BAB 20

19.6K 991 80
                                    

Suasana pagi yang mendamaikan. Baru beberapa hari di KL, aku dah rindukan tempat ni. Macam manalah kalau aku pindah duduk kat KL terus. Mau terigau-igau nanti. Paling dahsyat, wajah Mak Cik Mariam pun ada sekali.

Aku membuka pintu dapur. Membenarkan angin pagi masuk ke dalam rumah. Tadi lepas saja menunaikan solat Subuh, ingat nak terus tidur. Tapi mata terkebil-kebil tengok kipas siling berpusing. Terus aku ke dapur. Rasa nak buat sarapan pagi pulak.

Tapi yang ada cuma tepung gandum. Terasa malas pula nak bancuh jadikan cucur. Aku terus menuju ke ruang tamu. Kerusi rotan yang sememangnya ada sejak aku jejakkan kaki ke rumah ni aku jadikan alas berbaring. Tangan aku letakkan di belakang kepala. Mata aku pejamkan. Dapat tidur sejam dua pun okaylah. Memandangkan hari ni aku malas nak berniaga. Penat tak hilang lagi.

"Adam! Assalamualaikum! Adam! Oooo Adam! Assalamualaikum!"

Suara orang beri salam sambil mengetuk kuat pintu rumah mengejutkan aku. Dari berbaring, aku terus bangun bersila. Jari menggosok-gosok mata. Macam baru je aku tidur.

Tok! Tok! Tok!

"Adam oii! Tidur lagi ke? Bukalah pintu ni!"

"Yer! Sabarlah. Roboh pintu rumah ni nanti!"

Langkah malas aku atur menuju ke pintu. Selak aku buka dari dalam.

"Ya Allah, mak cik! Subuh lagi dah sampai. Nak apa?"

Aku jeling jam di dinding, pukul 7.30 pagi. Apa ke hal dah terpacak depan pintu rumah aku ni. Berpeluh-peluh. Macam baru lepas kena kejar dengan anjing.

"Fea kat umah. Tak tau kenapa tiba-tiba pengsan. Ya Allah, Adam oi! Lekaslah!"

Kalut-kalut Mak Cik Maryam memberitahu. Aku tak tunggu lama. Kunci kereta yang tersangkut di dinding aku capai. Kunci rumah sekali. Pintu rumah aku kunci rapi. Aku terus menujub ke kereta. Enjin dihidupkan. Mak Cik Maryam tutup je pintu kereta, aku terus memecut ke arah rumah Mak Cik Maryam.

Jantung macam nak gugur bila nampak Sofea terbaring atas kerusi rotan beralaskan bantal. Muka dia pucat. Aku pandang Mak Cik Maryam. Dia pandang aku balik

"Errr....mak cik." Mak Cik Maryam kalih pandang aku.

"Izinkan saya mengangkat puteri mak cik ke kereta ya. Takkan nak diseret pulakan."

"Budak bertuah ni! Cepatlah. Yang ditenung Sofea tu kenapa? Ya Allah budak ni."

Sepantas kilat aku mencempung tubuh Sofea lalu berhati-hati aku membawa di ke kereta. Aku baringkan dia di kerusi belakang. Mak Cik Maryam aku suruh duduk belakang, pangkukan kepala Sofea.

Sambil memandu, aku keluarkan telefon bimbit. Nombor Zam aku dial. Tiga kali deringan, talian disambungkan.

"Zam. Aku on the wat ke hospital. Tak. Aku sihat. Sofea ni. Pengsan. Aku tak tau kenapa. Kau ada sana kan? Hah. Okay! Jumpa jap lagi."

Aku simpan semula telefon bimbit ke dalam poket seluar. Melalui cermin pandang belakang, aku nampak Mak Cik Maryam sedang kesat air mata dengan hujung selendangnya sambil mengelus-elus rambut Sofea.

Terdetik dalam hati. Mak pernah nangis sebab aku tak? Sedih ke. Pernah tak aku buat mak risau?

Persoalan itu tiba-tiba menjentik hati. Tapi aku cuba usir dan tak nak fikir. Sekarang ni yang penting, Sofea. Aku rasa dia tak demam panas pun. Masa aku angkat dia ke kereta, suhu badan dia okay. Sofea kenapa eh?

Pintu besar Hospital Tapah seolah-olah memanggil aku masuk. Kereta aku berhentikan di depan wad kecemasan. Tepat-tepat Zam sampai dengan sebuah katil dan 2 orang jururawat. Aku cempung tubuh Sofea lalu diletakkan ke atas katil. Sofea ditolak masuk ke dalam wad untuk rawatan kecemasan.

