Tiga hari berlalu macam tu je. Aku tak ada usaha apa pun nak selamatkan keadaan. Aku tahu, budak-budak Tiger tu dok usha aku. Tunggu masa je nak hentak aku sampai lunyai. Pergi mana-mana dah rasa tak selamat. Kalau ikut hati aku ni, aku nak berkurung dalam rumah dan tunggu je diorang datang. Lepas tu diorang nak buat apa pun, aku dah tak kisah. Bukan ada siapa-siapa yang pedulikan aku pun kalau aku mati. Tak ada. Manusia sebatang kara macam aku ini, memang tak ada yang ambil kisah.
Lagipun, kewujudan aku selama ni tak diiktiraf masyarakat.
Esok, keluar surat khabar ada remaja mati kena bunuh, barulah nak mengaku kata jiran. Hebah sini sana. Bangga agaknya.
Plastik mi segera aku koyak. Perisa kari. Perencah aku masukkan dalam air yang sedang menggelegak. Kemudian mee dab telur ayam dua biji. Dah agak kembang, aku tutup suis dapur. Aku tuang masuk dalam mangkuk dan terus mangkuk yang berasap-asap tu aku ke bawa meja. Tadi aku dah buat milo panas satu teko. Makan besar seorang Adam, macam nilah.
Bila seorang macam ni, macam-macam timbul dalam kepala aku ni. Pasal masa depan. Masa nak SPM. Pasal apa aku nak buat lepas ni. Pasal hutang mak.
Serabut. Tapi tak tau macam mana nak buat.
Suapan demi suapan mi segera ke dalam mulut, mengkhayalkan. Terbayang seolah-olah mak ada depan aku tengah makan dengan aku. Rindu? Itu je mak yang aku ada. Rindulah.
Sesudah makan, aku bawa mangkuk kr sinki. Mangkuk dan periuk aku cuci bersih-bersih laku aku susun pada rak. Setelah itu aku berjalan ke ruang tamu lalu berbaring atas kerusi rotan.
Belakang tangan aku sangkutkan ke dahi sambal aku renung kipas siling yang sedang berputar ligat.
Hari ini hari Rabu. Sepatutnya waktu begini aku kat sekokah. Cikgu mesti sibuk dengan contoh-contoh soalan. Dan aku, kat rumah tengok kipas berputar.
Apa yang aku kena buat nak dapatkan RM15000 tu. Rompak bank? Ragut? Atau aku lari je dari rumah? Tapi kalau aku lari, SPM aku macam mana? Aku perlukan SPM tu walau aku tau result aku tak semenggah mana. Atau minta tolong pada diorang? Siapa tahu diorang ada idea lebih bernas.
Telefon bimbit dalam poket aku keluarkan. Lalu mesej aku hantar kepada 3 orang tu.
Pukul 5 jumpa kat rumah aku. URGENT!
Telefon aku kembalikan ke dalam poket. Mata aku pejam rapat.
* * * * * *
Petang itu mereka bertiga muncul di depan rumah aku. Selepas membukakan pintu, aku menjemput mereka bertiga masuk.
"Kenapa kau ajak jumpa ni? Kat sekolah sombong kemain!"
Zam yang sedang melabuhkan duduk di atas lantai aku pandang sekilas.
Bidin mengambil tempat di sebelah aku sementara Bob selesa duduk di atas lantai di sebelah Zam.
"Aku stres. Korang takyah nak buat ayat terasa dengan aku ni. Macam baru kenal aku semalam."
"Tadi kau tak datang sekolah. Kenapa? Cikgu tanya. Aku nak tipu apa pun aku tak tau. Dia kata kalau kau datang esok, dia nak jumpa kau."
"Hmmmm. Yerlah. Eh, aku panggil korang ni sebab nak minta tolong dengan korang. Bolehkan?"
Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.
"Tolong apa, Dam?"tanya Bidin mewakili mereka bertiga.
"Macam ni, aku dah tak tau mana nak cekau RM15000 tu. Aku nak minta pendapat korang. Apa patut aku buat?"
Wajah sahabat-sahabat di depan aku ini aku pandang seorang demi seorang. Sebelum akhirnya ketiga-tiga mereka menggelengkan kepala mereka serentak.
