Lemas

1K 98 12
                                    

Jin,Namjoon,Jimin dan Hoseok berada di belakang vila yang terdapat kolam renang. Jin sedang memanggang BBQ yang akan dimakan oleh mereka.Namjoon pula berada di atas kerusi malas sambil makan daging kambing yang dibakar oleh Jin.Seleranya bertambah apabila Jin yang memasaknya.Siapa sahaja tidak gemar masakkan Jin.Jin sangat handal dalam bab masakkan.Memandangkan dia seperti seorang ibu yang akan menjaga semua ahli kumpulannya agar tidak kelaparan.

                  

Manakala Jimin dan Hoseok berada di dalam kolam renang sambil bermain bola tampar.Bunyi lagu yang dimainkan dengan kuat untuk menghilangkan suasana sunyi.Jimin dan Hoseok sedang seronok bermain bola tampar.Mereka menghilangkan stress mereka pada waktu itu.Ini lah masanya mereka melepaskan stress mereka.Terlalu lama dan banyak bebanan yang mereka tanggung dengan kematian Taehyung, kehilangan mayat Hyuna lagi dan dengan perangai Jungkook yang semakin hari semakin pelik.Inilah masa dilupakan sementara bebanan tersebut.Mereka berdua tergelak besar antara satu sama lain.

"Guys..Daging dan hot dog dah siap.Mari makan."panggil Jin sambil menyediakan daging dan hot dog ke atas meja.

"Okay!"jerit Jimin dan Hoseok serentak.Jimin dengan segera keluar dari kolam memandangkan dia hampir dengan tangga kolam itu.Terkedek-kedek Jimin mencapai tuala yang tersidai diatas kerusi malas.

Hoseok tidak mahu ketinggalan.Jika dia lambat naik ke atas sudah tentu yang lain akan menghabiskan kambing kegemaran dia itu.Sedang Hoseok berenang, sepasang tangan runcing yang berkuku panjang memaut kaki kanannya dengan kuat dan di tarik ke dasar kolan.Hoseok yang sedang berenang ke tepi tertarik ke dalam air.Hoseok mula  cemas dia tidak bersedia untuk selam ke dalam dasar kolam.Dia tercapai-capai untuk mendapatkan udara tetapi kakinya ditarik dengan kuat.

"To..tolong!"Hoseok meminta bantuan.Air kolam sudah pun banyak kali termasuk ke dalam kerongkong tekaknya dan ke dalam hidungnya.Terasa perit yang tidak terkata.

"Stop Hoseok.Jangan buat lawak."kata Namjoon sambil berjalan ke arah Jin untuk mengambil lagi kambing bakar.Jin dan Jimin menggeleng kepala melihat Hoseok.Hoseok suka bergurau tidak kira masa

Hoseok masih cemas.Dia tidak dapat bernafas.Dia perlukan udara untuk terus bernafas seperti biasa.Hoseok terbatuk-batuk dek air yang masuk bertubi-tubi ke dalam mulutnya.Badan Hoseok menjadi lemah kerana dia tidak dapat bernafas.Matanya menjadi kelam.Dia tidak mahu mati pada waktu itu.Dia masih muda tetapi dia tidak mampu untuk bertindak lagi.Air telah banyak masuk kedalam hidung dan mulutnya.Pemandangannya menjadi gelap

Jin terdiam melihat Hoseok tidak lagi lagi bergerak.Air kolam menjadi tenang dan tiada buih-buih udara pun yang keluar ke permukaan air.

"Hoseok?"sunyi tiada jawapan.Namjoon dan Jimin berhenti makan apabila keadaan menjadi pelik.

"Hoseok?"panggil Jin lalu dia terjun ke dalam kolam.Dia menyelam badannya ke dalam kolam melihat Hoseok sudah pun tidak bergerak walaupun seinci.Matanya tertutup rapat.Mukanya mula pucat.Jin dengan segera menarik Hoseok ke tepi kolam.

Dia meletakkan Hoseok ke atas lantai.Namjoon dan Jimin terus mendapatkan mereka berdua apabila melihat Hoseok sudah pun tidak sedarkan diri.

"Hoseok! Bangun."Jin menampar-nampar muka Hoseok tetapi Hoseok masih lagi tidak sedar dan tidak bernafas.Jin dengan segera mengebus nafas ke dalam mulut Hoseok.Masing-masing cemas melihat muka Hoseok semakin bertukar menjadi putih pucat.Jimin mengusap-gusap muka Hoseok.

"Bangun Hobbie."seru Jimin kepada Hoseok.Air matanya mula bertakung.Dia tidak mahu kehilangan Hoseok.

Jin menekan-nekan dada Hoseok.Cuba membuatkan Hoseok keluarkan air dari mulut Hoseok.Masih gagal.Namjoon menolak Jin ketepi.Kali ini dia pula cuba untuk membuat CPR kepada Hoseok.Dia akan tolong Hoseok semampu yang di boleh.Dia embuat pertolongan pernafasan Hoseok untuk kali kedua.

Air mula keluar dari mulut Hoseok.Hoseok terbatuk dan mula membuka matanya dengan besar.Cuba untuk menarik nafas semampu yang dia boleh.Jimin  terduduk lega melihat Hoseok sedar.Jin memukul bahu Hoseok tanda geram melihat Hoseok.

"Thank you guys."kata Hoseok masih lagi terbatuk-batuk.Dadanya turun naik dengan pantas pada awalnya tetapi menjadi normal semula.Badan Hoseok masih terasa lemah akibat lemas itu.Jimin menolong Hosoek masuk ke dalam bilik.Manakala Namjoon dan Jin mengemas apa yang patut.Parti kecil-kecilan mereka terus terbantut akibat Hoseok yang lemas.

"Macam mana boleh lemas? Merepek je tahu."kata Jimin memandang Hoseok dengan geram.Terasa geram dengan Hoseok.Selama ini tidak pernah pulak dia lemas.Memandangkan kolam itu bukanlah dalam sangat.

Hoseok terdiam.Dia mula teringat peristiwa tadi."Ada orang tarik."kata Hoseok.Muka dia mula pucat ingat perkara itu.Bulu romanya meremang.Jimin tergelak berdekah-dekah mendengar jawapan Hosoek.

"Dah lemas itu dah lah.Buat lawak bodoh pulak."bisik hati Jimin."jangan merepeklah.Siapa pulak nak tarik.kau sorang dalam kolam itu."kata Jimin menahan gelak."hantu semalam?"sambung Jimin semula.Dia kembali gelak berdekah-dekat membuat Hoseok begang.Menyirap pula dia tengok Jimin ini.Kalau sekali dia tampar baru tahu.

"Seriouslah! Ingat memain ke?"muka Hoseok berkerut.Tiada sedikit senyuman pun yang terukir dibibirnya.

"Haa..Iyalah."malas dia nak melayan Hoseok.Bangun-bangun dari lemas.Boleh pulak dia merepek."Dah pergi mandi pastu rehat.nanti Jimin hantar makanan dekat hyung ok."kata Jimin lalu menutup pintu bilik Hoseok.

......................................................................................................................................................

Hey guys..Dah baca sampai habiskan?

Rasa-rasa kenapa ada sesuatu tu menghantui mereka?

Kenapa mereka mula kena kacau dengan benda tu?

Abandoned (BTS Fanfiction)Where stories live. Discover now