Jalan Kosong

2.2K 235 26
                                    

Guys...Sila komen supaya saya tahu cerita ini okay atau tak..

Thank you sebab baca..Have a nice day =)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Jin,Namjoon,Hoseok dan Jimin berada di dalam kereta.Sudah dua jam mereka berada di

jalan raya.Maka perjalanan mereka hanya tinggal berbaki dua jam lagi.Jin memerhatikan jam di dashboard kereta.Waktu sudah menunjukkan jam satu pagi.Stereng kereta dipegang

dengan rapi.Tumpuannya diberikan pada keadaan jalan raya yang leggang.

  Sejak setengah jam tadi tiada kenderaan berselisih dengannya.Pelik pula dirasanya.Namun perkaraitu sengaja tidak di ambil pusing oleh Jin dan dia sengaja pendam di dalam hati tidak mahu beritahu kepada yang lain.

  Jin melihat cermin pandang belakang.Kelihatan Hoseok dan Jimin sedang ceria termasuklah Namjoon yang berada di sebelahnya.Yang lain berseronok dan gembira apabila hendak bereronok di villa.Mungkin hanya dia sahaja tiada mood ketika itu.Entah mengapa dia sendiri tidak tahu.

  Kiri dan kanan jalan raya yang kosong sesekali diperhatikan.Tiada ada sebuah rumah pun kelihatan.Hanya dibarisi dengan pokok-pokok dan semak samun yang tumbuh segar.Kedengan stareo memainkan lagu Touch My body oleh kumpulan seksi Sistar.Jin sekali agi mengerling pandangan ke belakang.Kelihatan Hoseok dan Jimin sedang berjoget mengikut rentak lagu.Jimin hanya mengikut sahaja kerenah Hoseok.Hoseok seorang yang happy go lucky dan suka membuat lawak.Dia merupakan penaik semangat semua orang.Namjoon turut melayan kerenah Jimin dan Hosoek.Kadang-kadang Jin turut tergelak melihat kerenah mereka bertiga.

  "Touch my body..Body~"Hoseok membuat aksi seksi sambil memandnag ke arah Jimin dengan membuat riak agak menggoda.

  "AH YEAHHH~"Jimin yang memakai kaca mata hitam turut menari dengan seksi.Mengikut cara bagaimana penyanyi kumpualan Sistar itu menari.

  Namjoon turut menari mengikut rentak sambil menyanyi dengan nada yang tinggi.Dia tidak

peduli jika suara dia sumbang.     

  Jin yang sedang memberi sepenuh perhatian ke jalan raya ternampak sesuatu lembaga di tepi jalan.Jin mengurangkan kelajuan lalu mengecilkan matanya agar dia dapat melihat dengan lebih jelas.Matanya tertumpu pada susuk tubuh yang berdiri di tepi jalan itu.Namjoon perasan akan perubahan Jin lalu dia melihat apa yang dipandang oleh Jin.Dengan segera dia berhenti menyanyi dan menari.Tangannya dengan lantas menekan symbol negative.Suara radio di dalam kereta menjadi perlahan.

  'Oii Hyung!"marah Jimin apabila Namjoon dengan tiba-tiba memperlahankan nada radio itu.Dia sedang syok melayan lagu boleh pula Namjoon cantas mood dia itu.

  "SYHHH...Tegok tu."Hoseok menepuk bahu Jimin sambil mulutnya memuncungkan bibirnya.memberi isyarat agar Jimin melemparkan pemandangan dia ke jalan raya.Jimin membuka cermin mata hitam  agar dia dapat melihat dengan jelas.Malam-malam pakai cermin mata hitam memang tak Nampak apalahkan.