"Aku tak tak tau macam mana nak tolong kau Adam,"Zam yang mula-mula bersuara.
"Aku minta maaf Adam,"ucap Bob pula.
"Kita rompak kedai nak Adam?" Bidin tiba-tiba mengeluarkan usul.
"Kedai siapa kau nak ajak aku rompak? Berapa pulak aku boleh dapat? Dah tak payah nak mengarut. Macam ni, aku ada idea dan aku tau idea aku ni memang korang takkan suka. Tapi ini je jalan yang aku ada dan aku kena cepat bertindak."
"Apa kau nak buat?"tanya Bidin laju.
"Aku nak blah dari sini. Aku...aku nak pindah!"
"Pindah?!"soal mereka bertiga serentak dengan suara Bidin yang paling kuat.
Aku bingkas berdiri lalu menuju ke arah bilikku. Beg baju yang sudah aku sediakan sebelum kedatangan mereka bertiga itu aku bawa keluar.
"Aku tak kisah dah pasal benda lain. Tapi korang kena janji dengan aku. Korang jangan lupa aku. Kalau ada masalah, korang call aku. Kalau aku tak boleh tolong, setidaknya aku ada telinga untuk mendengar."
Beg baju aku letakkan di atas lantai. Ketiga-tiga mereka bangun berdiri.
"Kau nak pergi hari ni gak?"
"Esok tak boleh ke?"
"Janganlah pergi, Adam."
Aku menggeleng berkali-kali. Aku dah agak yang dorang takkan suka idea ni. Dorang takkan faham. Tapi aku tak kisah.
"Aku ni, walaupun sebatang kara, tak ada orang sayang, aku sayang diri aku. Aku taknak mati sia-sia macam mak. Dorang yang bunuh mak sebab mak tak bayar hutang dorang. Mak nak berhenti jadi pelacur dan mak kena bayar bapak ayam tu sejumlah wang. Sebab tu mak pinjam. Aku taknak mati sia-sia. Aku taknak."
Aku melutut di atas lantai. Kedua belah tangan aku tongkat pada peha.
"Korang kawan aku dunia akhirat. Satu hari nanti, aku yakin kita akan jumpa balik."
Bidin terus memeluk bahu aku erat. Diikuti oleh Zam dan Bob. Untuk seketika kami berkeadaan begitu.
"Dahlah. Lain macam dah aku rasa ni,"kataku sambil meleraikab pelukan. Ada air yang bergenang di tubir mata masing-masing.
"Aku nak bagitau tu je. Korang dah boleh baliklah."
Zam mencapai kusyen sebelum melemparnya ke arah aku.
"Bengong! Air tak hidang, dah halau kita balik. Kau tengoklah Bidin. Kau tengok perangai kawan kau ni."
"Air kosong adalah. Nak? Pergi ambil dalam peti ais."
Rumah aku yang selalunya sunyi itu gamat dengan bunyi gelak ketawa kami bertiga. Memori ini akan aku tanam dalam taman ingatan aku. Biar dia tumbuh jadi pohon yang mendamaikan hati aku bila aku dirundung kesulitan.
Dan malam itu, setelah rata-rata manusia telah melelapkan mata, aku pindah keluar dari rumah. Hanya berbekal sebuah beg yang memuatkan beberapa helai pakaian, aku tekad untuk pergi dari sini.
Dan destinasi aku, kampung mak. Hati aku kuat menyuruh aku pergi ke sana. Mujur mak masih simpan alamat rumah lama mak dalam laci keramat dia tu. Macam-macam maklumat penting aku jumpa di situ.
Harapan aku terlalu banyak dan salah satu daripada harapan aku, Tuhan mendengarkan apa yang aku harap-harapkan ini.
NOTA :
Sambungan selepas ni ambil masa sikit tau. Jauh Adam nak travel balik ke kampung Ani. Apapun, terima kasih kerana sudi membaca sejauh ini. :)
YOU ARE READING
Nama Aku Adam
RandomMak? Mak aku tak macam mak korang. Mak aku paling cantik paling baik dan paling celaka pernah aku kenal. Tapi aku sayang mak aku. Bapak? Entah. Mak kata masa aku lima bulan dalam perut dia, bapak aku mati. Aku Adam dan aku ada kisah nak diceritakan.