Aku suruh Mak Cik Maryam duduk di ruang menunggu sementara aku pergi letak kereta di tempat yang disediakan. Lepas tu baru aku temankan Mak Cik Maryam.

Wajah risau Mak Cik Maryam mengusik hati kecilku. Aku mengambil tempat di sebelahnya. Sejak tadi dia tak berhenti-henti mengelap air matanya.

"Saya tak pernah tengok mak nangis sebab saya." Ucapku perlahan. Lantai putih di kaki aku pandang. Tak tahu kenapa, aku jado cemburu dengan Sofea. Ada mak yang risaukan keadaan dia. Kalau aku, sakit demam aku, mak tak pernah tahu. Bukan tak pernah cuba beritahu tapi tak pernah dipeduli.

"Kau lelaki. Kena kuat." Itulah yang mak cakap tiap kali sampai aku sendiri dah lali.

Mak Cik Maryam menoleh ke arahku. "Kamu cakap apa Adam?"tanyanya semula.

Aku menggeleng. Baru nak buka mulut, Zam muncul dari bilik rawatan. Dia menghampiri kami berdua. Bibirnya melukis senyum.

"Sofea okay. Cuma boleh saya tanya, Sofea memang macam ni ke bila period?"

"Haah, doktor. Tapi inilah pertama kali dia pengsan. Saya tak tau dia sakit teruk ke apa. Pagi tadi, lepas sembahyang Subuh, dia dah terbaring atas kerusi. Tak sedarkan diri." Panjang lebar Mak Cik Maryam bercerita. Wajah mendungnya tadi dah beransur cerah.

Zam menoleh ke arahku.

"Jagalah dia elok-elok nanti, Adam. Hahaha! Kalau nak masuk tengok dia pergilah. Kalau tak ada apa, kejap lagi dia dah boleh balik. Nanti saya suruh pharmacist hantar ubat."

Aku pandang Mak Cik Maryam. Dia dah tersengih-sengih pandang aku. Adoilah Zam ni!

Selepas itu Zam meminta diri. Ada kerja perlu diselesaikan katanya.
Aku menghantar kepergian Zam sehingga kelibatnya hilang di mata sebelum aku melangkah masuk ke dalam wad Sofea di tempatkan.

"Assalamualaikum, Fea," tegurku bersama senyum di wajah. Fea sedang bersandar di kepala katil sambil menyarung tudung ke kepala menoleh. Lekas-lekas di mengemaskan tudungnya. Tiba-tiba wajahnya memerah.

" Terima kasih sebab hantar Fea." Wajahnya ditundukkan. Eleh. Malu lah tu!

Pipi merahnya buat aku geram! Rasa nak cubit-cubit jer!

"Takder hal. Fea okay dah? Ada sakit kat mana-mana tak?"

Dia menggeleng. Aku tersenyum. Aku tengok Mak Cik Maryam membetulkan selimut yang menutupi kaki Sofea.

"Abang tunggu luar. Nanti ada orang hantar ubat. Lepas tu, kita balik. Mak cik duduk sink teman Fea eh. Saya kat tempat tadi."

Aku melangkah keluar meninggalkan dua beranak itu. Kerusi tadi menjadi tempat aku melabuhkan duduk. Sambil sandar berpeluk tubuh, aku pejamkan mata.

PAP!

Tepukan di peha mengejutkanku. Zam tersengih-sengih memandangku.

"Tunggu bini ke bang?"usiknya sambil menghulurkan cawan kertas berisi air kopi.

"Sofea selalu gitu ke?"tanya Zam sambil mencicip kopi panasnya.

"Manalah aku tau. Bukan bini aku." Jawabku malas. Cawan kopi aku letakkan di sebelah. Aku sambung pejam mata balik.

"Kenalah tau. Bakal bini kau kan!"

"Aku je syiok kat dia. Dia? Lagipun, mak dia tu belum tentu nakkan aku ni Zam. Kau pun taukan aku ni siapa." Aku menjawab sambil mata terpejam.

"Merendah diri sangat kau ni, Dam. Rileks lah. Budak tu bukan baru kenal kau. Dari berhingus lagi."

"Malas aku fikir. Lama lagi ke ubat nak sampai? Mengantuk dah ni."

"Tulah. Setan bergayut banyak sangat."

"Haahlah. Salah seekor tu kaulah. Dahlah. Pergi buat kerja kau. Kacau aku nak tidur je."

"Halau eh? Tadi siapa tah bersungguh call aku punya risau."

Aku buat bodoh dengan kenyataan yang keluar dari mulut Zam tu. Ketara sangat ke risau aku tadi? Adoi!

Ah, malas fikir! Tidurlah kejap. Ubat ni pun lambat sangat!

Nama Aku AdamWhere stories live. Discover now