Dah tiga malam aku di KL. Dua malam sebelum ni, aku sendirian je di rumah. Tapi malam ni, Bidin janji nak temankan aku. Katanya dah lama tak jumpa. Ada banyak benda nak dibualkan. Isterinya dah dihantar pulang ke kampung. Kebetulan kampung isterinya itu tak jauhpun dari KL. Jadi, untuk menyambut kedatangan Bidin, malam itu menyediaman menu istimewa. Tom Yam Ayam dan kailan ikan masin. Aku tahu kedua-dua menu ini kegemaran Bidin.
Sementara menunggu Bidin pulang dari kerja, aku baring-baring di dalam bilik. Aku tidur di bilik mak. Cadar dan sarung bantalnya masih sama. Kata Bob, dia tak mahu tukar yang lain. Biarlah begitu. Cuma sesekali kalau dia datang ke sini, cadar dan sarung bantal itu dia akan cuci di dobi cucian kering layan diri dan terus sarungkan semula.
Sungguh aku terhutang budi dengan mereka semua. Entah kebaikan apa yang telah aku buat sehingga begini sekali yang aku dapat."Assalamualaikum!"
Suara Bidin memberi salam dengar sampai ke dalam bilik. Lekas-lekas aku menuju ke muka pintu.
"Balik dah bang?"tegur tu sambil menahan tawa sambil membukakan pintu untuk Bidin.
"Bongok kau ni!"balasnya. Dua bungkus plastik ditangannya dihulurkan kepadaku.
"Apa benda ni?"tanyaku sambil menyambut bungkusan itu.
"Air tebu 2 bungkus dengan ayam golek. Boleh makan besar sikit malam ni."katanya.
Kasut yang tersarung di kaki ditanggalkan lalu diletakkan di tepi pintu. Beg yang tersangkut di bahu diletakkan di atas kerusi. Aku ke dapur menghidangkan makanan. Bidin mengikut aku ke dapur.
"Kau stay sini lama lagi ke?"tanya Bidin sambil menarik salah satu kerusi di meja makan lalu melabuh duduk di situ.
"Tak tau. Kau nak aku balik awal ke?"
Pinggan di rak aku capai lalu diletakkan di atas meja. Jug besar yang aku isi air masak di dalamnya, aku tuang masuk ke dalam botol kemudian aku gantikan dengan air tebu tadi.
"Aku tanya je. Kalau kau stay lama, aku okay je. Boleh kita buat BBQ kat rumah aku. Hahahah!"
BBQ? Macam best. Dah lama juga tak buat ni. Aku capai pinggan kosong tadi lalu aku aturkan ayam golek itu ke dalam pinggan. Siap dah menu makan malam kami.
Tengok ayam seekor di dalam pinggan membuatkan aku tergelak kecil. Gila si Bidin beli ayam golek seekor.
"Makan dulu ke mandi dulu?"tanyaku pada Bidin.
"Makan dululah. Lapar." Tangannya ingin mencapai ayam golek tadi namun segera dihalang oleh aku.
"Mandi dululah giler! Kau ni. Macam budak-budak!"
"Kecohlah kau ni!"bentak Bidin. Kerusi ditolak ke belakang. Dia terus menuju ke ruang tamu lalu beredar ke bilik.
Lauk yang dah terhidang aku susun elok-elok di bawah tudung saji. Setelah itu aku ke ruang tamu menonton televisyen sambil menunggu Bidin selesai membersihkan dirinya. Sedang aku leka menonton, telefon bimbit yang aku tinggalkan di dalam bilik berbunyi nyaring.
Berlari aku menuju ke bilik. Elok aku capai telefon, panggilan berhenti. Aku semak di rekod panggilan masuk, tertera nama Sofea. Terus aku dial numbernya. Selepas deringan kedua, talian disambungkan.
- - Hello. Assalamualaikum.
+ + Waalaikumusalam. Abang, kenapa lambat angkat?
- - Kenapa? Rindu abang ke?
+ + Tolonglah! Tak kuasa! Mak tu risaukan abang. Katanya dah lama abang tak telefon. Nahlah cakap dengan mak.
- - Fea tak rindu abang ke? Sampai hati.
+ + Rindu sangat. Rindu sampai rasa nak muntah. Uweeeekkkkk!Selepas itu telefon bertukar tangan. Mak Cim Maryam risaukan keadaan aku rupanya. Silap aku juga. Lupa nak bagitahu dia aku dah sampai KL. Rasa bersalah pula biar dia tertunggu-tunggu.
"Saya tak pasti balik bila. Mak cik tolong tengokkan rumah saya ya. Ya mak cik. Saya jaga diri baik-baik. Okay. Kirim salah Fea eh mak cik. Baik. Waalaikumusalam."
Telefon aku letak semula di atas meja. Sewaktu aku berpaling ke belakang, Bidin tersengih-sengih di muka pintu dengan hanya bertuala. Baru sudah mandi agaknya.
