Part 20

53 6 0
                                    

Esoknya....
Seawal jam 7 pagi lagi mereka bertiga sudah bersiap untuk pergi ke tempat pertandingan. " Jimin ,cepatlah sikit mandi tu !" kata Hyein yang sedang memakai make-up pada wajahnya itu. "Sabarlah !"marah Jimin dari bilik air. "Semalam dia yang tidur awal tapi dia yang bangun lambat "bebel Hyein sorang diri. "Hey ,Eunmin dari tadi tengok asyik butang baju je ,lamanya "kata Hyein lalu pakai lipstick pada bibirnya. Eunmin diam sambil berdiri di depan cermin besar.   Nafas yang panjang dikeluhnya. "Eoddeoke ?"bisik hati Eunmin. Jarinya cuba untuk butang baju tapi tidak boleh. Dia berasa takut kerana tangannya tiba-tiba terasa seperti kebas dan tidak dapat berfungsi dengan baik. "Mungkin...aku patut pakai baju t-shirt saja" kata hatinya. Sesudah memakai baju t-shirt , dia pun duduk di hujung katilnya sambil melihat tangannya. "Kenapa dengan tangan aku ni ? "tanyanya perlahan . "Hai ,ada apa kat tangan tu ?"tanya Jimin yang baru selesai mandi. Eunmin terus 'sorok' tangannya .  Terus dia pergi ke meja dan ambil kotak make-up nya. Niatnya terputus untuk memakai make-up kerana tangannya tidak dapat membuka kotak itu. Dia mengambil nafas dan menghembus nafas lalu duduk . "Kau kenapa ? Tak sihat ke?"tanya Hyein sambil letak tangannya pada dahi Eunmin. Terus Eunmin 'tolak' tangan Hyein sambil tersenyum seperti kerang busuk . "Saya okaylah "kata Eunmin. "Mm...okay kalau macam tu tapi cepat sikit kalau bersiap tu "kata Hyein. "Unnie , boleh tak tolong pakaikan make-up ?" minta Eunmin. "Make-up ? Kenapa ? Kau rasa tak confident ek bila pakai sendiri ?"kata Hyein tersengih. "Mwo ?"tanya Eunmin. "Okeylah !Aku tahu aku ni pakar dalam segala perihal kecantikan termasuk make-up so...aku akan solekan kau tanpa bayaran , okay ?"tanya Hyein. Eunmin sekadar tersenyum. "Perasan betul !"kata hati Eunmin. Hyein pun ambil barang-barang solekannya . "Pastikan solekan tu natural tau "pesan Eunmin. "Tak nak tebal ?" tanya Hyein. "Eh ,terima kasih !" kata Eunmin.

5 minit kemudian.
"Okay siap !"kata Hyein. Eunmin pun lihat wajahnya pada cermin . Dia tersenyum . "Cantik "kata Eunmin. " I know !"kata Hyein berlagak . "Hei ,mak cik ! Jomlah ! Mrs Yuri tengah tunggu tu ! Tadi dia yang terhegeh-hegeh nak cepat tadi ! Sekarang ? Dia yang lambat " kata Jimin.  "Hissh , budak ni !"kata Hyein sambil tunjuk buku limanya. Jimin terus mengelak dan berlari pergi. "Jom !"ajak Hyein pada Eummin. Eunmin pun mengambil beg nya . Tiba-tiba tali begnya itu terlepas dari genggamannya . Eunmin terkejut. Hyein yang tunggu Eunmin dari tadi terus ambil dan bawa beg Eunmin pergi . Eunmin tersenyum kerana ada yang bantunya . Senyuman itu luntur semula apabila memikirkan tangannya itu.

Di kereta.
Ringtone lagu Bbiribbom Bbaeribom (Coed School ) milik telefon Eunmin berbunyi. Hyein yang duduk di sebelah memandangnya. "Tak jawab ke ?"tanya Hyein. "Nae ? "tanya Eunmin yang mengelamun jauh sejak bertolak dari sekolah . "Tu . Telefon !" "Ah,mian !"kata Eunmin lalu ambil telefonnya di poket seluarnya.
Dia tersenyum apabila lihat nama D.O tertera pada skrin telefonnya.  Apabila dia ingin jawab panggilan itu ,telefonnya terlepas . Hyein pelik melihat Eunmin. Terus Eunmin simpan telefonnya tanpa menjawab panggilan D.O itu.

