BAB 3

34.4K 1.2K 120
                                    

Kadang aku terfikir, kenapa aku lahir kat dunia ni. Kata ustaz kat sekolah, setiap daripada kita ini dilahirkan bersama tugas dan tanggungjawab masing-masing. Tapi aku tak pernah tahu apa bahagian aku.

Mak. Dia je yang aku ada. Dari aku lahir, cuma mak yang ada depan mata aku. Sampailah hari ini, tujuh belas tahun umur aku. Mak yang kerjanya hina di mata orang. Yang katanya menjual tubuh kerana wang. Tapi orang-orang yang mengata itu, sesen tak pernah hulur wang bila mak susah dulu.

Mak kata, aku lahir waktu usia aku dalam perut mak 8 bulan. Masa mak mula-mula datang KL, mak tak ada kawan. Tapi mungkin Tuhan tu sayangkan mak, Dia temukan mak dengan Kak Zura, budak kampung mak juga. Jadi dialah yang jaga mak selama mak mengandungkan aku sehingga habis pantang. Sambil-sambil tu mak kerja jadi cashier kat supermarket.

Masa aku lahir, mak tengah kerja waktu tu. Terus mak dihantar ke HKL. Mak kata, mak bagi aku nama Adam sebab mak nak aku sekuat Adam.

Adam bin Abdullah.

Bila kat sekolah, orang tanya aku mana ayah? Ayah kerja apa? Mak kerja apa?

Apa pentingnya nak tahu semua tu? Cukup kenal aku sebagai Adam tak boleh ke? Manusia kadang terlalu ingin tahu sampai tak sedar yang dia dah hiris hati orang lain.

Aku dah lambat ni. Bidin, Bob dan Azam dah call banyak kali. Motor yang aku tunggang aku belok ke kanan menuju ke padang yang letakny bersebelan dengan dewan orang ramai.

Motor aku letak tepi longkang. Beg yang aku letak dalam raga, aku sangkutkan ke bahu.

"Oi! Sorry lambat. Aku pergi beli barang tadi,"tegurku.

Ditengah padang ni ada 3 gelung besar yang sama tinggi dengan kanak-kanak umur 12 tahun. Di sinilah tempat pertemuan kami. Orang tak nampak dan di sini pun terlindung daripada terik matahari.

Bob aku tengok dah tersandar. Bidin tengah baring beralaskan peha Bob. Zam pulak ralit baca komik. Nampak aku datang, masing bingkas duduk. Yang si Bidin hampir nak bangun berdiri. Mujur sempat ditarik oleh Bob. Kalau tak bertelur dahi.

"Asal kau lambat setan? Setengah jam dah kitorang tunggu." Zam menegur.

Aku duduk sebelah Zam. Bidin dan Bob duduk depan aku. Aku buka zip beg galas lalu 3 kotak rokok Dunhill aku keluarkan. Aku bagi pada diorang sorang satu.

"Kau kata ada barang? Mana?"tanya Bidin sambil mengambil kotak rokok dari tangan aku. Sebatang rokok dikeluarkan sebelum dibakar. Asap rokok dihembus keluar memenuhi ruang.

"Malam ni kita ambil. Aku order dah. Barang tu siang macam ni tak ada. Kena tunggu malam. Motor korang mana? Kita pergi tempat lainlah. Takkan lepak sini je,"usulku.

Rokok di tangan Bidin aku tarik lalu aku sedut dalam-dalam. Asap yang memenuhi rongga aku lepaskan.

"Oi! Apa benda weh. Ambil barulah!"

Aku bangun lalu keluar dari gelung. Beg aku sangkutkan ke bahu. Bob, Bidin dan Zam ikut keluar.

"Aku nak kena balik la weh. Sat g mak aku balik tengok aku tak ada kat umah, runtuh rumah kalau dia dah mula bebel." Zam sudah memanjat naik ke atas motornya.

"Baliklah. Kau ni Zam, dah tau mak garang tak payah keluar lain. Duduk rumah macam anak dara. Masak ke lipat kain ke. Tak payah ikut melepak," Giat Bob.

"Bodoh ah Bob!" Kepala Bob disekeh sekuat hati.

"Sakitlah oi!" Bob menggosok-gosok kepalanya. Phew! Boleh pengsan ni kalau kena banyak kali.

"Weh, aku nak ikut boleh?"tanya Bob tiba-tiba sambil meloncat naik atas motor. Dia sudah tersengih-sengih. Tangannya dililitkan ke pinggang Zam.