"Kau apahal sengih macam tu?"sergahku sambil bangun berdiri. Berbulu pulak tengok Bidin serupa kambing gurun ni.
"Uuuu! Sofea! Siapa weh? Awek eh?"tanya Bidin lagi. Pintu bilik menjadi tempat dia bersandar.
"Hotak kau! Budak kampung aku. Mak dia nak cakap dengan aku." Geram pula aku dengan dia ni. Tarik tuala tu karang!
"Eh, ni budak yang kau hantar mak dia ke hospital tu ke?"
"Macam mana tau?" Rasanya tak pernah cerita.
"Zam bagitau. Eh, cantik tak?"
"Kau pergi pakai bajulah. Aku terkam kanh sesia je!" Okay. Hilang sabar. Aku berpura-pura ingin menarik tuala Bidin sebelum dia segera berlari keluar dari bilikku.
"Aku bukan gaylah syaitonnnn!" Jeritnya dari dalam bilik.
Terhibur aku dengan perangai sengal Bidin ni. Tak berubah dari dulu. Macam manalah agaknya isteri dia melayan kerenah Bidin yang kadang-kadang tingtong ni.
Aku terus menuju ke dapur. Menyiapkan hidangan. Malam itu kami makan berdua. Habis seekor ayam kami ratah. Macam orang tak pernah jumpa ayam. Tapi serius, aku rasa tenang. Rasa seronok. Aku rindu kehidupan aku yang ni. Aku ingat dah tak dapat dah nak rasa keriangan macam ni lagi.
* * * * *
"Dam,"panggil Bidin yang berbaring di atas lantai beralaskan tilam. Mengada nak tidur dalam bilik aku juga.
"Hmmmmm." Mataku pejam rapat. Mengantuk oi!
"Tak payahlah cari Tiger. Dorang pun tak heran dah pasal kau."
"Tapi dorang bunuh mak aku, Bidin."
"Redhalah Dam. Dah sampai masa mak kau. Terimalah dengan hati terbuka,"nasihatnya lagi.
"Tapi kau tak tau apa aku kena lalui selama kat sana. Sakit Din."
Tangan kasar menepuk-nepuk lenganku memaksa aku membuka mata. Dia sudah bangun duduk bersila. menghadapku.
"Dam, kau tak terfikirkan. Kalaulah mak kau tak mati, kau takkan balik kampung dia. Kau takkan jumpa Mak Cik Maryam dan Fea. Kau takkan jadi sematang ni Dam. Sudahlah. Kau tak payah cari dorang lagi. Kau teruskan hidup kau. Bina keluarga kau. Jadi bapa yang baik, yang penyayang,"ujarnya panjang lebar lagi.
"Mak aku mati masa aku masih perlukan tempat bergantung Din. Hidup aku berubah 360 darjah kau tau." Aku bangun duduk. Bantal di kepala aku peluk rapat ke dada.Bidin menggeleng berkali-kali. Dia meraup wajahnya sebelum sambung membebel.
"Dam, kau ingat Tuhan tu kejam? Kau boleh je hidup. Boleh lalui semua keadaan. Eh, Dam. Kau taukan Allah bukannya menguji kau sesuatu yang kau tak mampu. Dengarlah nasihat aku ni. Lupakan jerlah dorang. Kau hidup sepertimana kau sebelum ni. Bolehkan?"
Aku terdiam. Kata-kata Bidin ada benarnya juga. Mungkin selama ni aku terlalu ikutkan perasaan. Aku tak cukup redha sampai mewujudkan perasaan dendam. Aku perlu buang rasa tu jauh-jauh sebelum menjadi nanah dalam jiwa aku.
"Aku cuba Din. Thanks. Panjang betul nasihat kau malam ni,"ucapku perlahan. Bantal aku letak kembali ke atas tilam lalu rebahkan semula badan.
"Bila nak kahwin?"tanya Bidin tiba-tiba.
"Hah?"
"Kalau nak pinang si Sofea bagitahu. Aku boleh pakat dengan budak berdua tu. Hahaha! Selamat malam."
Bidin lantas baring kembali di atas tilam. Aku boleh nampak tubuhnya bergegar menahan tawa. Kurang asam betul!.
Aku membetulkan tubuh. Baring terlentang melihat kipas siling berputar. Belakang tangan aku letakkan di atas dahi. Mata aku pejam rapat.
Mak, perlu ke Adam lupakan je apa yang dah jadi dan terima semuanya dengan hati terbuka? Adam sakit bila ingat balik macam mana mak mati dulu. Adam nak tuntut bela atas kematian mak. Tapi, apa yang Bidin cakap betul. Apa patut Adam buat mak?
YOU ARE READING
Nama Aku Adam
RandomMak? Mak aku tak macam mak korang. Mak aku paling cantik paling baik dan paling celaka pernah aku kenal. Tapi aku sayang mak aku. Bapak? Entah. Mak kata masa aku lima bulan dalam perut dia, bapak aku mati. Aku Adam dan aku ada kisah nak diceritakan.