Hoseok

790 77 9
                                    

Hoseok terasa tidak senang.Ke mana dia berada dia rasa tidak selamat.Mahupun berada di rumah sendiri dia rasa tidak selamat.Dia takut hantu perempuan tidak guna itu muncul bila-bila masa.

Dia sering mengadu pada Jimin tetapi Jimin tidak percaya walaupun sedikit apa yang dia katakan.Jimin selalu memesan dia agar banyakkan rehat kerana mungkin dia terlalu letih dia terbayangkan benda yang bukan-bukan.

Hoseok tahu dia bukan berilusi.Ia adalah benda yang betul.Bukan mainan tidur dan bukan khayalan dia.Tambahan pula dia tidak gila.Dia normal.Dibawah mata Hoseok mula kelihatan lingkaran gelap.Setiap malam lenanya sering diganggu dengan bunyi cakaran yang muncul entah darimana dan bunyi orang sedang berlar di atas bumbung.Walaupun dia sejak-sejak ini sering tidur dengan Jimin dan Yoongi.Tetapi bunyi-bunyi itu tetap akan didengarnya.Perasaan takutnya tidak pernah hilang.Bunyi itu jelas kedengaran tapi Jimin dan Yoongi dapat tidur dengan enak.Seakan-akan tidak mendengar apa-apa pun.

Hoseok melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 2 pagi.Dia melihat Jungkook yang masih lena disebelahnya.Malam ini dia yang menjaga Jungkook di hospital.Tambahan pula dia sendiri takut untuk tinggal dirumah.Maka dia bersetuju dengan keputusan Jin yang menyuruh dia untuk menjaga Jungkook.

Dia melihat sekelingnya.Barang-barang yang disusun rapi dan keadaan bilik hospital yang bersih.Suasana sunyi hanya kadang-kadang terdengar suara nurse berbual.Mungkin pesakit lain semuanya sudah tidur.

Hoseok mengeluh,terasa hendak membuang air kecil pula.Terasa seperti perutnya sedang memulas.Mungkin kerana dia masih tidak membuang air besar sejak pagi.Sepanjang hari perutnya terasa tidak selesa.Hoseok melangkah keluar dari bilik untuk ke tandas.Bilik air yang dekat dengan bilik Jungkook tidak boleh digunakan sejak pagi tadi kerana pump flush tandas tersebut itu rosak dan air tidak berhenti mengalir.Maka terpaksalah Hoseok melangkah jauh sedikit untuk pergi ke tandas.

Perasaan seram mula menyelubunginya.Keadaan terlalu sunyi dikawasan itu.Mau sahaja dia mengejut Jungkook untuk menenamnya tetapi terasa kejam pula.Sudah besar-besar panjang mahu orang lain teman.Hoseok cuba membranikan diri.

Hoseok lalu di sepanjang koridor.Angin yang tiup lembut mencuit cuitnya.Tubuhnya terasa sejuk membuatkan tubuhnya mengigil.Hoseok tidak berani memandang ke luar koridor.Takut juga jika dia terpandang sesuatu.Tambahan pula dia sudahlah seorang yang penakut.Hoseok terhenti seketika apabila melihat lampu di koridor dihadapanya rosak.Lampunya berkelip-kelip.Sekejap menyala dan sekejap terpadam.Dia menelan air liurnya.Ketika itu dia memaki dirinya keran perutnya memulas dengan rancak sekali ketika itu.Kalau bukan kerana perut dia sakit sudah lama dia matikan niatnya untuk ke tandas.

Hoseok menarik nafas dan mengumpul semua keberaniannya untuk lalu dikoridor itu juga.Hoseok melangkah dengan pantas apabila melalui koridor itu.

Pup!

Hoseok terkejut apabila bunyi bulb lampu itu meletup akibat rosak.Nasib baik bulb itu tidak pecah.kalau tidak sudah tentu serpihan kaca itu terkena dia.Geram pula dia lampu boleh terus rosak pulak masa dia lalu.

"Hoseok"

Hoseok memusing ke belakang.Dia terdengar suara perempuan dia kenali memanggil dirinya.Kosong.Tiada siapa dibelakangnya.

"Perasaan je kot."Hoseok mengeleng-geleng kepalanya.Marah akan dirinya yang penakut.Hoseok meneruskan perjalanya sehingga dia tiba ditandas.Hoseok melepaskan nafas leganya keran tandas itu terang-bederang.Lampunya tidak rosak.Hoseok tersenyum gembira.

