BAB 15

19K 925 75
                                    

Dah tiga bulan berlalu sejak Mak Cik Maryam masuk hospital tempoh hari. Sekarang keadaan kesihatan dia dah semakin pulih. Semalam aku terserempak dengan Sofia kat kedai Pak Cik Halim. Macam kelam kabut sangat aku tengok.

"Mak sihat Fia?"

"Hmmm."

"Kalut-kalut ni pergi ke mana?"

"Balik."

Plastik berisi barangan yang dibeli dicapai. Tanpa pamitan, dia segera berlalu dari situ.

"Kenapa tu pakcik?"

"Entah. Katanya ada orang nak datang ke rumah. Tak tau siapa. Eh, takkan kamu tak tahu. Si Yam tu tak bagitahu ke?"

Aku sekadar menggelengkan kepala. Orang nak datang ke rumah dia? Siapa?

"Tak apalah pakcik. Nah duit. Saya beli ya."

Selepas memasukkan barang ke dalam bonet aku terus menghidupkan enjin kereta dan keret dipandu menghala ke arah rumah Mak Cik Maryam.

Sewaktu sampai di hadapan rumah, tak ada sebuah kereta pun di halaman. Kelihatan hanya Mak Cik Maryam yang sedang menyapu daun-daun kering. Keluar sahaja dari kereta, aku terus menegur Mak Cik Maryam.

"Assalamualaikum,"salam aku beri sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Tadi saya terserempak dengan Fia di kedai. Kelam kabut jer dia. Ada apa ni mak cik?"

Mak Cik Maryam tidak segera menjawab sebaliknya tersenyum melihat aku.

"Yang mak cik senyum ni kenapa? Saya tanya ni."

"Kamu tu. Kelam kabut turun dari kereta. Enjin tak matikan. Tu pintu pun tak sempat nak tutup, sebab nak tanya soalan ni?"

Aku segera menoleh ke arah keretaku. Macam mana boleh tak perasan ni. Isk! Nampak sangat ke? Aku tersengih di depan Mak Cik Maryam.

"Hehehehe!"

Mak Cik Maryam menggelengkan kepalanya.

"Pak Long Fia dari Kuala Lumpur tu hsh nak datang satu keluarga. Nak menziarah katanya. Hari tu masa makcik keluar dari hospital, dorang tak sempat nak datang."

"Serius ke menziarah je? Bukan sebab nak me...me...meminang?"

Satu cubitan berbisa hinggap ke lenganku. Pedih siot!

"Sakitlah makcik!"

"Kamu tu! Sofia Khadijah tu baru habis SPM Adam oi! Meminang apanya? Masak nasi pun entah betul entah tidak dia tu."

"Ala, bukan hari-hari makcik makan nasi yang Fia masak ke?"

Sekali lagi lenganmu menjadi sasaran cubitan Mak Cik Maryam.

"Sakitlah makcik! Hari-hari kena macam ni, lebam-lebamlah lengan saya."

"Dah perangai kamu tu tak semenggah!"

Tiba-tiba aku nampak Sofia sedang berjalan menghampiri kami sambil menatang dulang berisi telo, cawan dan sepiring kek. Dia meletakkan dulang tersebut di atas pangkin di bawah pokok.

"Jom minum. Nak ajak makan tengah hari, makcik tak masak lagi. Eh, kamu nak Fia?"

Selepas meletakkan dulang, Sofia segera berlalu dari situ. Panggilan Mak Cik Maryam menghentikan langkahnya.

"Baca novel."

Aku memandang Sofia sehingga dia masuk ke dalam rumah.

"Amboi mata!"

"Eh, hehehehe!"

Cawan berisi air kopi diletakkan di hadapanku bersama piring berisi beberapa potong kek itu.

"Kamu okay ke Adam? Bisnes okay?"

Mak Cik Maryam duduk berlunjur kaki sambil bersandar pada perdu pokok. Aku pula duduk berhadapan dengannya.

