduk bersila di katilnya sambil peluk patung Pororonya sementara itu chingunya sedang makan curry ramyun bersama kimchi. "Kenapa ni ? Macam ada problem je "kata Hyein. "Ha, jangan kata kita tak dapat ganjaran tu !" kata Jimin. Eunmin mengeluh. "Bukan macam tu !"kata Eunmin. "Habis tu ?"tanya Hyein. "Appa kata biar dia fikir dulu "kata Eunmin. Mereka berdua terus tarik muka. "Alaa,kau tolonglah confirm kan selagi " minta Jimin . "Tengoklah dulu . Aku ni bukannya rajin sangat pun nak jumpa dia tiap-tiap hari " "Kenapa?"tanya Jimin sambil korek hidungnya lalu kesat pada baju Hyein. Terus Hyein tampar tangan Jimin itu. "Appa aku ... dia nak bercerai "beritahu Eunmin. "Dengan omma kau ?"tanya Hyein. Eunmin angguk. "Kesiannya kau !"kata Jimin. Hyein di sebelah mengangguk . "Eh,jomlah makan !"ajak Hyein. "Aah,nanti habis baru tahu !"kata Jimin. Hyein memandang Eunmin. "Kau ni kenapa ? Sakit betul mata ni tengok ! Asyik muram je , kenapa ni ?" tanya Hyein. "Chanyeol ngan family dia ajak aku pergi majlis ulang tahun halmeoni dia next weekend ni "beritahu Eunmin. "Jadi pergilah !"kata Hyein. "Aah,pergilah!Orang dah ajak tu!"kata Jimin. "Aku takut" "Nak takut apanya ? Diorang tu bukannya keturunan serigala jadian yang boleh bertukar bila bulan mengambang "kata Jimin. "Aku takut sebab malu . Chanyeolkan pernah minta putus cinta dengan aku dulukan ? So thats why lah aku rasa takut bila dia bila dia ajak aku pergi majlis tu" cerita Eunmin panjang lebar. "Alah , tak payahlah nak fikir panjang-panjang ! Orang dah ajak tu pergi jelah !" kata Hyein. "Ni , mari makan !"ajak Hyein. Eunmin pun duduk bersama mereka makan curry ramyun. "Kalau aku nak ikut boleh tak ?"tanya Jimin. Eunmin angguk. "Me too !"kata Hyein. "Okay-okay ! Kalau korang nak bawa seluruh kaum kerabat tu pun boleh !" kata Eunmin. "Jinjja ?"tanya Jimin. Terus Hyein ketuk kepala Jimin. "Hey, yang kau bodoh sangat ni kenapa ? Dia cuma tipu jelah !" marah Hyein. "Alah, just nak buat kelakar je !" kata Jimin. "Tak kelakar punlah !" marah Hyein. "Kalau ya pun tak payahlah nak tengking-tengking ! Orang cakap elok-elok dia ...... " "Okay-okay , sorry !" kata Hyein. Eunmin asyik ketawa melihat mereka berdua bergaduh.
KAMU SEDANG MEMBACA
LOVE ME RIGHT
FanfictionPerasaan cinta antara satu sama lain mula berputik di hati Kyungsoo (pelajar sukan ragbi) dan Eunmin ( ,seorang pelajar baru gimrama di Asrama Sukan Seoul)sejak hari pertama berkenalan .Kyungsoo mula menyukai Eunmin apabila terlihat senyuman manis m...