Taehyung?

876 76 11
                                    

Jimin terasa tidak senang dengan kematian Hoseok.Betulkah Hoseok menjadi tertekan dengan kewujudan hantu yang dicerita oleh Hoseok sebelum ini? Mengapa dia tidak mendengar dengan betul apabila Hoseok mengadu padanya.Mengapa dia harus mengabaikannya dan memperlekehkan apa yang Hoseok ceritakan? Adakah Hoseok tertekan kerana dia? Adakah Hoseok mati kerana dia? Tetapi betulkah apa yang dikatakan oleh Hoseok sebelum ini? Hantu perempuan itu menghantuinya? Mana mungkin hantu wujud didalam dunia ini? Jika hantu itu benar adakah hantu itu turut menghantuinya? Dia mula rasa tidak senang.

Ke mana dia berada dia rasa tidak selamat.Mahupun berada di rumah sendiri dia rasa tidak selamat.Dia takut hantu perempuan tidak guna itu muncul bila-bila masa.Selama ini, Hoseok sering mengadu padanya tetapi dia tidak percaya walaupun sedikit apa yang dia katakan.Dia selalu memesan Hoseok agar banyakkan rehat kerana mungkin dia terlalu letih dia terbayangkan benda yang bukan-bukan.

Hoseok tahu dia bukan berilusi.Ia adalah benda yang betul.Bukan mainan tidur dan bukan khayalan dia.Tambahan pula dia tidak gila.Itu yang sering dikatakan oleh Hoseok pada dirinya tetapi dia hanya berdiam diri sahaja.

Dibawah mata Hoseok mula kelihatan lingkaran gelap.Setiap malam lena Hoseok sering diganggu dengan bunyi cakaran yang muncul entah darimana dan bunyi orang sedang berlar di atas bumbung.Walaupun Hoseok  sering tidur dengan Jimin dan Yoongi.Tetapi bunyi-bunyi itu tetap akan didengar oleh Hoseok.Perasaan takut Hoseok tidak pernah hilang.Bunyi itu jelas kedengaran tapi dia dan Yoongi dapat tidur dengan enak.Sememangnya dia tidak dapat mendengar apa-apa bunyi pelik pun.

Jika dia tahu Hoseok akan pergi jauh seperti ini sudah lama dia mengheret Hoseok ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Jimin terasa kesal dengan apa yang berlaku tetapi dia sudah terlambat.Hoseok telah pun pergi meniggalkan mereka.

Jimin membawa segelas air kopi yang di bancuh di dapur.Dia terasa mengantuk tetapi dia terlalu takut untuk melelapkan mata.Bayangan Hoseok yang mati di dalam bilik air hospital selalu menghantuinya.Suasana di dalam rumah sunyi memandangkan hanya tinggal dia dan Jungkook sahaja di rumah.Jimin melalui bilik Jungkook sebelum dia tiba ke biliknya.

Telinganya terdengar bunyi orang sedang rancak berbual.Suara Jungkook kedengaran dengan jelas dan dia ketawa dengan gembira.Jimin terasa pelik kerana dia dengar bukan sahaja suara Jungkook kedengaran.Muncul lagi suatu suara.Bukankah hanya Jungkook sahaja di dalam bilik.

Jimin mahu dengar dengan lebih jelas.Dia berdiri di hadapn pintu Jungkook yang tertutup rapat.Masih dengar lagi suara orang rancak berbual. Jimin menekapkan telinga kanannya ke pintu bilik Jungkook.Cuba untuk dengar dengan teliti.

Mata Jimin terbeliak apabila dia terdengar suara Taehyung sedang rancak berborak dengan Jungkook.Jantung Jimin berdegup dengan kencang.Bulu romanya meremang dengan serta merta.Dia pasti dia tidak salah dengar.Dia kenal suara arwah Taehyung.

Jimin hendak memastikan apa yang didengarnya.Tanganya memegang tombol pintu bilik Jungkook.Perasaan takut mula menyelubunginya.Takut apa yang akan dia nampak sebentar nanti.

Perlukah dia lihat? Betulkah apa yang dia dengar? Semuanya tidak ada apa-apakan kalau dia bukak pintu itu?Dia mula berperang dengan dirinya sendiri.

Perlahan-lahan Jimin memulas tombol pintu itu.Semakin laju antung dia berdegup.Nafas dia seakan-akan terhenti.Jimin membuka luas pintu bilik Jungkook.

.

.

.

.

.

Kelihatan Jungkook berada di atas katil terhenti bercakap.Jungkook memandangnya.Hanya Jungkook sahaja kelihatan.Hosoek mengeluhDia dapat menarik nafasnya semula dengan lega.Nasib baik hanya Jungkook.Tiada lembaga yang menakutkan bersama.

"Hyung?"

"Aaa..Ahhh..Jungkook dah makan?"sengaja dia berdalih.Mungkin dia hanay berilusi ketika itu.mana mungkin ada suara Taehyung.Mana mungkin orang yang mati akan bangkit semula dan berbual dengan Jungkook.

"Belum.Kejap lagi Kookie makan okay?"kata Jungkook sambil tersenyum lebar.

"Okay.Jangan lupa makan ubat.kalau ada apa-apa beritahu hyung taw."pesan Jimin.Walaupun dia sendiri tidak dapat menjaga dia sendiri dengan baik tetapi dia masih pentingkan kesihatan Jungkkok.

Jungkook hanya menganggukan kepalanya.Jimin menutup semula pintu bilik Jungkook lalu melangkah masuk ke dalam biliknya.Hatinya tetap tidak rasa sedap dan masih berfikir tentang suara itu.

..............................................................................................................

Hey my readersss...

Dengan dukacitanya nuna hendak beritahu yang nuna akan lewat sambung cerita ini kerana nuna sudah pun habis cuti sem..And nuna dah start belajar..So I will update the story when I'm free..Sorry my dearr..I love you

Don't skip your meals.Eat properly...

Abandoned (BTS Fanfiction)Where stories live. Discover now