Jungkook berada di dalam biliknya sedang bermain telefon bimbitnya.Dia terasa selesa apabila sudah pulang ke rumahnya.Duduk di hospital selama seminggu memang amat menjengkilkan.Dia rasa bosan apabila dihospital.Siapa sahaja yang suka duduk dihospital?
Walaupun sudah lewat malam tetapi matanya masih segar.Di dalam tempurung kepalanya masih terfikir tentang kematian Hoseok.Bagaimana semua ini berlaku?Dia tidak dapat melelapkan matanya.
Tak mungkin Hoseok membunuh dirinya sendiri? Setahu dia Hoseok seorang yang periang dan sentiasa handal menyelesaikan setiap masalah yang dia alami.
Jungkook mengeluh,sedalam mana pun dia memikirkan punca kematian Hoseok tetapi akhirnya dia mempunyai jalan buntu.Mungkin Hoseok juga tertekan akan kehilangan Taehyung? Taehyung?
"Kookie!"kedengaran suara Taehyung memanggilnya sambil bunyi ketukan di cerminya.Jungkook yang sedang lena terbangun apabila terdengar bunyi ketukan di tingkap.Terkebil-kebil mata Jungkook melihat ke arah jendela.
Kelihatan Taehyung sedang melambai-lambai tangan ke arahnya sambil membuat isyarat agar membuka jendela itu.Jungkook dengan longlai melangkah ke arah jendela lalu membukanya.Terasa angin sejuk mula mencuit tubuhnya membuat tubuhnya mengigil kesejukkan.
Taehyung dengan berhati-hati masuk melalui jendela biliknya.Takut-takut jika terjatuh sudah tentu kakinya akan patah memandangkan biliknya berada di tingkat dua.Jungkook hanya memerhati tingkah laku Taehyung.
Taehyung tersenyum lebar apabila dia sudah pun masuk ke dalam bilik lalu dia menutup jendela itu.Taehyung memalingkan tubuhnya ke arah Jungkook lalu dia mengusap lembut rambut Jungkook.
"Seronok hyung?"tanya Jungkook.Dia mahu bertanya apa yang berlaku di party rumah rakannya.
Taehyung menganggukkan kepalanya tanda dia seronok berada di parti rakannya.Dia tidak memberitahu pada hyungnya yang lain yang dia pergi ke parti rakannya.Memandangkan hyungnya tidak gemar dia bercampur dengan budak-budak yang nakal.Di parti tersebut terdapat minuman keras dan barang-barang terlarang tetapi Taehyung tidak pernah mencuba barag-barang terlarang tersebut walaupun rakan yang lain menghasutnya.Taehyung hanya mencuba minuman keras sahaja itu pun hanya sekadar merasa.Jika hyungnya dapat tahu sudah tentu dia akan dimarah dan didenda memandangkan dia bawah umur.
"Here..Untuk Kookie."Taehyung mengeluarkan sesuatu dari jaketnya.Setin coke dan keropok kegeraman Jungkok.Jungkook tersenyum lebar apabila Taehyung tidak pernah lupa membawa oleh-oleh ataupun jajan untuknya.Oleh kerana itu, Taehyung sentiasa menjadi kegemaran dia.
"Jom..hyung ceritakan apa yang seronk."Taehyung menarik Jungkook ke atas katilnya.Jungkook mendengar sepanjang pengalaman Taehyung berada di parti tersebut.
Jungkook tersedar dari lamunannya apabila terdapat notification daripada applikasi game di dalam telefon bimbitnya berbunyi.Jungkook tidak sangka dia akan melamun sejauh itu mengingati kenangan dia bersama Taehyung dahulu.Hatinya mula terasa sebak semula tetapi dengan pantas dia cuba untuk mengawal emosinya.
Sedang dia leka bermain telefon bimbitnya.Bekalan elektik terputus.Jungkook meletakkan telefon bimbitnya ditepi.Mengeluh apabila kedaan sudah pun gelap.Nasib baik dia mengikat langsir dengan rapi maka cahaya bulan menerangi biliknya melaluinya jendela.Pada malam ini bulan penuh mengambang di kaki langit.Walaupun biliknya tidak seterang mana tapi dia masih boleh melihat kedudukan barang-barang di dalam biliknya.
Keadaan bilik tiba-tiba menjadi dingin.Jungkook mengalih pandangan pada jendela.Pelik.Kenapa tiba-tiba terasa sejuk ? Jendela biliknya tertutup rapat.Dia sememangnya tidak gemar membuka jendela pada waktu malam.Bimbang nyamuk dan ungas-ungas masuk ke dalam biliknya.
Tetiba bunyi anjing menyalak dengan kuat membuatnya terentak.Jungkook kembali melabuhkan punggungnya di atas kamar..Dia mula merasakan pelik ketika itu.Kenaa perasaan dia lain benar malam itu.Dia mula tidak sedap hati memandangkan dia masih ingat lagi arwah Hoseok dan Jimin pernah bercerita mereka berdua sering diganggu dengan benda halus.
