BAB 22

30.4K 1.9K 707
                                    

Hari ini rumah aku menerima kedatangan tetamu jauh. Bidin, Zam dan Bob. Tak sangka akhirnya mereka semua menjejakkan kaki juga ke sini. Semuanya sebab lusa aku bakal menikahi Sofea.

Yes! Sofea setuju jadi isteri aku. Sumpah aku tak percaya. Bila Mak Cik Maryam telefon aku dua bulan lepas kata Sofea setuju, rasa macam nak terbang pergi bulan lepas tu jerit kuat-kuat.

Aku ingat lagi malam tu Mak Cik Maryam datang ke rumah aku dengan Pak Cik Halim dan tiga orang lagi pak cik yang aku tak berapa kenal.

Sebaik sahaja aku buka pintu, Mak Cik Maryam terus tangan aku. Kami berdua melabuhkan duduk di atas kerusi. Pakcik - pakcik tadi masing-masing duduk di kerusi kosong yang lain.

"Kenapa mak cik? Kalut semacam je." Aku membetulkan duduk. Kaki aku lipat sila.

"Sofea setuju. Kamu sungguh nak nikah ni?"tanya Mak Cik Maryam.

Tiba-tiba aku rasa macam bunga mawar, bunga matahari, bunga lili, bunga sakura semua gugur dari langit. Sofea setuju? Aku cubit lengan kiri. Sakit. Aku tampar pipi sendiri. Uish. Pedih.

"Sakit tak?" tiba-tiba lengan kanan aku rasa pedih. Aku angguk laju-laju. Boleh tahan cubitan Mak Cik Maryam.

"Adam,"panggil Pak Cik Halim. Aku kalih muka pandang dia.

"Pak Cik tau kamu tak ada sesiapa dah. Jadi, kalau pakcik jadi wakil kamu boleh?"tanya Pak Cik Halim bersama senyum diwajahnya.

"Nak kena tunang ke?"aku pandang semua yang ada di ruang tamu ini.

"Tak. Nikah terus. 5 bulan dari sekarang. Boleh?" Mak Cik Maryam pandang muka aku macam nak tembus. Pipi aku pula rasa panas semacam. Aku tunduk tak tau nak jawap apa.

"Yam, tunduk macam kucing miang tu kira jadilah!"kata Pak Cik Halim disambut dengan tawa mereka yang lain.

Oleh sebab itulah hari ini sahabat baik aku semua ni ada kat rumah aku. Sabtu ni hari akad nikah aku. Aku terharu sangat bila pagi buta lagi diorang dah ada depan rumah aku.

"Dam, baju nikah kau dah gosok? Samping kau mana? Songkok kau?" soal Bidin bertalu-talu sambil mengambil tempat di sebelah aku.

"Ya Allah, Din! Kau dah macam Kiah Andaman dah kenapa?"sebiji bantal dilempat ke arah Bidin oleh Zam.

"Kau apa tau? Debor tau tak nak nikah ni!" Sahut Bob dari arah dapur sambil menatang dulang berisi teko panas dan beberapa biji cawan.

"Dah siap dah semua. Mak Cik Maryam buat semua tu. Aku tinggal sarung je esok."

Dulang diletakkan di atas meja. Aku tuang air teh panas masuk ke dalam cawan lalu cawan tersebut aku hulurkan pada mereka. Sungguh malam ni aku rasa bahagia sangat. Kesudian mereka datang majlis aku, sedikit sebanyak buat aku rasa seolah aku ini berkeluarga.

Cuma kalaulah mak ada waktu ni, mesti dia yang paling sibuk. Kalah Kiah Andaman tu aku rasa. Mata yang terasa basah aku seka dengan hujung jari.

"Adam,"panggil Bidin.

"Hmmmm?"

"Kau teringat Mak Cik Ani?"tanya Bob.

"Selalu."

"Rindu?"tanya Zam pula.

"Terlalu, Zam. Aku harap sangat dia ada sekarang ni. Tenangkan aku. Usap rambut aku ke. Bisik apa-apa doa kat aku ke. Buat apa yang para ibu selalu buat bila anak dia nak kahwin,"jawabku panjang lebar.

Bidin menepuk bahuku perlahan. Dia lukis senyum di wajah. Bob dan Zam masing-masing merapatkan duduk denganku.

