Sedar

740 78 2
                                    

Disebabkan terlewat update..Unnie update 2 bab..selamat membaca

Jungkook berlari anak apabila terdengar bunyi hon di garaj kereta.Kelihatan Namjoon,Hoseok dan Jimin mengeluarkan beg mereka dari bonet manakala Jin baru sahaja mematikan enjin kereta.Dengan sedera Jungkook menolong mereka.Mengambil beg Jin keluar dari bonetlalu dibawa masuk.Jin terus sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa.Terasa letih pula memandu sepanjang jalan.Entah mengapa sejak-sejak ni baadan dia mudah sahaja terasa letih.

                  

Yang lain terus masuk ke dalam bilik masing-masing.Barangkali mahu sambung tidurlah itu.Memandangkan esok sudah tamat cuti sekolah dan cuti sem.Maka mereka akan tidur sepuas-puas hati mereka.Jungkook duduk disebelah Jin sambil tersenyum.

"Hyung.."panggil Jungkook.

Jin pelik melihat tingkah laku Jungkook.Dia sudah tidak murung lagikah?

"Yup.."sahut Jin.Matanya masih lagi tidak berganjak melihat Jungkook yang berada disebelahnya.

"Hyung ada nampak Taehyung?"tanya Jungkook dengan sahaja."Haritu dia balik rumah tapi..."Jungkook terdiam.Keningnya mula bercantum antara satu sama lain.Dahinya berkerut.

"Tapi?"Jin layankan sahaja Jungkook.Hendak juga dia tahu apa yang Jungkook pikirkan sekarang.Dia ingat Jungkook sudah pulih tapi sangkaan dia meleset sama sekali.

"Tapi satu badan Taehyung penuh dengan tanah.Muka dia pucat dan badan dia sejuk pada malam haritu."kata Jungkook lagi.Bersungguh-sungguh dia bercerita pada Jin.

Jin terdiam seketika.Entah mengapa bulu roma dia menegakketika itu.Terasa seram sejuk pulak dia.

"Kookie..."Jin terdiam lagi.Kepalanya ligat memikirkan sesuatu.Jin mengeluarkan telefon bimbitnya dari poketnya lalu dia membuka kata laluan untukmembuka telefon bimbitnya.Dia mencari sesuatu dalam telefon bimbit dan diberikan kepada Jungkook.

Jungkook melihat apa yang diberi oleh Jin.Air matanya mula bertakung.Dia melihat gambar kubur Taehyung dan dia juga berada di dalam gambar itu tertunduk sepi melihat kubur dan air matanya mengalir dengan deras di dalam gambar itu.Seperti satu tamparan yang hebat.Dia baru teringatyang Taehyung sudah tiada lagi.Air matany mengalir secara tidak sengaja.

Pilu hati Jin melihat Jungkook sedih sepertiitu.Tapi dia perlu sedarkan Jungkook yang Taehyung sudah tiada.Jungkook harus belajar menerima hakikat itu.Dia tahu memang sukar untuk telan semua perkara itu tetapi itu lah hakikatnya.

"Kookie.V dah tak ada. Hyung tahu Kookie susah nak terima semua ini tapi...pleasee.."Jin mengengam tangan Jungkook.Jin tidak meneruskan kata-katanya apabila melihat Jungkook sudah terdiam.Hanya air mata sahaja mengalir.

"Dah lah..Pergi rehat sana.Hyung buatkan Kookie airokay."ujar Jin.Jungkook angkur lalu beredar meninggalkan Jin.Jin mengeluh berat.Kepalanya terasa berdenyut.Dia rasakan tanggungjawabnya sangat berat kali ini.Dia sudah berjanji kepada kedua ibu bapa Jungkook yang dia akan menjaga Jungkook sebaik mungkin tetapi Jungkook menjadi murung seperti ini.Sudahlah penatnya masih belum hilang.Tambah lagi dengan beban ini.Mana tidaknya dia terasa sakit kepala.

Jin dengan perlahan menuju ke dapur rumah sewanya.Dia mencapai muk yang terletak kemas di atas rak lalu dia membuka paket milo segera.Di tuangnya ke dalam mug.Baru sahaja dia mengisi separuh air panas ke dalam muk itu dia ternampak kelibat seseorang berlalu di tepinya seiring dengan bunyi ketawa perempuan.Bunyi ketawa yang sering dia dengar ketika Hyuna masih hidup.Hilaian itu jelas sekali didengarnya.Jin berhenti amengisi air panas ke dalam muk.Bula roma dia meremang ketika itu.Dia mencapai sudu lalu dengan sepantas kilat dia beredar dari dapur.

Abandoned (BTS Fanfiction)Where stories live. Discover now