"Alhamdulillah makcik. Semua okay. Saya okay. Bisnes okay,"jawabku sebelum mencicip kopi yang dibancuh oleh Sofia tadi. Phew! Manis. Macam yang bancuh tu jugak. Hiks!

"Berapa umur kamu tahun ni?"tanya Mak Cik Maryam tiba-tiba.

"28 tahun makcik. Kenapa?"

"Taknak kahwin?"

Air kopi yang aku minum hampir tersembur keluar. Ni orang mengantuk disorongkan bantal ke apa?

"Apa makcik?"

"Taknak kahwin?"

"Siapa nakkan saya ni makcik? Kerja pun tah apa-apa. Mana ada orang nak."

"Kalau ada?"

Sofia ke? Namun soalan itu hanya terluah dalam hati. Nak mampus tanya kat mak dia ni. Mau kena siram dengan air kopi.

"Adam, makcik ni bukan apa. Kesian tengok kamu ni hidup sorang. Ni nak bagitau. Adalah sorang dua yang bertanyakan kamu. Berkenan katanya nak buat menantu."

Aku tergelak besar sebaik sahaja Mak Cik Maryam habis bercakap. Berkenankan aku?

"Tak apalah makcik. Cakap je saya tak bersedia lagi nak berbini. Nantilah makcik. Kalau saya rasa nak kahwin, makciklah orang pertama yang saya bagitahu. Saya balik dulu ya. Nak siap-siap barang nak niaga lagi ni. Assalamualaikum."

Tangan Mak Cik Maryam aku capai lalu aku kucup perlahan. Wanita berusia ini sudah aku anggap seperti mak aku sendiri. Setidak-tidaknya, ada juga orang tempat aku mengadu dan bermanja.

Sewaktu aku sudah sampai di kereta, aku terdengar Mak Cik Maryam memanggil namaku. Aku menoleh ke arahnya.

"Ke kamu tunggu Sofia Khadijah?"tanyanya dengan senyuman.

"Balik dulu makcik,"jawabku. Memilih untuk tidak menjawab.

Kereta aku pandu keluar dari halaman rumah Mak Cik Maryam. Senyuman tak lekang dari wajah. Entah kenapa hati ini berbunga-bunga mendengar soalan Mak Cik Maryam tadi.

Dia tahu ke aku sukakan anak dia? Masalahnya, aku kenal Sofia tu dari umur dia 10 tahun. Tahun ni dah 18 tahun. Nanti dia kata aku ni pedo pulak.

Aku sendiri tak tahu sejak bila aku sukakan dia. Cumanya sejak kebelakangan ni, bila terserempak dengan, berdebar semacan hati ini. Hari tu masa mak dia masuk hospital, macan tak jejak tanah tayar kereta tu jadinya. Punya laju aku bawa. Risaukan dia. Risaukan maknya.

Tapi, kalau aku luahkan, dia faham ke? Payah gini.

Dengan hal perasaan, hal ayah aku yang tak selesai lagi. Campur dengan Doktor Zam yang bersungguh marahkan aku tu. Mana satu nak selesaikan dulu ni?

Hari tu, aku cuba tanya-tanya pada golongan tua pasal ayah. Semua cakap tak tau. Termasuk Pak Halim dan Mak Cik Maryam. Hari tu aku ke hospital mencari Zam. Tapi nurse yang aku jumpa kata Zam tak ada. Bila aku tanya jadual dia, nurse tu kata tak tahu.

Mungkin, dah sampai masa aku kembali ke Kuala Lumpur. Cari semula sahabat-sahabat lama aku tu. Siapa tahu, hidup aku akan jadi lebih baik. Tapi nak tinggalkan kampung ni terasa sayang.

Tiba-tiba aku rindukan mereka. Zam, Bob dan Bidin. Dan juga arwah mak.

Nama Aku AdamWhere stories live. Discover now