Yoongi

1.9K 188 29
                                    

Salam guys.. sorry unnie late update..ad hal tertentu..
Sila enjoy ya..
Mohon tinggalkan komen korang taw so unnie boleh tahu feedback korang..

BAB 5 : Yoongi

Waktu masih pagi benar. Jarum jam di dinding baru merangkak ke angka 1 pagi.Namun, dari arah studio Big Hit masih lagi terang-benderang. Menunjukkan masih ada lagi penghuni di dalam studio itu.Hujan lebat mencurah ke permukaan bumi.
Yoongi baru sahaja selesai merekod lagu yang dia baru sahaja siapkan.Dia memerhatikan jam di dinding.Dia mengeluh, memandangkan hanya dia seoarang sahaja di dalam studio.Dia tidak sangka jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.Dia seharusnya berada di dalam rumah menjaga Jungkook.Dia mahu pulang ke rumah sekarang tetapi hujan terlalu lebat dan dia tidak membawa kenderaan mematikan niatnya untuk pulang je rumah.Memandangkan rumahnya dengan studio tidak terlalu jauh.Yoongi lebih suka berjalan kaki daripada menaiki kenderaan.
Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia mencapai "remote control' di atas meja lalu menekan butang "play".Memainkan lagu yang dia baru sahaja selesai record.Dia dengar lagu itu dengan terliti takut-takut jika ada yang masih kurang.Sedang dia leka mendengar lagunya itu, guruh di langit berdentum dengan kuat sehingga bekalan elektrik terpadam dengan tiba-tiba.Yoongi merengus marah.
"Shit!"Yoongi menyumpah marah.Nak balik rumah tidak boleh hujan turun dengan lebat. Tak akanlah hendak duduk didalam studio ini.Gelap gelita dengan bekalan elektik terputus.Yoongi duduk di atas sofa.Temenung sebentar untuk memikirkan apa yang dia sepatutnya lakukan.
KIlat memancar membawa cahaya kepada kegelapan malam. Dan sejenak selepas itu datang guruh berdentum-dentam memecah keheningan malam.Yoongi terperanjat apabila dengar bunyi guruh yang berdentum bertalu-talu.Hatinya mula rasa gelisah.Entah mengapa dia terasa semacam malam ini.
Tiba-tiba, esak tangisan kedengaran sayu dan mendayu. Yoongi terdiam.Nafasnya seakan-akan terhenti sebentar.Jantungnya mula berdegup dengan laju.Yoongi cuba untuk mengnafikan apa yang dia dengar ketika itu. Tetapi bunyi itu semakin jelas kedengaran.Yoongi mencapai iphone dia lalu dia membuka lampu dari iphone dia.Dia menyuluh di sekelilingnya tetapi tiada seorang pun di situ.Peluh mula menitik di dahinya.Takut juga dia jika dia tersuluh lembaga menakutkan.
Tiba-tiba radionya menyala sendiri dan mula mendendangkan lagu Hyuna.Yoongi semakin panik.Macam mana pula radio tu boleh menyala.Bukankah bekalan elektik terputus.Yoogi mengetap bibirnya.Apalah nasib dia malam ini.Kedengaran lagu Hyuna- Red berkumandang di dalam studio itu.Radio itu terpadam semula.Esak tanggisan itu mula kedengaran.Sayu mendayu-dayu dan bunyi itu seakan-akan semakin dekat dengan dia.Pernafasan Yoongi mula turun naik.Kedengaran pula bunyi orang sedang berlari di belakang sofanya sambil dengar bunyi gelang kaki berdenting-denting.
"Dah dia berlari-lari pula...Ni kalau aku tak keluar dari sini entah apa pulak muncul."kata Yoongi dengan perlahan.Dia nekad untuk keluar dari studio itu.Semakin lama dia di dalam bilik itu semakin banyak pula benda pelik akan berlaku.Yoongi dan berharap tiada apa yang akan menganggu dia.Dia hendak pulang ke rumah tidak kira jua apa yang berlaku di luar rumah.Ribut atau taufan akan dia rintang jua daripada berada di dalam studio itu bersorangan.
Yoongi dapat merasakan ada lembaga di belakang dia sedang memerhatikan dia dengan pandangan tajam dan merah.Lembaga berbaju gaun hitam dan rambut yang mengurai dan tidak rapi.Yoongi mula mengorak langkah apabila dia dapat merasakan kehadiran lembaga itu dan lembaga itu turut mengesot-gesot mengekori dia.Apa lagi,langkah Yoongi menjadi semakin laju dan lembaga itu turut semakin laju mengesot menghampiri dia.Yoongi menghulurkan tangan kanannya apabila pintu keluar menghampirinya tetapi dia mula dapat merasakan sepasang tangan sejuk sudahpun mengengam kaki kirinya dan Yoongi mula hilang perimbangan.Dia tersungkur ke atas lantai lalu memalingkan badannya untuk melihat apa yang mencapai kakinya.Muka Yoongi serta merta bertukar menjadi pucat apabila jelas kelihatan lembaga berbaju blouse hitam,berambut mengurai menutup separuh mukanya.SEparuh lagi keihatan jelas mukanya yang sangat hodoh dan mengerikan.Matanya terbeliak besar dan berwarna merah.Terdapat juga darah yang memenuhi muka lembaga itu.Yoongi kaku tidak dapat berbuat apa-apa.Dia cuba untuk menjerit tetapi kerongkongnya seakan-akan ada sesuatu yang tersekat.Lembaga itu merangkah menghampirinya dan sekarang lembaga itu berada di atas badanya.Mukanya jelas kelihatan.Jantung Yoongi seakan-akan terhenti dan.........Yoongi tersedar dari mimpi.Yoongi duduk di atas katil.Peluh membasahi tubunya dan mukanya.Jantung dia masih lagi berdegup kencang.Yoongi cuba untuk menengangkan dirinya.Melihat persekitrannya.Dia berada di dalam biliknya di atas katil bukan di dalam studio.Nasib baik dia hanya mimpi sahaja.Jikalah perkara itu betul-betul terjadi pada dirinya.Entah apa yang akan berlaku.Sudah tenu dia akan mati.Yoongi menyelak selimutnya untuk ke bilik air tetapi dia tergamam apabila melihat pergelangan kaki kirinya.Terdapat lebam dan lebam itu jelas seperti tangan lembaga yang mengengam kaki kirinya seperti dalam mimpinya.Yoongi tertelan air liurnya.Jika dia hanya bermimpi,mengapa ia meninggalkan bekas?

Abandoned (BTS Fanfiction)Where stories live. Discover now