  "Ada awek nak minta tolonglah Jin hyung."kata Namjoon.Kelihatan susuk tubuh perempuan memakai pakaian blouse putih hingga paras lutut.Gadis itu berdiri di tepi jalan raya sambil tangannya memberi isyarat memanggil.Mukanya tidak kelihatan jelas  kerana rambutnya yang paras siku itu tidak tersusun rapi.Dia hanya memandang ke bawah sahaja.Lihat sahaja seperti itu Hoseok sudah meremang bulu roma.Dia mengesotkan punggungnya menghampiri Jimin.

  "Apa pula awek malam-malam macam ni.Gelap pula tu.Jalan jelah.Tak payah nak berhenti."kata Hoseok yang mula rasalain.

  "Ishh..mana tahu dia minta tolong.Kereta dia rosak ke apa ke?"kata Jimin pada Hoseok."Yang pergi duduk rapat dengan Jimin ni kenapa?"sambung Jimin lagi.Rimas pula dia apabila Hoseok mula menghimpit dia.Jimin menolak bahu Hoseok tetapi Hoseok semakin mengeratkan kedudukkan dia dengan Jimin malam merangkul lengan Jimin.

  "Kita kene tolong orang.mana tahu nanti bila kita susah orang pula tolong kita."sokong Jin.Dia agak was-was sebenarnya tetapi disebabkan ada orang yang meminta tolong.Dia terpaksa mempositifkan minda dia agar menolong orang dalam kesusahan.

  "Alarh...Kalau pasal perempuan memanglah korang semua ni.Pantang je.Tak payah gedik-gediklah nak berhenti."kata Hoseok dengan geram.

  "Takutlah itu.Kenapa? Ingat hantulah itu?"peril Namjoon .Membuatkan yang lain mengerling kearah dia.Dah lah dalam keadaan jalan raya yang sunyi,sepi dan gelap macam ini.Namjoon boleh pula bermulut cabul.

  "SHIT! Mulut! Cili nanti!"kata Hoseok samba menepuk bahu Namjoon.

  "Okay.Kita slowkan meter je.Kalau betul dia orang kitaberhentilah.Kalau tak kite pecut."Jin memberi idea kepada mereka agar mereka elak dari begaduh.Yang lain hanya diam tanda setuju.Mata masing-masing menumpukan kepada perempuan itu.

  Jarak mereka semakin dekat dan semakin jelas.Sekarang jarak mereka hanya sejauh beberapa langkah sahaja.Kelihatan jelas perempuan itu memakai baju putih yang lusuh dan comot.Terdapat tompok-tompok darah yang terkena bajunya.Warana kulit pucat dan masih memandang ke bawah.Rambutnya jelas kelihatan mengurai dengan kusut.Tatkala ketika itu bulu roma masing-masing sudah meremang dan masing-masing hanya terkelu memandang susuk tubuh itu.Apabila mereka betul-betul berselisih bersebelahan perempuan misteri itu.Perempuan itu mengangkat mukanyasecara tiba-tiba.jantung masing-masing seakan-akan terhenti..Seraut wajah yang mereka pernah kenal ketika sesuatu masa dahulu.Mukanya pucat,tersenyum sinis memandang mereka.Mata kananya tiada dan berlumur darah.Bibirnya yang tersenyum lebar itu menegeluarkan banyak darah.Semakin lama semakin lebar sehingga mencecah ke telinga.baru mereka perasan sebenarnya mulut perempuan itu terkoyak hinggan ke telinga.Mukanya seakan-akan menyeringai dan mengerikan.

  Hoseok sudah pun menutup matanya sambil berdoa di dalam hatinya agar Tuhan dapat melindung mereka.Jin tidak mengeluarkan sepatah ayat pun tetapi hanya menekan pedal minyak dengan lebih kuat.Kelajuan kereta bertambah.Dia meninggalkan  perempuan misteri itu.Jimin hanya tertelan air liurnya sambil dia mengusap-usap belakangtengkuknya.Namjoon hanya bertindak untuk memejamkan matanya berpura-pura tidur.Peluh menitik di dahinya.

Abandoned (BTS Fanfiction)Where stories live. Discover now