Di Stadium Gimrama , Gangnam.
Di bilik persediaan atlet.
Wajah Eunmin tidak kelihatan tenang . Hyein dengan Jimin sibuk berlatih dengan peralatan gimrama masing-masing . Tiba-tiba ada seseorang pegang bahunya dari belakang. Eunmin menoleh. "D.O ?"tanya Eunmin. D.O terus duduk di sebelahnya . "Tadi kenapa saya call kenapa tak jawab ?"soal D.O. "Sa...saya..." "Saya tak paksa awak jawab pun "kata D.O. Eunmin tersenyum. "Awak mesti rasa gementarkan ?" kata D.O. " Gementar ?"tanya Eunmin. D.O mengangguk. "Datang sorang je ke ?"tanya Eunmin. "Tak, saya datang bersama Suho  dengan Baekhyun " "Ouhhhh "kata Eunmin faham. "Mm...okaylah ! Saya pergi dulu ya ? Chukhahe !"kata D.O. Eunmin hanya mengangguk. D.O pun pergi. "Kamu ada lagi 10 minit ! Tolong lakukan yang terbaik ya ?!"kata Mrs Yuri . Mereka bertiga mengangguk. "Bagus kalau macam tu !"kata Mrs Yuri. Kerisauan makin bertambah. Di dalam hatinya ,dia tidak mahu kecewakan Mrs Yuri yang terlalu berharap agar mereka bertiga mendapat medal gold untuk dijadikan kebanggaan sekolah itu.
"Tapi...semalam tangan ni elok je . Kenapa sejak aku makan ladu tu tangan aku jadi macam ni ?" fikir Eunmin. "WOII !"sergah Jimin tiba-tiba. Eunmin terkejut. "Termenung lagi !"kata Jimin. "Biarlah !"kata Eunmin. "Orangkan sepatutnya sekarang ni tengah nervous tau ! Gementar ! Tapi ni unnie tengok asyik termenung je ! Macam lemah semangat . Okay ke ni ?"tanya Jimin yang lengkap berpakaian gimramanya. "I'm okay ! Don't worry about me. And tolong bagi air "minta Eunmin. Jimin pun ambil sebotol air kepada Eunmin yang sudah dibuka penutupnya. "Nah !"kata Jimin . Eunmin pun ambil dan tidak serta merta botol itu terlepas dari tangannya.  "Eunmin ,kau okay ke ?"tanya Jimin. "Mm...okay ,maybe Eunmin terlalu nervous sangat kot. Dahlah ,Eunmin pergi dulu "kata Eunmin lalu pergi. Jimin dengan Hyein saling berpandangan.

Di dewan stadium gimrama padat dipenuhi dengan penonton . Wartawan-wartawan bersama jurukamera sibuk membuat persiapan untuk acara gimrama yang bakal berlangsung sebentar lagi. Eunmin duduk diam di sebelah Mrs Yuri . Jimin dengan Hyein baru tiba dan duduk di sebelah Eunmin. Tidak lama kemudian acara itu berlangsung dan mula dilancarkan ke udara. Peserta-peserta dari sekolah lain kesemuanya lakukan dengan terbaik untuk mendapatkan medal gold. Perasaan gugup mula menghantui dirinya.

Di hospital. (di wad Chen).
Jira menonton televisyen bersama Chen. "Kali ni rancangan aku untuk balas dendam pada Eunmin pasti berjaya" bisik hati Jira sambil mengelamun jauh memikirkan nasib yang akan terjadi pada Eunmin nanti. "Harap-haraplah diorang boleh menangkan ?"kata Chen pada Jira. Jira tidak menjawab. Chen terus sergah Jira. Jira terkejut. "Woooi !"marah Jira . " Apa ?! Mengelamun je! Orang tanya bukannya nak jawab "kata Chen sambil makan roti berkrim strawberi . Jira mengeluh."Tanya apa ?"kata Jira. "Rasanya diorang dapat tak medal gold tu ?"tanya Chen. Jira mengeluh lagi. "Mungkin !"jawab Jira. Chen mengangguk lalu menonton semula televisyen. Jira tersenyum sinis. "Hem ! Kau ingat aku akan berdoa supaya diorang dapat medal gold tu ? Jangan harap. Aku Song Jira memang pantang melihat hatinya disakiti " bisik Jira. "Hei !"panggil Chen tiba-tiba. "Mwo ?"tanya Jira. Chen terus tunjuk bibirnya. "Kenapa dengan dia ni ? Nak aku kiss dia ke ?"bisik hati Jira. "Kenapa ?"tanya Jira. "Krim !" jawab Chen . Jira menghela nafas malas . "Laplah sendiri !"kata Jira. "Masih ingat lagi kontrak perjanjian
KDBLDAKJDDSJR ? "tanya Chen. Jira mengeluh. "Eerrrrgggh !" keluh Jira lalu ambil tisu dan lap bibir Chen. "Makan comot macam budak kecik ! Tunbuk baru tahu "bisik Jira ,geram hatinya melihat Chen yang mengada-ngada seperti budak kecil.

"Wah,bagus Hyein !"ucap Mrs Yuri pada Hyein yang baru habis membuat persembahannya dengan gelung tadi. Kini tiba giliran Jimin dan selepas itu pula giliran Eunmin.
Jimin pergi dengan semangat wajanya dengan membawa belantan.Eunmin mula cemas. "Kau okay ke ?"tanya Hyein. Eunmin mengangguk. "Mana boleh tak pape! Ni ! Kenapa bibir pucat pastu berpeluh macam ni ?"soal Hyein . "A...aku okaylah !" kata Eunmin. Hyein mengeluh dengar jawapan Eunmin itu. Dia tahu Eunmin pasti sorok sesuatu darinya tapi dia tak tahu apa yang disorok Eunmin dari mereka semua. Gerakan badan Jimin amat cantik apabila beraksi dengan belantan itu tapi dia masih ...   "Apa ? Ce...cepatnya dia..."  "Okay , Eunmin ! Ini masa kamu . Good luck "kata Mrs Yuri. Jantungnya terasa seperti sudah pecah. "Pergilah Eunmin ! You can do it !" kata Jimin dengan tuala warna biru digantung pada lehernya. "Park Eunmin dari Asrama Sukan Seoul yang bernombor 365 boleh masuk sekarang " kata pengacara pertandingan itu. Eunmin pun ambil reben di sebelahnya dan pergi.

LOVE ME RIGHTTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang