Dead Like You

948 105 14
                                    

P/s: Jungkook sukakan Taehyung lebih dari abang.Lebih dari rakan.Yes! Jungkook menyimpan perasaan cinta dia terhadap Taehyung.Yes Jungkook gay.Sebab itu dia tak boleh move on.#nak nagis bab ni =(

Jungkook memasukkan semua buku yang berada di atas meja dan pensel box dia ke dalam beg sekolahnya memandangkan waktu sekolah telah pun tamat.Jungkook melangkah keluar dari kelas, dia harus pulang ke rumah berseorangan memandangkan Jimin akan balik lewat pada hari ini.Baru sahaja dia hendak melangkah keluar seorang pelajar menarik dia masuk ke dalam kelas semula.Daniel sudah pun menghentak Jungkook di dinding kelas.Badan Jungkook terhentak dengan kuat.Dia mengerang kesakitan.Jungkook terjelepok di atas lantai.Daniel menumbuk muka Jungkook beberapa kali.Jungkook sedaya upaya untuk mengelak tumbukkan itu tetapi gagal kerana Joseph dan Lee sudah pun memegang tubuh dia.

"Mana Taehyung kau? Sekarang dia dah tak ada so kau dah tak ada perlindungan.Dulu kemain sombong kau kan bila setiap kali aku hendak mintak kau duit tapi Taehyung bantai aku?"gelak Daniel diikuti oleh Joseph dan Lee.Jungkook hanya bisu tidak bersuara.

Sekarang, tiada Taehyung yang akan lindungi dia seperti biasa.Jika dahulu sudah tentu Taehyung tidak akan benarkan sesiapa sahaja yang membuli Jungkook.

"Eh janganlah.."kata Jungkook apabila Daniel mula menyeluk saku Jungkook untuk mengambil dompetnya tetapi malangnya Daniel menendang perut Jungkook membuatkan Jungkook terbatuk-batuk akibat senak apabila ditendang.Jungkook tidak mampu melawan memandangkan kuderat Daniel,Lee dan Joseph lebih kuat berbanding dia.

Mereka bertiga meninggalkan Jungkook yang longlai di atas lantai dan dompet yang kosong.Air mata Jungkook mengalir apabila menegenang nasibnya.Apabila Taehyung meninggal dunia,hidup dia seakan-akan terbalik.Dia tidak pernah lagi ketawa kegembiraan.Hanya air mata yang akan berjujuran setiap hari.Jungkook perlahan-lahan bangkit dengan sisa-sisa kuderat yang tinggal.Dia melangkah pulang ke rumah.

Matahari mula tengelam dan suasana menjadi sunyi dan mula berwarna jingga.Jungkook pulang ke rumah dan hanya kedengaran Jin dan Hoseok sedang masak di dapur.Jungkook secara senyap-senyap masuk ke dalam bilik dia.Tidak mahu rakan-rakan dia yang lain dapat mengetahui perkara yang terjadi disekolah.Jungkook mengunci tombol pintu dia lalu dia mencampakkan beg sekolahnya di atas katil.Jungkook memainkan lagu kegemaran dia dan Taehyung di video player yang terletak rapi di atas meja.

Loving you forever,can't be wrong

(Mencintaimu selamanya,bukanlah suatu masaalah)

Event though you're not here,won't move on

(walaupun dirimu tiada disisi,ia tidak akan berubah)

Walaupun Taehyung telah lama pergi meninggalkan dia tetapi cinta dia terhadap Taehyung tidak pernah berubah walaupun sedikit.Salahkah dia mencintai orang telah pergi? Kenapa Taehyung pergi meninggalkan dia terkuntang-kanting berseorangan.Tiada lagi orang yang akan menjaga dia.Tiada lagi orang akan melindungi dirinya.Mungkin salah dirinya juga sudah terbiasa dengan Taehyung.Semuanya hendak diharapkan Taehyung.Dia terlalu memanjakan dirinya dengan Taehyung.Dia tidak sangka dia akan kehilangan Taehyung selamanya dengan begitu cepat.Dia tidak pernah terfikir langsung dia akan hidup berseorangan tanpa Taehyung.

Jungkook memejamkan matanya.Cuba untuk menenangkan fikirannya tetapi apa yang dia nampak ketika dia memejamkan kelopak matanya adalah wajah Taehyung tersenyum.Taehyung! Semuanya Taehyung.Setiap kali bernafas hanyalah demi Taehyung.

Ah-ah-ah-ah-ah-ah-aha-ah~

That's how you sang it

(Bagitulah cara awak menyanyi)

Kedengaran suara Taehyung menyanyi diminda dia.Jungkook membuka matanya.Air matanya sudah tidak dapat ditahan lagi.Dia masih jelas boleh kedengaran suara Taehyung yang merdu menyanyi untuknya.

Abandoned (BTS Fanfiction)Where stories live. Discover now