BAB 17

19K 928 36
                                    

Aku sedang berdiri di hadapan sebuah rumah. Berpagar dan berkunci. Cuma kelihatannya seolah sudah lama tidak berpenghuni. Terlalu lama sebenarnya.

Rumah mak.

Zam menghulurkan segugus kunci kepadaku. Dengan menggunakan kunci itu, aku membuka pagar dan pintu rumah. Tombol aku pulas lalu perlahan-lahan aku menolak pintu rumah ke dalam.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Tiba-tiba ada suara lelaki yang menyahut salamku dari dalam. Datang dari arah dapur. Aku berpaling ke belakang. Mencari wajah Zam.

"Masuklah,"katanya sambil menguak pintu rumah lebih luas. Seakan faham apa yang berputar ligat di kepalaku.

Tanpa menunggu lebih lama, aku mengatur langkah ke arah dapur dan apa yang aku lihat sesuatu yang amat tak dijangkakan.

"Bidin!"

Aku terus menerpa ke arahnya lalu memeluknya erat. Aku menepuk bahunya berkali-kali. Tubir mata seakan basah. Sumpah! Aku tak sangka dia akan tunggu kedatangan aku hari ni.

"Aku rindu kau Din. Aku rindu gila!"kataku dengan perasaan bercampur-baur.

Bidin meleraikan pelukan kami. Dia tersenyum. Raut wajahnya nampak semakin matang. Berkemaja berwarna hijau dipadankan dengan seluar berwarna hitam menyerlahkan penampilannya.

"Kau sihat?"tanyanya selepas kami melabuhkan duduk.

Zam yang baru masuk memberi ruang kepada kami untuk berbual. Dia duduk di ruang tamu sambil ditemani oleh telefon pintarnya itu.

"Sihat. Aku macam nilah. Kau tu. Hensem kemain lagi. Dah ada bini ke?"

"Alhamdulillah. Dah dua tahun,"jawabnya dengan senyum terukir di wajah. Bahagialah tu!

"Dah ada cahaya mata?"

"Lagi dua bulan, jadi ayahlah aku."

Aku tersenyum senang. Dalam hati, aku bersyukur kepadaNya atas rezeki yang DIA berikan pada Bidin. Semoga hidup lebih diberkati dan dipermudahkan. Bidin manusia yang baik. Terlalu banyak budinya pada aku dan belum tentu mampu untuk kubalas.

"Kau ke mana Dam? Kenapa kau tinggalkan kami?"tanyanya sambil bersandar di kerusi.

Soalan yang dilontarkan Bidin mendiamkan aku.

"Aku ingat orang Tiger dah bunuh kau. Aku pergi jumpa dorang. Tapi tak ada. Dorang sendiripun cari kau masa tu. Naik gila aku masa tu."

Aku sekadar menundukkan wajah. Sekali lagi hati aku bagai dijentik berkali-kali. Pedih.

"Aku minta maaf. Salah aku blah macam tu je."

"Tak apalah. Kau ada depan mata aku, sihat sempurna macam ni pun dah satu kelegaan bagi aku."

"Aku tau, kau kecewa dengan aku. Tapi aku lari dari sini bukan sebab Tiger cari aku, nak bunuh aku. Kalau dibunuh pun, aku tak heran. Aku bukan ada keluarga nak meratap sedih kalau aku mati. Tapi aku nak cari hidup aku Din. Aku rasa kalau aku stay kat KL ni, aku tak jumpa apa aku cari,"terangku panjang lebar.

Bidin satu-satunya orang yang faham aku. Dia seorang yang bersifat keterbukaan dan aku lebih mudah nak bercerita dengan dia.

"Kau balik mana?"

"Kampung mak."

Bidin menghela nafas perlahan sambil dia menggeleng berkali-kali. Perbuatannya itu menimbulkan tanda tanya di hati aku.

"Aku tak terfikir kau nak ke sana Dam. Langsung tak."

Aku hanya melemparkah sengihan panjang. Aku tau mereka tak akan fikir ke arah itu dan disebabkan itulah kampung mak menjadi pilihanku.

Nama Aku AdamWhere stories live. Discover now