"Kau tahu, Adam. Kaulah manusia paling kuat pernah aku kenal. Hidup kau penuh celaka tapi putus asa macan tak pernah singgah dalan hidup kau. Sebagai kawan, aku bangga dengan kau." Bidin senyum lagi sebelum menyambung.

"Mak kau mesti seronok. Dia dapat tengok kau. Tapi dari atas sana. Dia dengan Tuhan, sama-sama tengok kau. Doakan kau moga urusan kau esok dipermudahkan."

Aku hanya mengangguk perlahan. Mak mesti seronok. Walaupun mak tak ada kat sini, tapi mak nampak aku.

"Esok dah nak jadi suami orang. Janganlah sedih. Sekarang, kau pergi tidur. Esok lepas subuh kita gerak." Bob bingkas berdiri lalu tangan aku ditariknya. Memaksa aku berdiri. Dengan penuh rasa malas aku hanya menurut. Langkah kaki aku atur menuju ke bilik. Tiba-tiba Zam memanggil nama aku.

"Adam, kau tahukan mahalnya rasa bahagia tu. Aku...eh tak. Kami semua. Kami semua harap,kau hargai isteri kau. Sayangilah dia selayaknya Adam. Bahagia ni nak cari payah tapi dah dapat nanti, janganlah persiakan."

Aku tersenyum sambil menaikkan ibu jari. Terharu. Sungguh terharu. Itu yang aku rasa sekarang.

Pintu bilik aku kunci sebelum merebahkan badan di atas tilam. Malam ni doa aku cuma satu, esok segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

* * * * *

"Tahniah, Adam!" Bidin memeluk bahu aku erat diikuti oleh Zam dan Bob. Ucapan tahniah daripada penduduk kampung juga tak putus-putus. Aku dab Sofea pun dah naik kejang rahang tayang sengih dari tadi. Dari pukul 12.30 tengah hari tadi sampai pukul 3 petang begini tetamu tak putus-putus datang.

"Abang,"panggil Sofea membuatkan aku berpaling ke sisi.

"Fea penat dah ni. Boleh tak nak naik atas?"tanyanya lembut. Aku pandang wajah Sofea. Tergambar keletihan di wajahnya.

Pegangan tangan aku leraikan. Aku lekapkan kedua telapak tangan di sisi kepala Sofea. Matanya aku renung dalam-dalam. Pipi Sofea memerah. Aku tayang sengih.

"Pergilah. Abang lepak dengan kawan-kawan abang kejap. Diorang nak balik dah kejap lagi,"balasku sambil mengeyit mata kepadanya.

Sofea aku biarkan berlalu ke rumah sementara aku ke bawah khemah. Menyertai mereka bertiga. Sebuah kerusi kosong aku tarik lalu aku letakkan bersebelahan dengan Bob.

"Kitorang nak balik dah jap lagi,"kata Bob sambil menyalakan sebatang rokok.

"Taknak duduk sehari dua lagi?"

"Taknak kacau pengantin baru, bro!"balas Bidin diikuti oleh tawa mereka serentak.

"Aku faham. Apapun, terima kasih sangat kat korang. Sudi teman aku. Jaga aku. Thank sangat. Korang dah macam adik-beradik aku."

"Takde hal, Dam. Kitorang sayang kau macam adik beradik kitorang. Aku harap lepas ni kau tak jauhkan diri dari kitorang dah. Apapun jadi, kita sahabat sampai mati. Ingat tu!"kata Zam.

"InsyaAllah. Aku tak lari dah. Kalau senang, datanglah sini jenguk aku."

Tak lama selepas itu mereka semua meminta diri untuk balik. Kami berpelukan antara satu sama lain. Terasa berat hati nak melepaskan mereka semua pergi. Tapi mereka semua afa kehidupan sendiri.

Dan aku jugs, kehidupan aku baru bermula. Semoga Tuhan restu tiap satu aku lakukan. Semoga kerinduan terhadap mak takkan padam dan cinta aku untuk Sofea Khadijah sentiasa mekar selamanya.

Nama aku Adam.
Dan ini kisah aku.

TAMAT ;)

Nama Aku AdamWhere stories live. Discover now