I Miss You Kim Taehyung

3.6K 301 21
                                    

Suhu di bilik yang pada awalnya suam bertukar menjadi sejuk.Bunyi guruh di luar rumah kedengaran dengan jelas.Bunyi angin yang bertiup dengan kuat kedengaran jelas.Bunyi dahan-dahan dan daun yang berlanggaran sesama sendiri akibat angin yang kuat berbunyi seperti orang sedang berbisik-bisik.Barangkali hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja.Suasana sepi menyelubungi biliknya.Jungkook menarik selimutnya sehingga paras bahu.

Tiba-tiba terasa tangan yang sejuk menyentuh kulit pipinya.Umbun-umbunya di usap-usap dengan lembut.Bau minyak wangi yang menusuk ke dalam lubang hidungnya jelas dia mengenali bau minyk wangi itu.Dia rindu akan bau minyak wangi itu apatah lagi tuan badan yang memiliki minyak wangi itu.

Jungkook perlahan-lahan membuka matanya,kelihatan lelaki yang berambut berwarna "blonde" itu sedang tersenyum manis melihatnya.Jungkook tersenyum tatkala melihat lelaki yang dirinduinya itu muncul di hadapnnya.Sudah lama dia tidak menjumpai lelaki itu.Jungkook mencapai tangan lelaki itu yang sedang mengusap lembut rambutnya lalu dia mencium tangan lelaki itu membuatkan lelaki itu tersenyum dengan lebih lebar.

"Taetae hyung..Bogoshopo(rindu awak)."ujar Jungkook lalu dia bangun untuk duduk di atas katil itu.Taehyung hanya diam membisu tanpa mengeluarkan sepatah ayat pun dari mulutnya.Taehyung menarik lembut tangan Jungkook agar mengikutinya.Jungkook turun dari katilnya lalu melangkah mengikuti Taehyung.Taehyung masih tidak melepaskan gengamannya dengan Jungkook.Jungkook tersenyum lebar di bibirnya.Dia tidak tahu hendak mengungkapkan bagaimana perasaannya ketika itu.Dia gembira apabila Taehyung muncul di hadapannya.Betapa dia rindu akan wajah dan susuk tubuh lelaki itu.

Jungkook melihat dari sudut belakang Taehyung.Tubuh Taehyung yang tinggi,badannya yang kurus,warna kulit yang puteh dan rambutnya yang blonde tetapi tidak disuak dengan kemas membuatkan Taehyung kelihatan sangat kacak walaupun dari sudut belakang.Jungkook gemar akan rambut Taehyung yang tidak tersusun dengan kemas.Mukanya akan kelihatan lebih kacak.

Mereka tiba di dapur rumahnya.Dapur yang mempunyai barang-barang yang tersusun rapi dan kelihatan kemas.Dapur yang berwarna puteh dan bersih.Taehyung melepaskan gengamannya.Jungkook hanya memerhatikan Taehyung sahaja.Dia tidak mahu melepaskan peluang dia untuk mengamati setiap pergerakkan Tahyung.

Taehyung mengambil dua gelas cawan lalu di letakkan di atas kaunter dan dia mencapai susu di dalam peti sujuk lalu dia meletakkan di kaunter.Taehyung memandang Jungkook sambil tersenyum manis.Walaupun muka Taehyung kelihatan agak pucat tetapi dia tetap kelihatan sangat kacak.Taehyung menuang susu di dalam gelas dengan bersahaja.Perkara ini sering dilakukan Taehyung pada setiap pagi ketika waktu yang sudah lama berlalu.Jungkook memeluk pinggang Taehyung dari belakang.Di kelihatan seperti kanak-lanak yang sedang memeluk seseorang dengan erat.Jungkook mengetatkan pelukkan dia sambil dia meletakkan pipinya di belakang badan Taehyung.Dia rindu untuk memeluk Taehyung dan di tidak mahu melepaskan pelukkan itu.

Taehyung meleraikan pelukkan Jungkook lalu dia memusing memandang Jungkook.Taehyung menundukkan sedikit badannya untuk memeluk Jungkook dan Taehyung meletakkan dagunya dibahu Jungkook.Mereka berpelukkan ketika itu.Jungkook perasan bahawa suasana dapur itu kelihatan seperti kelam dan cahaya yang puteh terang.Suasana tiba-tiba menjadi semakin sepi dan dingin.Jugkook tidak melepaskan pelukakkan dia.Dia tahu masa sudah suntuk mencemburi mereka.Jungkook memeluk Taehyung dengan lebih erat.Hatinya menjadi sayu dan sakit.Dia tidak mahu kehilangan Taehyung.Dia mahu agar mereka berdua bertahan lebih lama ketika itu.Jungkook menahan air matanya agar tidak mengalir dan jelas kelihatan air marana bertakung di kelopak matanya.Tiba saat untuk tertumpah jatuh ke pipinya sahaja.

Bahu Jungkook terasa basah.Pelukkan Taehyung menjadi longgar dan akhirnya pelukkan Taehyung terlerai.Badan Taehyung menjadi lemah dan Jungkook tidak mampu menahan berat tubuh badan Taehyung yang lebih berat daripadanya.Jungkook masih memeluk tubuh Taehyung dan akhirnya mereka terjelepok di lantai.Air mata Jungkook sudah pun mengalir dengan deras.Taehyung terlentang di simin dapur dan kepala Taehyung berada di riba Jungkook.Darah yang tersembur di mulut Taehyung kelihatan sangat pekat.Bahu Jungkook sudah pun terkena akan darah ang keluar dari mulut Taehyung tadi.

Abandoned (BTS Fanfiction)Where stories live. Discover now