"Mwo ? Terkejut kena tampar ?"tanya Eunmin. Chanyeol terus genggam tangan Eunmin. "Yaa Chanyeol ! Lepaslah "marah Eunmin. "Chanyeol lepaskan tangan Eunmin ! Kau kena pasrah dengan takdir kau tu !"kata D.O. "Takdir ? Takdir aku adalah sehidup semati dengan dia bukannya bersaing dengan kau "kata Chanyeol. "Aku tak bersaing dengan kau tapi ini destiny aku untuk hidup mencintai dia "kata D.O. Chanyeol tersenyum sinis lalu lepaskan Eunmin."Nak termuntah aku dengar semua tu "kata Chanyeol . "Okay! kali ni aku lepaskan kau , Eunmin .Tapi di lain saat , minit ,jam ,hari ,minggu ,abad atau pun kurun aku tak akan lepaskan kau "ugut Chanyeol lalu pergi . Eunmin yang menyorok di belakang D.O terus keluar. "Pelik betullah dia tu "kata D.O. "Memang pelik "balas Eunmin . "Kamu tak apa-apa kan ?" "Nan gwenchana " kata Eunmin sambil tersenyum. D.O juga turut tersenyum.
Hari pertandingan hampir tiba. Jira telah pun disuruh dan dipaksa untuk menjaga Chen di hospital untuk menggantikan 'kerja' Hyein dengan Jimin yang kini sedang sibuk jalani latihan gimrama. Hanya dengan itu juga untuk Song Jira menebus kesalahannya ke atas diri Kim Jong Dae yang terpaksa derita dan menderita ketika ingin membuang 'bom atom' , itu pun dia diugut Hyein , Jimin untuk jaga Chen jika dia tidak mahu ,Chen akan bawa nama pemilik Song Jira ke muka pengadilan (mahkamah) untuk dikenakan hukuman yang setimpal . Oleh itu, satu surat perjanjian hitam putih bernama KEMALANGAN DI BANGUNAN LAMA DI ANTARA KIM JONG DAE DENGAN SONG JI RA (KDBLDAKJDDSJR) ditandatangani oleh kedua-duanya . Sepanjang hari penjagaan itu ,terlalu banyak kerenah yang diberi Chen seperti dia mahu disuapkan makanan , mahu tengok bintang sebelum tidur , dinyanyikan lagu My Heart Will Go On (Celine Dion) sebelum tidur , lepas tu dia asyik menjerit dan teriak ketika nak buang air besar , kulit buah epal perlu dikupas termasuk juga buah anggur perlu dikupas , banana milk shake diminta sebagai minuman pagi , roti nak makan yang kulit sahaja , kentang lenyek , chessy chicken , perlu dibawa ke taman pada pagi hari dan asyik mengigau benda-benda pelik semasa tidur sehingga terjaga seperti selalu mimpi dikejar beruang kutub utara lepas tu diminta pula supaya Jira boboikannya tidur semula .
Malam itu (di hospital).
Ketika Chen masih dibuai mimpi , Jira yang sedang khusyuk baca majalah kecantikan wanita itu terfikir sesuatu . "Hemm....hari pertandingan tu lagi 1 hari . So ,thats mean aku dah boleh mulakan rancangan aku tu. Tapi macam mana nak buat ?" fikir Jira . Tiba-tiba satu mentol lampu bercahaya terang 'muncul' diatas kepalanya . Dia petik jarinya sambil tersenyum . "Memandang Eunmin suka makan ladu hasil air tangan Chanyeol so aku akan guna nama Chanyeol lepas
tu dia pasti akan makan . Tak lama lepas tu pulak kelumpuhan tangan akan menghantui dia and then dia akan fikir Chanyeollah penyebabnya pastu dia akan membenci dan menjauhi dirinya daripada Chanyeol . So ,dari situ jugalah aku akan mendekati Chanyeol and hubungan kitorang akan pulih seperti dulu ! Wah ,bagus jugak plan aku ni ! Patut diberi awards !" katanya gembira sambil peluk majalah kecantikannya.
"Tak sia-sia aku masih ingat lagi yang Eunmin pernah suka ladu buatan Chanyeol " katanya lagi . "Arrrrrgghhh ! Omma ! " jerit Chen tiba-tiba . Jira terkejut dan terus tutup mulutnya . "Ommma ,help me ! Ada beruang nak makan saya ! " kata Chen dengan mata yang tertutup . "Hissh , tak habis-habis dengan beruang ! " keluh Jira lalu kejut Chen. "Jong dae-ah , ireona ! "kejut Jira perlahan. Chen buka matanya dan terus peluk Jira . "Yaaaaa!"marah Jira sambil pukul Chen . Chen pun lepaskan Jira . "Mian ! Saya shock tadi sebab kena kejar dengan beruang"kata Chen sambil tersengih lalu kesat air basinya pada pipinya. Jira buat muka geli . "Tiap-tiap hari mimpi beruang"kata Jira. " Saya masih hidupkan?" tanya Chen . "Ya,kamu masih hidup dan masih lagi pijak dibumi yang nyata ,tahu?" kata Jira. "Ouhhh ,keurae ? Tolong tampar saya "arah Chen yang masih lagi tidak percaya . Jira mengeluh panjang dan terus tampar Chen. "Aauwww, kuatnya! Perlahanlah sikit !"kata Chen . "Tadi tak kata pun nak yang kuat ke , sederhana ke atau pun yang slow motion punye "kata Jira. "Dah-dah sekarang pesakit nak tidur ,tolong boboikan "arah Chen sambil tarik selimutnya dan baring mengiring .
Jira mengeluh malas dan dia pun boboikan Chen dengan tepuk-tepuk bahu Chen dengan perlahan . "Nyanyilah !"arah Chen. "Ya-ya ,ngada-ngada betullah !" kata Jira. Chen tersenyum . "Pastikan ?" "My heart will go on daripada Celine Dion dan pastikan suara tu merdu , harmoni and lunak "kata Jira dengan malas . "Ya, pandai pun anak..." "Sekarang tidurlah ! Banyak mulut betul !" marah Jira . Chen pun senyap dan Jira mulakan nyanyiannya. Tidak lama itu , dengkuran daripada Chen kedengaran menandakan dia sudah tidur . Jira berhenti boboikan Chen . Dia bersandar pada sofa. Dahinya tiba-tiba berkerut. "Agaknya tadi dia dengar tak rancangan aku tu?"fikirnya . Tiba-tiba dia teringat dengan fakta yang diberi Jimin tempoh hari bahawa kebelakangan ini Chen ada masalah pendengaran tapi hanya berlanjutan dalam masa seminggu sahaja. Jira hembus nafas lega .
KAMU SEDANG MEMBACA
LOVE ME RIGHT
FanfictionPerasaan cinta antara satu sama lain mula berputik di hati Kyungsoo (pelajar sukan ragbi) dan Eunmin ( ,seorang pelajar baru gimrama di Asrama Sukan Seoul)sejak hari pertama berkenalan .Kyungsoo mula menyukai Eunmin apabila terlihat senyuman manis m...