Jungkook tergamam apabila dia terasa seperti seseorang sedang meniup lembut di belakang tengkuknya.Jungkook menelan air liur.Bulu romanya mula meremang.Perasaan seram mula menyelubunginya.
Tuk-tuk! Kedengaran seseorang mengetuk jendelanya.Jungkook cemas memerhatikan ke arah jendela.Kelihatan seperti terdapat lembaga sedang mengetuk tingkap itu.Jungkook mula terasa cuak,dia mengambil bantal peluk lalu diepeluk dengan kuat.Matanya tidak lepas memandang jendela itu walaupun seinci.Jantungnya mula berdegup dengan kencang seakan-akan dia boleh mendengar dengupan jantungnya sendiri.
Jungkook berharap lembaga itu tidak membuka jendela itu kerana dia tidak mengunci jendela itu.Jungkook seakan-akan terpaku tidak berganjak di situ.Dia mahu menjerit sekuat hati tetapi dia terkaku.
Bunyi ketukan itu semakin lama semakin kuat dan laju.Pernafasan Jungkook mula turun naik.Peluh mula membasahi tubuhnya.Sepasang tangan runcing itu mula membuka tingkap itu sedikit.Tangan runcing dan biru itu mula mengengam kuat jendela biliknya lalu ditolak kuat jendela ituTingkap itu terbukak dengan luas.Angin kuat dari luar mula menyerebu masuk.
Tidak mungkin ada pencuri yang masuk melalui tingkap itu.Dia berada ditingkat dua.Di mana tiada tangga pun di luar rumah.
Kelihatan lembaga itu mula merangkak masuk ke dalam biliknya.Udara yang kuat mula menampar pipinya.Cukup membuatkan tubuhnya menjadi semakin sejuk.Langsir tingkap itu mengerbang mengikut tiupan angin yang kuat itu.Jungkook menjadi semakin cemas apabila lembaga itu mula merangkak memasuki biliknya.Kini lembaga itu berada di bawah katilnya.
Tidak senang duduk dibuatnya.Jungkook hendak mengetahui apa yang berada di bawah katilnya.Perlahan-lahan Jungkook mengintai ke bawah untuk melihat apa di bawah katil tersebut.Jantung diasemakin lama semakin berdegup dengan kencang seperti mahu terkeluar dari dadanya.Tangannya terketar-ketar menampung tubuhnya.
Jungkook menunduk melihat lembaga di bawah katil.Jantung dia seakan - akan terhenti.Mata dia terbeliak besar.
"Taetae Hyung!" Jungkook terus turun dari katil lalu duduk di sebelah Taehyung.
"Taetae Hyung balik!"kata Jungkook dengan riang lalu dia memeluk erat tubuh Taehyung.Taehyung turut memeluk tubuh Jungkook dengan erat.Perasaan dia ketika itu terlalu gembira akan kepulangan Taehyung.
"I miss you so much hyung."kata Jungkook meleraikan pelukan itu.Dia melihat wajah Taehyung yang pucat itu.Masih kelihatan kacak dan masih membuatkan hati Jungkook cair.
"I miss you too Kookie ah~"senyum terukir di bibir Taehyung.
"Hyung pergi mana? Lama Kookie tunggu."Jungkook memonyokan muka dia.Tanda merajuk pada Taehyung.
"Jangan risau.Hyung tidak akan tinggalkan Kookie lagi.Kita pernah janji dari dulu lagikan."senyum Taehyung pada Jungkook.Dia mengusap lembut rambut Jungkook.Jungkook tersenyum riang.
Dia mencapai jari jemari Taehyung.Jungkook terserentak apabila tangan Taehyung pucat dan sejuk seperti ais tetapi dia berpura-pura bersahaja.Jungkook mencapai wajah Taehyung lalu dia mengusap lembut pipi Taehyung.Jelas kelihatan wajah Taehyung pucat.Bibirnya kebiruan.Jungkook mengamati wajah Taehyung.Dia hampir-hampir mengalirkan air mata tetapi dia tahan supaya tidak mengalir.Dia tidak kesah apa jua keadaan Taehyung.Janji dia bersama Taehyung.
.................................................................................................................................................
Enjoy your reading guys..
Kalau korang kena macam mana Kookie kena? apa yg korang lakukan?
Kalau unnie.Mesti dah menyesal buat jnji tu.. Kah!
Why? Why??? Mana pembaca unnie yang cool semua?? Kenapa takde feedback?
Better put the comment on below if not you aint got no jams baby.. =P
Huhuhuhu
YOU ARE READING
Abandoned (BTS Fanfiction)
RandomKematian rakan baiknya Kim Taehyung dan Kim Hyuna merupakan satu titik hitam dalam hidup kumpulan BTS(Kim Namjoon,Park Jimin,Min Yoongi,Jeon Jungkook, Jung Hoseok dan Kim Sokjin. Selepas kematian Kim Taehyung dan Hyuna puncanya mereka sering diga...