BAB 5

26.9K 1.2K 155
                                    

Aku terbaring atas kerusi rotan kat tengah ruang tamu. Aku pegang perut yang masih senak. Muka yang dah mula membengkak aku sentuh perlahan.

"Ouch!"

Tadi, aku tak tau apa jadi. Cuma bila aku sedar, badan aku dah terikat pada kerusi. Tempat ni macam masih dalam rumah aku. Kat dapur. Depan aku ada dua orang lelaki melayu. Sado. Muka berjambang. Di kiri dan kanan dorang ada 2 orang lelaki tegap sedang berdiri sambil memeluk tubuh. Mata mereka semua tajam memandang aku. Sumpah aku cuak masa tu!

Dalam kepala aku fikir ajal aku dah sampai Rasa macam salah seorang tu sebenarnya malaikat maut yang tengah tunggu masa nak cabut nyawa aku.

Tiba-tiba salah seorang daripada lelaki sado tu datang dan terus cengkam muka aku.

"Mak kau mana?"suara garau dia buat aku rasa nak tercirit.

"Mak dah mati. Aku dah cakapkan tadi!"menyirap pula rasa bila kena ulang banyak kali macam ni.

"Hey budak! Aku tanya elok-elok, kau tengking aku apahal? Bodoh!"katanya sambil menunjal kepaka aku berkali-kali.

"Sekarang siapa nak bayar hutang mak kau RM15000 tu? Masa nak pinjam, bukan main merayu, bila nak bayar, dah mati."

"Kau jangan kutuk mak aku la babi!"

Rambut aku direntap ke belakang. "Mak kau tu, memang sedap. Body mantap tapi bila masuk soal duit, aku tak boleh nak main-main,"bisik lelaki itu ditepi telinga aku.

Tiba-tiba lelaki sado yang seorang lagi datang. Bahu aku ditepuk-tepuk perlahan sebelum dia menyuruh lelaki yang dari tadi maki aku tu blah.

"Nama kau apa?"

"Adam."

"Umur kau?"

"17 tahun."

"Nama aku Tiger. Maafkan kawan aku tadi. Dia memang bangang sikit."

Kerusi yang dia duduk tadi ditarik lalu dibawa ke depan aku sebelum lelaki itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu itu.

"Aku nak buat deal dengan kau. Boleh?"

Aku mengangguk perlahan.

"Dalam masa dua minggu, aku nak kau bayar hutang mak kau. Boleh?"

"Dua minggu? Gila ke? Aku budak sekolah lagi. Mana aku nak cari duit?"

"Kau carilah mana-mana. Rompak ke bunuh ke. Ah, tak kisahlah! Yang aku tau, lepas dua minggu aku dapat duit aku."

"Taknak! Aku taknak!"jerit aku. Gila ke nak suruh aku buat benda tu semua. Memanglah aku ni nakal tapi tak ada sampai ke tahap ni.

Aku sendiri tak sangka mak ada hutang dengan 4 ekor setan depan aku ni. Mak buat duit banyak-banyak macam tu.

"Aku peduli apa kau taknak! Kalau kau tak bagi dalam masa dua minggu ni, nyawa kau hilang!" Serentak dengan itu, sebiji penumbuk singgah kat muka aku dan aku rasa aku pengsan sebab sekarang aku terbaring atas kerusi ni, tak berikat lagi.

Perlahan-lahan aku cuba bangun untuk duduk. Sakit lah oi! Berdenyut semua urat saraf aku ni. Aku cuba bangun berdiri tapi terduduk balik. Takkan nak mengesot. Aku perlukan telefon bimbit aku tapi ada dalam bilik. Tiba-tiba aku rasa macam bilik aku tu jauh sangat.

Tengah aku cuba nak bangun berdiri tu, ada orang ketuk pintu rumah aku berkali-kali.

"Oi! Masuklah. Tak kunci,"jerit aku dari dalam.

Pintu ditolak dari luar. Muncul wajah Bidin dan Zam. Terus dia terkam ke arah aku. Bidin paling risau. Dibelek muka aku berkali-kali. Lepas tu dia bangun dan ke dapur sebelum dia datang balik dengan semangkuk ais dan t-shirt. Entah mana dia dapat baju aku tu.

