Siapa?Mana ?

1.4K 116 21
                                    

Namjoon menyental baju t-shirt biru yang berlumuran darah itu di sinki bilik airnya.Kesan darah itu masih terlekat disitu tidak mahu hilang.Namjoon mula panik dengan situasi itu.Bagaimana pula darah ada di bajunya.Kali terakhir dia ingat. Tiba sahaja di vila pada pukul 3 pagi.Masing-masing masuk ke dalam bilik untuk tidur.Termasuklah dirinya.Dia terasa letih yang teramat apabila selepas sahaja jumpa lembaga menakutkan itu.Namjoon merenggus apabila darah itu masih meninggalkan kesan di bajunya.Lalu dibuangnya ke dalam tong sampah. Biar orang lain tidak jumpa.Masaalah selesai.

Namjoon baring semula di atas katilnya.Dia tidak tahu mana datangnya darah itu di bajunya.Sedar sahaja dari tidur dia mendapati bajunya berlumuran darah dan bau darah itu hanyir menusuk di hidungnya. Dia binggung memikirnya.Sakit pula kepalanya memikirkan di mana datangnya darah itu.Tak akan pula dia mencincang orang.Tak mungkin.Hendak bunuh orang pun dia tidak berani lagilah mencincang orang.Tak mungkinlah.

Tambahan pula,hanya bajunya sahaja berlumuran darah.Tangan dan mukanya tidak pula terkena percikkan darah ataupun kesan darah.Namjoon menjadi cuak.Perkara ini memang memberikan dia seribu tanda tanya.

Kedengaran bunyi ketukkan dari tingkap membuatkan tumpuan Namjoon terganggu.Dia memandang ke jendela.Kosong.Tiada apa pun.Hanya kelihatan pemandangan yang masih gelap.Matanya laju melihat jam tangannya.Jam menunjukkan pukul 5.45 pagi.Masih pagi lagi.Berkerut dahi Namjoon. Dia pasti apa yang didengarnya tadi. Bunyi ketukkan di tingkap.Yang peliknya biliknya itu berada di aras tiga.Tidak mungkin ada orang yang mengetuk tingkapnya.

Bulu romanya mula naik. Entah-entah hantu perempuan itu mengikutnya lagi? Mana datang pula muncul wanita misteri itu. Dia mula terimbas kembali wajah ngeri perempuan itu. Jantung dia berdegup dengan kencang. Muka wanita misteri itu sememangnya menyeramkan. Dia tidak pernah melihat wajah seseorang macam itu.

Namjoon terasa terancam berada berseorangan di dalam biliknya. Dengan segera Namjoon keluar dari biliknya menuju ke bilik tetamu. Kelihatan Jin sedang tidur lena sambil memeluk bantal. Perlahan-lahan Namjoon masuk ke dalam bilik itu. Tidak mahu menganggu tidur Jin. Kalau hendak mengikutkan hatinya, mahu sahaja dia mengejut Jin dan menceritakan apa yang berlaku. Bila dipikirkan Jin lagi letih kerana memandu sepanjang perjalan. Niat Namjoon terhenti. Dia tahu Jin letih. Dia baring di atas sofa yang berada di penjuru bilik itu. Dia menyuaikan badannya di atas sofa itu agar selesa baring di situ. Walaupun dia tidak dapat tidur di sebelah Jin. Sekurang-kurangnya Jin dekat dengan dia. Membuatkan perasaan takutnya kurang. Baru sahaja matanya hendak terlelap.

"He..He..He.."bunyi perempuan mengilai membuatkan Namjoon tergamam. Namjoon cuba menutup telinganya dengan bantal sofa itu. Agar bunyi itu tidak kedengaran. Matanya melihat Jin. Jin seakan-akan tidak mendengar apa-apa pun. Bunyi perempuan mengilai itu cukup kuat bagi Namjoon tetapi Jin hanya tidur lena. Tidak berganjak walaupun sedikit pun.

"Namjoooonnnnnnnnnnn~" terdengar suara perempuan itu sayup-sayup sahaja. Namjoon cuba memejamkan matanya. Cuba untuk tidur. Ini semua hayalan. Hantu tak wujud. Mungkin dia terlalu penat sehingga dengar dan berillusasi. Namjoon cuba untuk berfikiran positif. Dia hanya memejamkan matanya sehingga di tertidur dalam ketakutan.