"Tadi kutuk aku. Ni nak tumpang. Tu tangan tu. Isk kau ni!" Zam menepis-nepis tangan Bob. Kegelian.

"Dah tinggal aku dengan Adam, lepak apanya? Aku pun nak baliklah. Kau okay kan Dam?"sampuk Bidin yang dari tadi perhatikan saja gelagat teman baiknya itu.

"Chaw!"

Tanpa menjawab pertanyaan Bidin, enjin motor aku hidupkan dan rumah menjadi destinasi tujuan. Namaku yang dijerit mereka tak aku hiraukan. Pandai-pandailah dorang call aku nanti.

Sampai di rumah, aku tengok pintu rumah tak bertutup. Kasut mak ada. Tapi jam dah pukul berapa ni. Bukan sepatutnya mak dah pergi kerja ke? Mak tak kerja ke? Mak sakit?

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah, ada tompokan darah merah di atas lantai yang akhirnya membawa aku ke bilik mak.

Apa yang aku nampak hari ini, sampai mati aku takkan lupakan.

Mak terbaring di tepi katil dengan sebilah pisau terpacak di atas dada kirinya. Dadanya diam kaku. Darah membasahi lantai. Aku menerpa ke arah mak. Aku terus pangku kepala mak. Aku panggil mak berkali-kali. Tubuh mak aku goncang tapi mak tetap kaku. Telefon bimbit aku keluarkan lalu nombor Bidin aku dial.

"Din, datang rumah aku. Sekarang! Kau datang je. Nanti aku cerita! Sekarang!"

Selepas itu, perlahan-lahan aku letakkan kepala mak atas bantal. Selimut mak aku capai lalu aku selimutkan jasad mak.

Siapa bunuh mak?

Aku berjalan keluar ke ruang tamu. Keadaan ruang tamu sangat kemas. Tak selerak langsung. Kalau rompakan, serabut dah ruang tamu ni. Aku ke dapur. Kerusi meja makan terbalik. Dalam singki ada beberapa tompokan seperti di atas lantai tadi.

Kenapa orang tu bunuh mak? Mak hutang Ah Long? Ke ada mak datin yang upag orang suruh bunuh mak sebab laki dia asyik berkepit dengan mak?

Suara orang memberi salam mengejutkan aku. Di depan pintu, Bidin sedang membuka kasutnya.

"Apahal weh telefon kelam..."

Kata-kata Bidin terhenti sebaik sahaja ternampak tompokan darah di atas lantai. Bidin menerpa ke arah aku.

"Kau bunuh orang ke Adam? Kau bunuh siapa?"tempik Bidin. Bahu aku digoncang berkali-kali sebelum tubuhnya aku tolak. Aku berjalan ke arah kerusi rotan di ruang tamu lalu berlabuh di situ.

"Kau gila? Mak aku...mak aku kena bunuh. Aku balik, mak aku dah mati. Aku tak tau nak buat apa. Mak aku. Mak aku. Ada pisau atas dada dia. Darah banyak. Mak aku kena bunuh!"

Bidin terpinga-pinga.

"Siapa bunuh?"tanya Bidin. Dia sudah duduk di atas lantai. Berhadapan dengan aku.

"Kalau aku tahu, aku dah settle sendiri!"

"Dah tu, kau nak buat apa?"

"Selesaikan mak aku. Lepas tu, korang tolong aku selesaikan benda ni. Aku tak tahu apa punca mak aku kena bunuh. Dan aku takkan biarkan orang tu terlepas." balasku panjang lebar. Walau apa pun, aku kena selesaikan mak dulu.

"Kau nak buat apa Adam? Kau jangan jadi gila! Kita ni budak sekolah. Aku taknak apa-apa jadi. Aku taknak!" Bidin bangun berdiri sebelum berjalan mundar mandir. Sesekali dia menggosok rambutnya. Wajahnya gusar.

"Kalau kau rasa kau tu pengecut, suka hati. Tapi aku tetap akan cari siapa pembunuh tu!"

Tak. Aku takkan biarkan. Selama hari ni, mak tak pernah cerita kalau dia ada masalah apa. Duit belanja aku, tak pernah tak cukup. Mak tak pernah bergosip dengan jiran tetangga.

Aku tahu, benda ni tak mudah. Tapi aku janji mak. Aku janji akan cari siapa dia yang buat semua ni. Aku janji mak!

Nama Aku AdamWhere stories live. Discover now