Dah sebulan mak pergi. Aku rasa hidup aku kosong. Kosong sangat. Bangun pagi, meja makan kosong. Baju sekolah dalam bakul baju tak bergosok. Ruang tamu bersepah.
Aku pandang kalendar yang tergantung di dinding. SPM lagi sebulan. Perlu ke aku ambil exam tu? Semangat aku pun dah hilang. Berkubur bersama mak. Kalau dulu ada jugalah sebab kenapa aku kena belajar rajin-rajin. Tapi sekarang sebab itu dah tak ada.
Aku bangun duduk. Bersandar pada dinding. Kenapa Tuhan jadikan hidup aku macam ni? Tak lengkap. Langsung tak sempurna. Aku ibarat kain putih yang dipakukan kat dinding.
Ada lubang besar dan kecil. Ada kesan terbakar. Ada kesan koyak yang panjang. Kain yang tak cantik dan takkan dipandang orang. Macam mana agaknya kalau ini perempuan? Jadi lelaki begini pun aku dah rasa payah. Kenapa Tuhan?
Masa hari kejadian mak dibunuh, aku telefon polis bagitahu ada kes bunuh. Setengah jam kemudian polis datang bersama ambulans. Jiran tetangga mula sibuk nak tahu kenapa. Ada yang cuba bertanya pada aku tapi aku tak layab. Lalu diorang cuba tanya pada Bidin. Aku terdengar dia menjawab.
"Pakcik, tak payahlah sibuk. Saya pun tak tau. Tu Adam, lagi tak tau. Dia balik rumah tengok mak dia dah takde. Pakcik tu tak nampak ke siapa-siapa keluar dari rumah ni? Kata berjiran."
Aku merapati polis yang tengah perhatikan keadaan bilik mak. Di tangannya ada buku nota dan pen. Mencatit.
"Encik, lepas ni mak kena bawa ke hospital ke?"tanya aku. Dari tadi dalam kepala aku asyik fikir siapa nak uruskan jenazah mak. Aku mana ada ahli keluarga. Saudara mara pun aku tak kenal.
"Kenapa?"
"Pihak hospital boleh ke uruskan pengebumian mak? Saya anak tunggal. Ahli keluarga mak saya tak kenal. Saya tak tau nak minta tolong siapa."
"Ayah?"
"Dah mati 17 tahun dulu."
"Kejap saya tanya nurse tu. Nanti awak ikut pergi hospital. Kami perlukan keterangan awak."
"Baiklah."
Masa aku nak keluar rumah, aku terdengar ada dua tiga orang makcik bercakap pasal mak. Capang terus telinga aku waktu tu.
"Ani tu ramai sangat skandal. Tu kena bunuh. Entah laki mak datin mana yang dia sebat. Banyak dosa si ani tu."
Dan kata-kata dia disambut dengan anggukan teman-teman dia.
Aku rasa darah aku masa tu dah naik turun naik turun. Aku hampiri kumpulan makcik tu. Aku berdiri betul-betul depan muka makcik yang kutuk mak macam dia manusia paling sempurna. Penumbuk aku kepal.
Kalau ikut hati, memang mati makcik tu aku kerjakan.
"Jangan cakap macam makcik baik sangat. Makcik bukan kawan mak saya. Sembang dengan mak pun tak pernah. Keji orang makcik nampak. Tu, busuk berulatnya makcik tak sedar,"kataku dengan rasa marah yang tertahan.
Aku rasa memang kena ada orang pegang aku waktu tu.
"Eh, kau jangan nak hina aku! Dasar anak haram! Anak sundal!"pekik makcik tu. Teman-teman dia tadi dah tarik-tarik bahu dia. Bimbang agaknya kalau-kalau aku debik makcik tu.
"Oh, jadi mulia sangat ke anak-anak makcik tu? Sudin tu bukan penagih? Masuk pusat berkali, macam tu jugak."
Makcik tu dah lipat lengan baju. Geram sangat agaknya.
"Mulut kau memang celakakan? Setidaknya anak aku anak halal. Bukan macam kau. Tak berbapak! Mak mati kena bunuh. Dah tu nak sekolahkan aku!"
Aku berjalan rapat ke arah makcik tu.
"Semoga makcik beroleh hidayah Allah. Jangan esok-esok makcik mati berdiri pulak."
Tiba-tiba Bidin datang langsung ditarik aku pergi dari situ. Dia bawa aku masuk ke dalam rumah dan terus ke dapur. Polis-polis tadi masih dengan kerja mereka. Di dapur, kami duduk menghadap antara satu sama lain. Segelas air sejuk dihulurkan pada aku.
"Kenapa kau layan?"
"Hati aku sakit."
"Sekarang?"
"Sakit lagi."
Bidin mengeluh. Kuat.
"Adam, aku kenal kau dari kita darjah satu. Kau, aku, Bob dan Zam. Kau bukan macam yang aku tengok tadi. Kalau selama ni kau boleh sabar, kenapa hari ni tak boleh?"
"Senanglah kau cakap Din. Tu mak aku bukan mak kau. Telinga aku dah naik bernanah dengar orang cakap pasal mak. Ni sampai mak dah tak ada pun orang cakap lagi. Sakit hati aku ni. Sakit!"
"Ada beza ke Adam? Mak kau hidup balik ke? Takkan? Persetankan je cakap orang tu."
Aku terasa darah menyerbu ke wajah. Aku bangun berdiri. Leher baju Bidin aku cekak sampai Bidin terpaksa mendongakkan kepalanya.
"Kau cakap apa Din? Kau kawan aku ke kawan dorang?"
"Adam! Keadaan takkan selesai kalau kau biar emosi kuasai diri kau. Aku ada. Aku tak pandang siapa kau. Tapi bila kau macam ni, aku jadi sedih. Kita dah macam adik beradik. Aku taknak tengok kau macam ni." Kata-kata Bidin membuatkan aku terdam.
Leher baju Bidin aku lepaskan sebelum aku terduduk di atas lantai. Terasa ada air hangat ditubir mata.
"Aku takut. Macam mana hidup aku lepas ni? Aku tinggal sorang. Takde siapa dah dengan aku."
Bidin melutut dibdepan aku. Tangannya diletakkan di atas bahu aku.
"Kau lelaki. Kau Adam dan seorang Adam tak selemah ini. Kau kena lawan semua tu."
Kata-kata yang Bidin ucapkan itu bagai tiupan semangat untuk aku. Tak sepatutnya aku jadi lemah macam ni. Aku boleh hadapi apa-apa saja yang menunggu aku.
Tuk! Tuk! Tuk!
Bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu menyebabkan aku buru-buru berlari untuk membuka pintu. Sebaik sahaja selak pintu aku buka dan daun pintu aku kuat, sebiji penumbuk hinggap ke wajah.
"Mana Ani?"
Aku yang terlentang ke belakang mendongak. Seorang lelaki berbadan besar dan bertatu dikedua-dua belah lengannya sedang berdiri sambil mengacukan sepucuk pistol ke arah aku.
"Mana Ani?"soalnya sekali lagi.
"Mak...mak dah mati!"jawabku sambil berusaha untuk berdiri. Pandanganku berpinar-pinar.
"Mati? Celaka!"
Selepas itu segalanya hitam. Sunyi. Sepi.
YOU ARE READING
Nama Aku Adam
RandomMak? Mak aku tak macam mak korang. Mak aku paling cantik paling baik dan paling celaka pernah aku kenal. Tapi aku sayang mak aku. Bapak? Entah. Mak kata masa aku lima bulan dalam perut dia, bapak aku mati. Aku Adam dan aku ada kisah nak diceritakan.