..............................................................................................................................................

Jungkook terbangun dari tidur apabila terhidu bau yang enak dari dapur. Jungkook perlahan-lahan bagun sambil menggosok matanya. Dia terkejut melihat Taehyung sudah tiada disebelahnya. Jungkook tertanya-tanya dimana perginya Taehyung. Jungkook turun dari katil lalu membongkokkan badannya melihat di bawah katil. Manalah tahu Taehyung terjatuh dari katil. Tetapi kosong, Taehyung tiada di situ. Jungkook segera pergi ke dalam bilik air, kosong juga. Cuma ada lumpur tanah yang berselerak di atas lantai bilik air.

Jungkook kembali semula ke dalam kamarnya mencapai telefon bimbitnya di atas meja belajarnya. Tangannya laju mendail nombor telefon Taehyung. Malangnya talian tidak dapat disambungkan. Jungkook meletakkan telefon bimbitnya. Dia masih kabur tidak mendapat jawapan dari Taehyung. Jungkook mengetap bibirnya. Dia melangkah meuju ke dapur.

Kelihatan Yoongi menghidangkan sarapan pagi. Bau aroma makanan yang terhidang di atas meja menusuk ke dalam hidungnya. Kelihatan telur separuh masak dan hot dog terhidang di atas meja. Makanan itu kelihatan lazat. Yoongi sedar akan kehadiran Jungkook. Dia mengulas senyuman pada Jungkook yang berambut serabai itu. Yoongi cuba untuk berkelakuan lebih mesra berbanding sebelum ini. Yoongi jarang berkelakuan mesra. Dia seorang yang mempunyai personaliti yang lebih gemar berseorangan dan dia hanya lebihkan Jimin dari sesiapa pun. Hanya Jimin sahaja dapat melihat Yoongi yang berhati lembut.

"Hyung..Nampak Taehyung tidak?" tanya Jungkook sambil menarik kurusi di dapur lalu duduk di atas kerusi menghadap Yoongi yang sedang menuang jus oren di dalam gelas.Perkataan yang keluar dari mulut Jungkook membuatkan Yoongi terhenti menuang jus oren.Yoongi melihat muka Jungkook dengan riaksi terkejut.Yoongi terdiam seketika.

"Ahh.."serba salah Yoongi hendak meneruskan ayatnya.Dia tidak mahu Jungkook bersedih dan mengurung dirinya di dalam bilik."Taehyung dah keluar Jungkook."

"Pergi mana?"tanya Jungkook sambil mencapai hotdog lalu disumbatkan ke dalam mulutnya.

"Dia tak beritahu."Yoongi meneguk jus di dalam gelas.Tekaknya terasa kering apabila terpaksa bercakap bohong pada Jungkook.Tidak salah jika dia berbohong untuk menyedapkan hati Jungkook bukan?

Yoongi melihat tingkah-laku Jungkook.Jungkook kelihatan tidak terurus.Mukanya pucat,matanya sembap dan kelihatan lingkaran hitam di bawah matanya.Yoongi memerhati sahaja Jungkook yang sedang makan.Yoongi mula tertanya-tanya di lubuk hatinya. Jungkook berkelakuan lain hari ini.Jika tidak,hendak dipaksa makan barulah Jungkook makan.Itu pun hanya satu dua sudu.Malah,hari ini tidak dipaksa untuk makan dia sudah pun makan dan mukanya tidak kelihatan murung seperti semalam.Sudahlah bagun-bagun dari tidur terus tanya di mana Taehyung.Yoongi mula berkerut.Yoongi malas pula hendak bertanya soalan itu.Biar soalan itu hanya bermain di dalam mindanya.

.........................................................................................................................................................

Sorry guys..author nim dah lama tak update sebab sibuk dengan kerja-kerja berlambak yang lecture bagi.Minta maaf sangat-sangat.

Chapter ini pun sempat diupdate sebab dapat cuti seminggu.Mintak cuti sebab dah sakit sangat sampai nak duduk pun tak boleh.So sad.Scoliosis menyerang.Itu gambar x-ray my back bone and it is hurt like hell..Scoliosis- tulang belakang tak normal.Senget.Sakittt =(

Mohon meninggalkan komen anda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mohon meninggalkan komen anda.Apa pendapat korang tentang bab ini?

Abandoned (BTS Fanfiction)Where stories live. Discover now