Matahari mula hilang di sebalik dedaun pokok yang merimbun.Suasana sejuk mula merangkak dan mula dirasai oleh pelajar yang masih di sekolah.Jam menunjukkan waktu tujuh malam.Jimin masih duduk di dalam kelas iaitu di tempat duduknya.Jimin terkulai di situ tidak salah lagi seperti mayat hidup.
"Jimin.Tak nak rehat ke? Pukul lapan dah mula belajar balik?" tanya Mark pada Jimin.Kris dan Woo young sedang menunggu mereka berdua di muka pintu.
"Tak nak lah.Tak larat.Pergilah rehat sana.Tolong belikan roti je okay?"Jimin menggeleng kepalanya sambil membuat riakkesian.
"Betul ni?"tanya Mark lagi sekali.Jimin membalas dengan senyuman paksanya. "Okay.Nanti aku belikan.Kau rehatlah.Aku tengok dah macam apa dah kau ni."sambung Mark sambil menepuk bahu Jimin.
"Thanks Mark.Nasib kita dapat markah teruk subject matamatik.Dah kena datang kelas tambahan sampai pukul sepuluh malam."keluh Jimin sambil meletakkan kepalanya di atas meja.
"Nasib.Salah kita gak.Ok..Chaw dulu."Mark berlalu pergi meninggalkan Jimin keseorangan dalm kelas.Semua pelajar sudah keluar dari kelas.Ada yang keluar pergi tandas, ada yang pergi membeli makanan dan minuman ada juga yang curi-curi menghisap rokok.
Jimin terserentak apabila telefon bimbitnya bergetar.Jimin mengambil telefon bimbitnya di dalam laci mejanya.Membuka pesanan ringkas yang diberi oleh orang yang di paling sayangi.
Yoongi :
Hey Baby..Are you doin ok at school?
Jimin :
I'm juz fine.But Im fuckin tired.Nak balik rumah please.
Yoongi :
Hahaha.Salah diri sendiri sebab fail dalam matamatik.You dumbass.
Jimin :
Bye! I fuckin hate you!
Yoongi :
Bye~ I fuckin love u too..
Jimin menutup semula telefon bimbitnya.Dia tersenyum gembira.Yoongi pandai menjaga hatinya walaupun dia selalu membuat Yoongi tertekan.Yoongi memang seorang yang tegas tetapi apabila Jimin yang menggangu dia ataupun dia memujuk Yoongi.Yoongi akan cair dengan serta merta.
Jimin meletak semula mukanya di atas meja terasa matanya terlalu berat untuk dibuka.Terasa mengantuk yang terlalu amat.Sudah beberapa malam lenanya diganggu apabila dia terdengar bunyi orang berlari di hadapan bilik tidurnya.Kadang-kadangnya dia akan terdengar bunyi bualan Taehyung dan paling dia benci apabila dia mimpikan Hoseok meminta bantuan di dalam mimpinya dalam keadaan yang mengerikan.
Tanpa disedari Jimin dibuai mimpi.
Jimin tersedar dari tidurnya.Suasana sudah pun gelap benar hanya cahaya bulan yang menerangi dari tingkap.Jimin melihat jam tangannya.Terkejut benar dia apabila jam sudah menunjukkan jam pukul sebelas.Lamanya dia terlena dibuai mimpi.Kurang asam betul bukan rakannya kejutkan dia tidur.Mesti sengaja mahu menyakat Jimin.
"BAM!"
Telinga Jimin terdengar bunyi sesuatu barang jatuh.Jantung Jimin berdegup dengan pantas kerana terkejut.Dengan sepantas kilat Jimin mengemas barang-barang diatas mejanya lalu disumbatkan ke dalam begnya.
Ketika itu Jimin tidak sedar seorang perempuan memakai gaun lusuh di belakangnya.Rambutnya serabai tidak tersusun rapi.Perempuan itu menyeringai dibelakangnya.Gadis itu berdiri dibelakang yang sambil mengeliat-liat mengeluarkan bunyi tulang berdetak-detak.Gadis itu mula mencapai bahu Jimin membuatkan Jimin dengan pantas menoleh ke belakang.Kosong.Tiada siapa berada dibelakangnya.Membuatkan bulu roma Jimin meremang.Terasa seram sejuk badannya ketika itu.Dengan segera Jimin mengzip begnya.Dia mula melangkah ingin meninggalkan kelas itu.Dia tidak mahu berada di situ berseorangan.
YOU ARE READING
Abandoned (BTS Fanfiction)
RandomKematian rakan baiknya Kim Taehyung dan Kim Hyuna merupakan satu titik hitam dalam hidup kumpulan BTS(Kim Namjoon,Park Jimin,Min Yoongi,Jeon Jungkook, Jung Hoseok dan Kim Sokjin. Selepas kematian Kim Taehyung dan Hyuna puncanya mereka sering diga...