"Sini, aku tuam. Kau gaduh dengan siapa sampai bengkak macam ni?"tanya Bidin. Bengkak kat muka aku dituam perlahan-lahan dengan ais ketul yang dibalut dengan t-shirt.

"Haah Adam. Teruk ni. Jom aku bawa pergi klinik."Pelawa Zam pula.

"Aku okay. Tak payah lah pergi klinik bagai. Sehari dua hilanglah ni,"jawabku perlahan. Aku taknak nanti doktor tanya macam-macam dan jadi kes polis. Panjang cerita nanti.

"Macam tu, kau tunggu sini dengan Bidin. Aku pergi farmasi beli ubat,"cadang Zam.

"Okay gak. Jap,"poket seluar aku seluk. Ada RM10 dalam poket aku ni rasanya. Segan pula nak guna duit Zam walau aku tahu dia tak berkira.

"Pakai duit aku. Nak makan apa-apa tak?"tanya Zam lagi.

Aku cuma menggeleng. Zam pergi selepas mengambil kunci motor Bidin dan tinggal kami berdua dalam rumah ini.

"Siapa pukul kau, Dam? Teruk sangat ni,"tanya Bidin. Kain yang dah basah digulung lalu diletak setempat. Dia melabuhkan duduknya di sebelah aku. Pandangannya terarah ke hadapan.

"Aku tak tau."

"Tipu. Cerita dengan aku. Kau telan sendiri, masalah selesai?"

"Ah Long kot. Aku tak tau. Tiba dorang masuk rumah aku, ikat aku, belasah aku lepas tu suruh aku bayar RM15000."

"Kau hutang dengan dorang?"

"Tak. Mak aku."

Tiba-tiba hati aku sakit. Macam kena hiris. Kenapa mak buat aku macam ni? Masa mak hidup, mak tak pernah bagitau mak hutang Ah Long. Aku boleh hidup ni pun, sebab aku jumpa ATM card mak dengan nombor pin yang mak tulis dalam buku 555. Mak pun ada simpan duit dalam tong biskut bawah katil. Sewa rumah? Yang ni aku tak pasti sebab mak kata ni rumah mak. Mak tak payah bayar sewa.

Tapi lepas apa yang jadi ni, aku rasa tak mustahil ada orang datang halau aku dari rumah ni.

"Dah tu macam mana?"tanya Bidin. Badannya dipusingkan mengadap aku.

"Aku lari? Aku mana ada duit banyak tu. Macam mana aku nak bayar?"

Bidin menggeleng perlahan. Tubuhnya berpaling semula kehadapan.

"Antara kita berempat, aku paling rapat dengan kau. Bila kau jadi macam ni, aku tak boleh tengok je. Aku tak sampai hati. Apa kata kita cari jalan macam mana nak settle masalah ni."

"Nantilah aku fikir,"balasku. Aku kalau boleh taknak libatkan kawan-kawan aku tapi kawan-kawan aku je yang aku ada.

"Apahal korang datang sini?" Tiba-tiba aku baru teringat nak tanya. Kalau takde dorang tadi, entah bila aku boleh dapat telefon bimbit aku tu.

"Aku call kau tapi tak angkat. SMS tak balas. Tu aku ajak Zam datang sini. Sampai je aku tengok kau dah macam kain buruk,"cerita Bidin panjang lebar.
"Kau jangan anggap kau seorang dalam dunia ni. Kau ada aku. Aku bukan kawan dengan kau time kau senang tapi time kau susah pun aku ada."

"Aku tak tau kenapa kau jadi kawan aku, Din. Orang lain ejek aku macam-macam. Tapi kau, kau je yang selalu ada kat sisi aku."

Bidin paling wajah ke arah aku sambil tersenyum.

"Sebab bila aku bersahabat, aku bersahabat sampai bila-bila."

Aku balas senyum Bidin. Untuk beberapa waktu, aku tahu aku tak keseorangan.

Nama Aku AdamWhere stories live. Discover now