Dia melangkah masuk ke bilik air.Terdengar bunyi air paip.Dia segera mengikut bunyi air itu.Diamasuk salah sebuah bilik air yang mempunyai tub mandi.Air paip ditub mandi itu terbuka dengan besar dan air melimpah-limpah mengalir.

"Siapalah yangtidak ertanggungjawab.Bukan nak tutup air ni.Membazir je."regus Hoseok.Geram pulak dia pada orang yang tidak menutup paip itu.Entah berapa lama paip itu terbuka dan tidak tidak tertutup.

PANG!

Hoseok hampir-hampir menjerit apabila pintu bilik air itu tertup rapat.Hoseok cemas.Siapa pula yang menutup pintu bilik air itu.Hendak dikatakan angin tiup.Tidak mungkin.Tiada angin pun yang dia rasa ketika itu.Hoseok cuba untuk membuka pintu itu tetapi gagal.Pintu itu seakan-akan dikunci dari luar.

"Helloo..Siapa diluar.Tolong bukak pintu."Hoseok rasa seakan-akan mahu menanggis.Perasaan takutnya semakin tebal.Lampu bilik air itu mula rosak.Berkelip-kelip membuatkan Hoseok semakin cemas.Peluh di dahi mula mengalir.Hoseok mengetuk pintu itu lebih kuat sambil meminta tolong tetapi tiada siapa yang datang.

Paip air terbuka semula dengan sendiri membuatkan Hoseok memusingkan tubuhnya untuk memandang paip itu.Paip itu terbuka dengan kuat.Bulu romamnya meremang.Seram sekali dia rasa dengan lampu yang rosak.Pintu bilik air terkunci sendiri dan paip air terbuka dengan sendiri.

Untuk sesaat, Hoseok tertegun.Bunyi air membuak dan mengelodak itu pada mulanya perlahan sahaja.Tetapi,makin lama makin kuat.

Gulp! Glup! Glup!

Air didalam tub itu membuak semakin tinggi sehingga melimpah ke arahnya.Mata Hoseok mula ternampak rambut panjang mengurai yang muncul di dalam tub itu.Apekah itu? Mengapa tadi dalam tub itu hanya dipenuhi air sahaja? Mana muncul rambut itu.

Kelihatan sepasang tangan yang pcat dan berurat-urat biru keluar encengkam tub mandi itu.Tangan itu basah dek air di dalam tub.Tengok tanagn pun susah menakutkan dia.Selepas itu muncul kepala keluar dari tub itu.Rambut mengurai dan basah itu menutup separuh muka lembaga itu.

Kelihatan kepala itu merenung dia dengan ngeri sekali.Muka lembaga itu dia pernah nampak tetapi agak berbeza kerana muka itu sdah kelihatan ngeri.Wajahnya yang pucat.Matanya yang merah dan mempunyai lingkaran lebam di mata kirinya.mata kananya tertutup dengan rambutnya.Bibirnya pucat dan kebiru-biruan mula perlahan-lahan melebarkan senyuman.Menampakkan giginya yang kehitam-hitaman.Urat-urat biru jelas kelihatan menjalar dimukanya.Seakan-akan sudah lama mati.

"Hoseok.."lembaga itu memanggil namanya membuat Hoseok semakin ketakutan. "Kau tak rindu aku ke? "lembaga itu tersenyum makin lebar sehingga kelihatan mulutnya yang terkoyak besar sehinggan ke telinga.darah mula keluar dengan banyak melalui mulut lembaga itu.Walaupun darah banyak keluar tetapi senyuman ngeri itu tidak mengendur.

"Hoseok...."panggil lembaga itu dan diselitkan ngilaian. Lembaga itu mula merangkak keluar dari tub mandi.

"Tolong!"Hoseok jerit dengan lantang sambil mengetuk-ngetuk kuat pintu bilik air.Meminta pertolongan dari siapa-siapa sahaja yang terdengar.Malangnya tidak siapa yang dengar jeritan Hoseok.

"Hosoek..Hoseok...Hoseokkk"panggil lembaga itu.Seakan-akan dia sedang bertasbih dengan nama Hoseok.Semakin rancak lembaga itu menyeru namanya semakin dekat dia menghampiri Hoseok.

Hoseok berhenti mengetuk pintu melihat lembaga itu sudah pun berada di depannya.

"Arghhhhhhh!"


........................................................................................................................................

Please enjoy you guys..

I love you..

Ape pendapat korang?


Abandoned (BTS Fanfiction)Where stories live. Discover now