Prelude

2.8K 34 8
                                    

"Yeayyyyy habissss!!!" , Qistina menjerit apabila pensyarahnya keluar dari dewan peperiksaan. Ini menandakan cuti semester sudah bermula. Semua pelajar kelihatan gembira. Memang benar kata orang, hanya orang gila sahaja yang tidak suka dengan cuti. Cuti sekolah, cuti hujung minggu, cuti akhir tahun, Allah beri cuti, cuti raya, cuti-cuti malaysia, cuti semester, apa sahaja berkenaan dengan cuti pasti akan menggembirakan.

Qistina mengemaskan fail dan buku-buku. Selepas ini dia akan pulang ke kampung halaman dan bersedia untuk satu pengembaraan. Pengembaraan ke tanah Khmer! Bibir manisnya tidak henti-henti tersenyum. 

"Untunglah awak Qistina, cuti ni nak pergi Cambodia. Kita duduk kat rumah je jaga adik", tegur seorang sahabatnya yang melihat Qistina yang sedang asyik tersenyum dari tadi. "Alaaa, lain kali peluang awak mesti datang. Lagipun jaga adik satu pengalaman jugak. Pengalaman ngeri", balas Qistina sambil ketawa. Sahabatnya itu mencubit pipi Qistina dan mereka sama-sama ketawa.

Qistina memegang beberapa helaian brochure mengenai Cambodia. Dia baru sahaja selesai memasukkan pakaian dan kelengkapan perjalanan ke dalam bag. Dia hanya membawa sebiji bag jenama deuter, barulah ala-ala backpackers. Salah satu brouchure tersebut tertulis "Cambodia, Land Of Smiles". 

Tapi Qistina tidak tersenyum. Hatinya terasa panas kerana daripada tadi panggilan telefonnya tidak berjawab. "Mana la si Yusri ni pergi, esok dah nak pergi. Dia senyap je sampai sekarang", rungut Qistina seorang diri. Mengikut perancangan, dia akan bertolak ke Cambodia bersama dua orang lagi rakan karibnya iaitu Alin dan Yusri. 

Keesokan harinya, sedang Qistina melayan perasaan bersama Jake Bugg dia disapa oleh rakannya. "Weh Qistina Yusry tak sampai lagi ke?", tanya Alin. "Hm tak lagi weh mana lah budak diva zip zap snap ni pergi ntah lah." jawab Qistina geram. Mereka menunggu dengan tenang di dalam kesesakan KLIA 2 itu. "Guyssssss, yuhooo sorry lambat jam lah tadi", jerit Yusry dari jauh. Qistina dan Alin sudah biasa dengan alasan yang diberi Yusry. "Ok, dah jom nanti tertinggal pulak kita karang", tegas Alin. 

Kedengaran flight AK 542 berkumandang di gate 7A. "Weh tak sabarnyaaaaaaaaa nak backpack macam Atira Ariffin! Cambodia aku datanggg!!" jerit Yusry. Qistina dan Alin geleng kepala, malu pun ada.  



Qistina & Angkor WatTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang